Tuesday, July 19, 2016

Rupanya idea 'gencatan senjata' TITM membawa keruh di dalam PAS!

Ulama kesal Pas Selangor 'sayangkan jawatan'
 | MALAYSIA DATELINE

Pas dijangkiti penyakit sayangkan jawatan dan takut kalah, kata Najhan HalimPas dijangkiti penyakit sayangkan jawatan dan takut kalah, kata Najhan HalimTindakan para wakil rakyat Pas di Selangor menyokong pendirian Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man nampaknya tidak disenangi oleh Dewan Ulama Pas Pusat.
Ia dibayangkan oleh Ustaz Najhan Abdul Halim, Pengarah Penerangan, Lajnah Penerangan, Dewan Ulamak Pas Pusat melalui postingnya dalam facebook beliau selepas tersebarnya surat sokongan itu kepada umum.
Najhan, anak kepada bekas setiausaha agung Pas, Halim Arshat dalam posting itu menulis, "bila berhadapan dengan ujian di dalam jamaah kita nampak dengan mata kepala kita sendiri."
"Selama ni kita bicara menerusi kitab-kitab haraki sahaja.. sekarang kita lihat dan saksi dengan realiti."
Najhan menyenaraikan 10 perkara ekoran kenyataan wakil rakyat Pas Selangor itu.
1. Sayang jawatan
2. Takut kalah
3. Hilang jati diri
4. Jawatan dalam kerajaan lebih tinggi daripada jawatan dalam jamaah
5. Hilang bergantung kepada Allah. Lebih kepada manusia
6. Kepentingan jamaah jadi tak lagi diutamakan
7. Terlalu sayang kepada nikmat harta ghanimah bimbang terlepas
8. Tidak yakin dengan janji Allah
9. Banyak alasan diberi daripada taat dan patuh serta wala
10. Mencari peluang dunia dilebihkan daripada habuan akhirat.
"Marilah kita perbetulkan hati dan tindakan," tulis beliau dalam posting itu.
Adun Taman Templer yang juga Exco kerajaan negeri Selangor, Zaidy Talib, mengesahkan wakil rakyat Pas di negeri itu menandatangani surat sokongan kepada Tuan Ibrahim itu.
Mereka mahu pembangkang mempastikan satu lawan satu dalam pilihan raya umum akan datang.
Namun sebelum ini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan balasnya berkata, Pas hanya sedia bekerjasama dengan mereka yang menerima acuan Pas sahaja.
Pas telah berpecah dari Pakatan Rakyat selepas bertembung dengan DAP.
Pas kemudiannya berpecah dua sehingga lahirnya Parti Amanah Negara (Amanah) yang dipimpin oleh Mohamad Sabu bekas timbalan presiden Pas.

5 comments:

  1. Ini buah fikir budak tak cerdik yang mengaku ulamak.

    tulisan dan hujah budak ni jelas sekali separuh masak dan penuh emosi.

    Macamana parti PIS boleh angkat budak ni jadi ulamak?

    ReplyDelete
  2. INI SEMUA OTAK DENGKI

    BIASA LAH

    Bebudak Sekangor dapat DUIT CUKUP , tempat lain HABUK SAJA

    Semua tu kan MELAYU

    Nak cakap malu , SINDIR SAJA LAH

    ReplyDelete
  3. Ini buah fikir budak tak cerdik yang mengaku ulamak.

    tulisan dan hujah budak ni jelas sekali separuh masak dan penuh emosi.

    Macamana parti PIS boleh angkat budak ni jadi ulamak?

    ReplyDelete
  4. Kalaulah sepuloh ciri2 itu tidak ada pada pemimpin dan ahli PAS maka tidaklah parti itu berpecah seperti sekarang. Orang kata satu jari tunjuk pada orang, empat lagi tunjuk pada diri sendiri. Inilah ysng sering berlaku.

    ReplyDelete
  5. Semua itu kerana kebodohan walaun PAS yang mengangap sebuah Parti yang hanya meniru dasar Islam, maka mereka anggap PAS sebagai suatu agama. Walhal di permukaan parti berdirinya perlembagaan tubuh negara dari ilham Sir Lord Williem Reid. Aduhai walaun, kalau aku tubuh sebuah parti politik yang mengikut dasar Islam dan dinamakan Parti Allah, adakah kamu semua mahu mengikut ku...? Kalau tak ikut jatuh kapir....? sanggup

    ReplyDelete