Wednesday, July 27, 2016

Dia buat gila kerana menjaga keselamatan negaranya atau memang anti Islam?

Trump rancang halang rakyat Malaysia masuk AS
Madiha AbdullahAstro Awani |  Jun 17, 2016 10:49 MYT
WASHINGTON: Seandainya Donald Trump meraih kemenangan dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat, rakyat Malaysia berkemungkinan tidak akan dibenarkan mengunjungi negara itu.

Hal itu dinyatakan sendiri oleh Trump Isnin lalu, lapor CNN.

Dalam kenyataan itu, Trump berkata, rakyat dari beberapa negara yang mempunyai sejarah pengganas, tidak akan dibenarkan mengunjungi Amerika Syarikat.

Sejumlah 40 buah negara berada di dalam senarai itu termasuk Malaysia.

Kesemua negara-negara itu dibahagikan kepada empat kategori iaitu negara yang memberi pelindungan kepada pengganas (12 negara), negara yang memberi sokongan kepada pengganas (tiga negara), negara di mana pengganas beroperasi (14 negara) dan negara yang mempunyai kumpulan pengganas aktif (11 negara).

Trump mengklasifikasikan Malaysia berada dalam kategori pertama iaitu memberi pelindungan kepada pengganas.

Antara negara lain yang turut berada dalam senarai 40 negara itu ialah Indonesia, Filipina, Syria, Turki dan Perancis.
Halangan itu akan berterusan sehinggalah pihak keselamatan dan penyiasatan Amerika Syarikat dapat mencari jalan mengatasi isu pengganas.

1 comment:

  1. Itu hak dia kapir laknat

    Islam pun melahap harta islam bom sana bom sini

    Macam mana kapir laknat nak percaya otak orang islam okay ke tidak

    Kalau jadi president sudah hak dia lah

    Yang penting tak lahap harta rakyat bilyon bilyon macam mamat islam kat sini sampai papa kedana rakyat islam nya

    ReplyDelete