Sunday, July 17, 2016

Hudud lagi.......dah 'dikerandutkan' UMNO dah puun!

Sunday, July 17, 2016
Bagaimana PAS Nak Sokong Pakatan Dr M Yang Halang Hudud? Ini Buktinya..
PADA 15 Julai 1994, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah secara rasmi menolak Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (EJKSII 1993) kerana menganggap ia adalah undang-undang yang zalim. 

Dr Mahathir mengirimkan surat rasmi kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memaklumkan pendirian Keajaan Pusat terhadap perlaksanaan hukum syariat di Kelantan. Terdahulu, pada 8 Jun 1994, Menteri Besar Kelantan telah menyerahkan surat rasmi Kerajaan Kelantan kepada Perdana Menteri untuk memohon kebenaran perlaksanaan syariah di Kelantan.

Semenjak PAS memerintah Kelantan pada Oktober 1990, PAS telah menyatakan komitmennya untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam atau lebih terkenal dengan hukum hudud. Pada 18 Oktober 1991, sebuah Jawatankuasa Semakan dan Perlaksanaan Undang-undang Negeri Kelantan telah ditubuhkan untuk menggubal undang-undang syariat di negeri tersebut. 

Setelah melalui pelbagai peringkat penggubalan, pada 13 Ogos 1992, Majlis Syura Ulamak PAS telah meluluskan draf undang-undang hudud tersebut. Ia kemudiannya diseminarkan kepada pelbagai pihak, termasuk parti-parti pembangkang. Akhirnya, pada 25 November 1993, Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II Kelantan telah diluluskan oleh DUN Kelantan. 

Pada 15 Mei 1994, Sultan Kelantan telah memperkenankan enakmen ini untuk dilaksanakan. Ekoran kelulusan EKJSII 1993, Dr Mahathir pada 25 November 1993 telah mempertegaskan bahawa Kerajaan Pusat akan mengkaji undang-undang tersebut sama ada menepati syariat atau tidak. Pada 3 Mac 1994, dalam satu ucapan di Nilam Puri, Presiden Umno itu secara terbuka menolak EJKSII 1993 kerana didakwa tidak adil. 

Media massa pada 4 Mac 1994 melaporkan ucapan Dr Mahathir yang menyifatkan "hudud PAS tanpa ijtihad" dan "hukum hudud PAS tidak Islamik." Dr Mahathir juga dilaporkan mendakwa undang-undang yang digubal oleh PAS itu adalah untuk kepentingan politik PAS. 

Kerajaan Pusat menurut laporan akhbar akan menubuhkan badan khas yang melibatkan pakar-pakar agama dan undang-undang untuk mengkaji EKJSII 1993.
Dengan sikap keras Perdana Menteri yang bertegas untuk tidak membenarkan Kerajaan Kelantan melaksanakan undang-undang jenayah syariah tersebut serta menuduhnya sebagai "Hudud PAS," pada 21 Mac 1994, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengunjungi Pejabat Perdana Menteri dan menyerahkan salinan enakmen tersebut kepada Dr Mahathir.

Apabila Sultan Kelantan memperkenankan enakmen tersebut pada 15 Mei 1994, Dr Mahathir pada keesokkannya mempertegaskan sikapnya untuk tetap menolak hudud. Pada 8 Jun 1994, Menteri Besar Kelantan menghantar permohonan kepada Perdana Menteri untuk membenarkan Kelantan melaksanakan EJKSII 1993.

Tetapi pada 15 Julai 1994, Dr Mahathir secara rasmi bukan sahaja menolak perlaksanaan hudud yang didakwa zalim itu, tetapi mengugut untuk mengambil tindakan ke atas Kelantan jika berkeras mahu melaksanakannya.

Itulah bukti Dr Mahathir begitu keras menghalang perlaksanaan 'hudud'. Bagaimana PAS nak diharapkan untuk menyokong tindakannya?

(Sumber: Mohd Fadli Ghani Head, House of Resources, Pusat Penyelidikan PAS 15 Julai 2016)

- sumber

No comments:

Post a Comment