Pemuda Umno biadap dan kurang ajar, tempelak Mahfuz
27 Julai 2016 | MALAYSIA DATELINE
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar membidas sikap Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun yang membuat laporan polis terhadap Tan Seri Abu Kassim Ketua Pesuruhjaya SPRM,Tan Seri Zeti bekas Gabernor Bank Negara dan Tan Seri Abd Ghani Pahtail bekas Peguam Negara (AG) dengan tuduhan terlibat dalam komplot konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri dan Kerajaan.
"Tuduhan jahat yang dilemparkan terlalu berat kononnya Tan Seri bertiga ini menjual dokumen maklumat siasatan dan kepada Amerika Syarikat termasuk FBI.
"Biadap dan kurang ajar tuduhan jahat Pemuda Umno dan Umno terhadap ketiga tiga mereka yang telah banyak berjasa dan mencurah bakti pada negara.
"Betapa sedih dan kecewa melihat anak muda Umno yang tidak punya pekerti dan akal budi terhadap individu yang banyak berjasa menyumbang untuk mengangkat martabat negara dari sudut Ekonomi dan Kewangan,Perundangan dan memerangi Rasuah," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Mahfuz menganggap tuduhan terhadap tiga individu penting negara itu adalah satu serangan dan ugutan politik terhadap pegawai dan kakitangan kerajaan seluruhnya.
"Tuduhan jahat terhadap Abu Kasim,Zeti dan Ghani adalah ugutan untuk kakitangan kerajaan kena ikut telunjuk Umno.
"uduhan Pemuda Umno dan Umno yang Abu Kassim,Zeti dan Ghani sebagai berkomplot dengan Amerika Syarikat untuk menggulingkan PM Najib dan Kerajaan sebenarnya adalah satu pengistiharan perang terhadap pegawai dan kakitangan Kerajaan.
"Saya percaya Umno akan terima akibatnya.Pegawai dan kakitangan Kerajaan bukan manusia yang boleh di cucuk hidung. Mereka ada akal yang hidup bukan seperti pemimpin Pemuda Umno dan Umno yang memiliki akal yang mati," tegasnya.
Mahfuz percaya apa yan dilakukan oleh Tan Seri Abu Kassim,Tan Seri Zeti dan Tan Seri Abdul Ghani hanya semata kerana Cintakan Malaysia.A
"Apa yang anda lakukan didorong oleh Keberanian Kerana Kebenaran dan apa yang dilakukan oleh Pemuda Umno dan Umno didorong oleh Ketakutan kerana Kesalahan.Saya doakan moga Allah akan melundungi kalian bertiga dan Malaysia tercinta dari Pengkhianat Negara Sebenarnya," ujarnya.
Semalam Pemuda Umno yang diketuai Timbalan Ketuanyaa Khairul Azwan Harun telah membuat laporan polis terhadap Zeti, Abu Kassim dan Abdul Ghani kerana mendakwa terbabit dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
# tapi kalau dah tak tahu nak beza yang mana patut dan yang mana tak patut tu, masalah besarlah bila dijadikan ketua!
27 Julai 2016 | MALAYSIA DATELINE
Datuk Mahfuz Omar

No comments:
Post a Comment