Thursday, July 21, 2016

Rupanya isu ini bukan berita penting bagi mana-mana media yang pro kerajaan!

Thursday, 21 July 2016
NAJIB MESTI TERUS DIPERTAHANKAN....

Seluruh dunia malam tadi menyaksikan dengan penuh minat mengenai tindakan Jabatan Kehakiman AS memulakan proses sitaan terhadap puluhan hartanah dan aset lain yang dipercayai berpunca daripada berbilion-bilion ringgit dana 1MDB yang diselewengkan.

Hanya akhbar dan tv Malaysia saja yang tidak menyiar, memberi ulasan atau menyambut berita yang menaikkan nama Malaysia ke seluruh dunia itu.

Tindakan di AS itu tidak saja mengenai penyitaan harta dan aset yang dikaitkan dengan Jho Low dan anak tiri Najib, Riza Aziz serta pelbagai aspek lain seperti berjudi di kasino, tetapi turut mengenai derma berbilion-bilion ringgit atas nama Malaysian Official 1 yang merujuk kepada pegawai tinggi dalam kerajaan Malaysia serta yang berkuasa penuh terhadap 1MDB.

Dalam dokumen saman yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman itu, ia juga menyebut Riza Aziz mempunyai hubungan perdaudaraan dengan Malaysian Official 1.

Dengan itu, tidaklah sukar, malah makcik-makcik Felda pun pasti dapat meneka bahawa Malaysian Official 1 yang dimaksudkan itu ialah Perdana Menteri kesayangan pendedak iaitu Najib Razak.

Bukan saja kaitan penglibatan Jho Low dan Riza Aziz dalam pengumpulan hartanah dan aset yang dicurigai itu bakal mencemarkan nama Najib, malah jika terbukti derma berbilion-bilion yang diterima Malaysian Official 1 juga berpunca daripada 1MDB, tidak daripada anak Raja Arab sebagaimana yang didendangkan selama ini, ia pasti lebih merupakan khabar buruk buat UMNO dan BN.

Dalam keadaan segala bukti serta keterangan semakin terkumpul sekarang ini, memang terlihat Najib sudah menjadi beban paling berat buat UMNO dan BN. Lebih-lebih lagi selepas Amerika bertindak,  Singapura juga mulai menyusul sama. Selepas ini mungkin negara lain pula.

Tetapi apakah Najib patut didesak berundur, mengambil cuti, segera tampil memberi penjelasan atau terus bertahan sehingga PRU 14 akan datang?

Dalam waktu-waktu sukar ini, seluruh pemimpin dan menteri UMNO tidak seharusnya membiarkan Najib keseorangan. Sebagai pemimpin yang dipilih melalui proses demokrasi, Najib wajib terus dipertahankan.

Sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk menukar pemimpin. Jangan juga ada yang mula gatal-gatal mencadangkan agar Najib berundur dan Zahid Hamidi mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan. Belum masanya lagi untuk Zahid menjadi Perdana Menteri.

Najib mesti terus disokong dan dipertahankan sehingga habis penggal atau sehingga tarikh pilihanraya umum diadakan. Sekarang juga adalah masanya untuk rakyat bersolidariti bersama Najib dan mempertahankannya.

Menjatuhkan pemimpin adalah agenda jahat Amerika dan Yahudi. Amerika benar-benar tidak mengenang budi.  Walaupun Najib sanggup bermain golf dengan Obama ketika beberapa negeri di Malaysia dilanda banjir besar, Presiden AS itu sepatutnya memainkan peranan dan mengggunakan kuasanya agar Jabatan Kehakiman dan FBI tidak mengambil apa-apa tindakan berkaitan 1MDB, Jho Low dan Riza Aziz.

Sepertimana ayat biasa pendedak, Najib adalah Perdana Menteri seluruh rakyat Malaysia. Beliau dipilih melalui proses pilihanraya yang sah dan diiktiraf dunia. Maka, menjatuhkan Najib juga mesti melalui pilihanraya. Oleh itu, sehingga pilihanraya umum diadakan, Najib wajib dipertahankan.

Yess....Marilah kita bersatu mempertahankan Najib!!

Hanya dengan bertahan dan adanya Najib yang penuh skandal, masalah dan kecurangan dalam mentadbir negara yang mulai membusuk sekarang, kemungkinan menjadi lebih cerah untuk UMNO dan BN ditumbangkan dalam pilihanraya akan datang.

Dengan tumbangnya UMNO dan BN serta jatuhnya Najib, kemudian sebuah kerajaan baru mengambil alih yang turut disertai oleh parti Tun Mahathir Mohamad yang penubuhannya sedang dalam proses akhir, barulah lebih mungkin kita sama-sama dapat melihat tindakan mahkamah dan keadilan dapat diambil terhadap semua yang berkaitan dengan 1MDB.

Dengan pertukaran kerajaan, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara pasti bukan lagi orang yang sedia ada.
Jika Zahid yang diberi peluang mengambil alih, ada kemungkinan bukan saja UMNO dan BN terus dapat mengekalkan kuasanya, malah tidak mustahil  beliau akhirnya akan melepaskan Najib begitu saja berdasarkan hubungan rapat mereka.

Jadi, marilah kita bersama-sama dengan pendedak untuk mempertahankan Najib dan membiarkan beliau mengetuai UMNO dan BN sehingga pilihanraya akan datang. (SH 21/07/2016). - sumber

4 comments:

  1. HIDUP MAT LOL !!!!!!!!!

    NAJIS lah......

    You mean , TAIK ???????

    SHIT !???????

    Busok !!!!!!!! Busok !!!!!!!!!! N

    ReplyDelete
  2. Ya....mari kita dama-sama julang dan lambung Najib tinggi-tingi. Bila dah cukup tinggi...kita hempaskan dia tersembam ke bumi sehingga bertaburan segala najis yang ada.......

    ReplyDelete
  3. Amerika ni tak takut ke kena Akta Hasutan main tuduh jer? Amerika tak rujuk ke parti rujukan dunia PIS ? Amerika tak bawa 4 org saksi ke?

    ReplyDelete
  4. Anon 5pm
    PIS parti rujukan dunia!!!
    HAHAHAHAHAHAG

    ReplyDelete