Bentuk parti baharu bukti parti pembangkang tidak terima Tun M, kata Nazri Aziz
Hafiz Marzukhi, Astro Awani | Julai 13, 2016 16:06 MYT

KUALA LUMPUR: Ura-ura bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ingin membentuk parti politik baharu adalah satu perkara yang menyedihkan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata ia membuktikan parti pembangkang tidak mahu menerimanya.
Beliau berkata spekulasi tersebut adalah perkara yang baik untuk UMNO dan Barisan Nasional.
"Eloklah. Sekarang ada rumah baru untuk mereka yang menentang kepimpinan UMNO kini," katanya pada satu sidang media di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) di Kuala Lumpur, pada Rabu.
Mengulas potensi parti baharu yang mungkin dibentuk ini, Nazri berkata beliau tidak yakin parti ini boleh melangkah jauh.
"Kita lihat keputusan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Ia adalah bukti yang mencukupi untuk merumuskan tindakan yang diambil Tun Mahathir akhirnya menguntungkan kami," katanya.

Kemenangan BN di KK dan sg besarbukan petunjuk mutlak pengaruh politik BN..Kawasan kurang maju BN mudah mendapat undi kerana dedak..PRU berbeda dgn PRK dimana sukar BN nak memberi fokus sepenuhnye
ReplyDelete