Friday, July 15, 2016

Masanya untuk PAS memilih pendirian.....

Friday, 15 July 2016
SELEPAS WUJUD GABUNGAN BAHARU, MASANYA UNTUK PAS MEMILIH PENDIRIAN
Segala-galanya kini menjadi semakin terang dan nyata. Beberapa rumusan yang dicapai dalam blok pembangkang di pertemuan yang diadakan  di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam mengesahkan lagi  harapan perubahan yang selama ini begitu ditunggu-tunggu.

Antaranya keputusan itu ialah:-

- sebuah parti politik baharu untuk menyaingi UMNO bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. Tidak penting sama ada Tun Mahathir menjadi penerajunya atau tidak, tetapi beliau akan menjadi penggerak penting ke arah kejayaannya.

- gabungan pakatan pembangkang melibatkan empat parti iaitu parti politik baharu inisiatif Tun Mahathir yang bakal ditubuhkan, PKR, DAP dan Amanah akan menjadi pesaing BN dalam pilihanraya umum akan datang.

- setuju untuk mengenepikan sebarang perbezaan demi menjayakan pertandingan satu lawan satu menentang BN. Dalam erti kata lain, mengalahkan BN adalah juga bertujuan untuk menyingkirkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

- masih menganggap Pas berada dalam blok pembangkang dan bersetuju dengan idea genjatan senjata yang dilontarkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man selagi Pas juga tidak menyerang mereka.

Dengan keputusan-keputusan tersebut, antara yang penting selepas ini ialah perlunya Pas membuat keputusan tentang pilihan yang seharusnya mereka ambil dalam pilihanraya umum akan datang.

Dengan adanya gabungan baharu ini, Pas tidak relevan lagi untuk terus bersendirian dan tidak memihak kepada mana-mana gabungan sepertimana yang ingin dilakukannya sekarang. 

Bertanding bersendirian hanya menampilkan Pas sebagai pengacau semata-mata.

Tidak mustahil pula dengan terus bersendirian akan membuatkan Pas terus terpencil, diketepikan dan mati di tengah-tengah, umpama kancil yang tersepit apabila gajah sama gajah mula bertarung.

Ia kini harus memilih sama ada untuk bersama dengan gabungan baharu itu atau bersama dengan BN. Tetapi sudah tentu, jika memilih bersendirian akan dianggap sebagai pengacau, bersama UMNO dan BN pula akan menyebabkan wibawa dan kredibiliti Pas menjadi lebih buruk di mata umum berikutan dalam apa hujah sekali pun, Najib yang memimpin UMNO, BN dan kerajaan kini tidak mempunyai sebarang alasan moral lagi untuk terus dipertahankan.

Isu  lain yang mungkin terus menjadi masalah dalam gabungan baharu pembangkang nanti ialah berkaitan Anwar Ibrahim. Walaupun PKR secara nyata ingin bekerjasama dengan Tun Mahathir, blok Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam PKR masih lagi bersikap dingin terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Tetapi Tun Mahathir jelas sudah menyatakan secara terbuka bahawa beliau kini tidak bermasalah lagi dengan Anwar, malah menyatakan pemenjaraan bekas Timbalan Perdana Menteri sekarang ini adalah disebabkan oleh Najib.

Jika dalam waktu terdekat ini, satu pertemuan antara Tun Mahathir dengan Dr Wan Azizah dapat diadakan, segala kekusutan itu pasti diselesaikan dan akan menyebabkan PKR tidak lagi dilihat berbelah bagi dalam pendiriannya.

Untuk lebih meyakinkan, berdasarkan beberapa kejutan dalam tindakan Tun Mahathir untuk menyingkirkan Najib, lebih menarik jika beliau dapat sekali hadir di mahkamah untuk bertemu, bercakap sepatah dua kata dan kemudian berpeluk-pelukan dengan Anwar Ibrahim kemudiannya.

Dalam keadaan sekarang, bukan saja Tun Mahathir memerlukan sokongan Anwar, bahkan keluarga Anwar juga semestinya sedar bahawa hanya dengan menyingkirkan Najib saja peluang pembebasannya lebih cerah dijadikan kenyataan.

Kesimpulannya, melalui gerakan Tun Mahathir bersama Pakatan Harapan semalam, hanya memerlukan beberapa penambahbaikan kecil saja lagi sebelum cahaya perubahan benar-benar menampilkan sinar cahayanya yang terang lagi benderang. (SH 15/07/2016). - sumber asal

# pada aku........selagi ketua dan gang kluk-kleknya berada di situ memegang kuasa, selagi itu susah untuk meraih keyakinan orang lain. Perkara ini diparahkan lagi oleh ramai pemimpin mentah bermulut bocor!

Keduanya adakah gabungan baru ini pula meyakinkan dan boleh diyakini?
Adakah faktor Mahathir akan membawa aura baru yang mengukuhkan sokongan dan kejituan permuafakatan?

2 comments:

  1. PAS Ketua Besar nya ada LAHAP jugak

    Amanat pun sudah jadi Sampah

    CINA INDIA nak stabil ekonomi , Melayu Melayu nak LAHAP FREE

    Nak dapat sokongan CINA INDIA tak ada masalah bagi TUN , tapi nak dapat PELAHAP yang juta juta itu susah sikit lah

    TUN sedar masalah ini sebab Melayu semua nya papa kedana miskin dan malas pula

    Melayu pun BODOH tak dapat beza DOSA dan PAHALA bila NAFSU PERUT KENYANG di utama kan

    Itu punca Melayu GAGAL di mana mana

    ReplyDelete
  2. Rasanya elok lah Parti PIS tu bergiat untuk berdakwah je di Surau2 dan Masjid,.Hadi Awang pun dah keluarkan Amanat,.Perjuangan PIS buka lah nak rebut kuasa, bukan nak jadi Pemimpin apa tah lagi nak memerintah Negara hanya, sekadar punahsihat umnobn je,.langsong menjadi pengacau antara parti pemerintah dan Parti2 Pembangkang, bila dah dipermain kan umnobn pandai pula PIS hanya beristiqamah,.ini lah cara pak Lebai dan Ostad PIS berfikir melalui Minda yg tumpul dan ter kebelakang memang tak maju lah selama lamanya,......

    ReplyDelete