Thursday, July 21, 2016

Konar kerana nak pelihara air muka pemimpinlah ni!

Gencatan senjata: Pemimpin akar umbi PAS akui ahli salah faham
  | July 20, 2016
Ada yang melihat seolah-olah wujud pertentangan antara Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Najhan Mohamad Salleh
PETALING JAYA: Pemimpin akar umbi PAS mengakui ada ahli parti itu yang pada awalnya keliru apabila melihat seolah-olah wujud pertentangan antara dua pemimpin tertinggi mereka, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Namun perkara itu diatasi selepas pimpinan PAS kawasan membuat penerangan bagi menjernihkan keadaan, kata mereka.
Yang Dipertua PAS Kapar Najhan Mohamad Salleh berkata kekeliruan muncul apabila ada yang tidak membaca sepenuhnya kenyataan ‘gencatan senjata’ yang dibuat Tuan Ibrahim.
“Ditambah pula dengan berita 13 wakil rakyat PAS Selangor yang membuat kenyataan menyokong seruan itu. Isu dipusingkan seolah-olah mereka sokong Tuan Ibrahim dan tolak Hadi,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata memang menjadi cabaran kepada pemimpin akar umbi bagi memberi penjelasan kepada ahli berhubung apa saja isu dan perkembangan yang melibatkan parti itu.
“Kami di Kapar yakin dengan tarbiah kepada ahli. Saya nafi ini akan menyebabkan ahli terpecah kepada dua kem,” katanya.
Seruan ‘gencatan senjata’ yang dibuat Tuan Ibrahim baru-baru ini melonjakkan lagi imejnya yang dilihat mesra Pakatan Harapan, berbanding Hadi yang lebih tegas.
Seruan itu diikuti dengan tindakan 13 wakil rakyat PAS di Selangor menghantar memorandum kepada Hadi bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Tuan Ibrahim, selepas mengisytiharkan hal yang sama secara terbuka.
Semalam, Pengarah Penerangan Lajnah Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Najhan Abdul Halim membuat seruan agar “memperbetulkan hati dan tindakan” daripada sikap “takut kalah” dan “jawatan kerajaan lebih penting daripada jawatan dalam jemaah”, dipercayai ditujukan kepada 13 wakil rakyat tersebut.
Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh Jamsari Jam pula berkata kekeliruan di kalangan ahli timbul akibat tindakan ‘pihak musuh’ yang mahu melaga-lagakan kepimpinan parti.
“Kenyataan itu disalah erti untuk mengelirukan ahli. Apa saja kenyataan daripada pemimpin PAS akan diputar belit musuh. Saya merujuk parti lain yang menyerang PAS, tidak kiralah Amanah, PKR, DAP atau Umno.
“Bila timbul hal seperti ini, ahli akan merujuk PAS kawasan dan Harakah, dan kembali jelas. Saya yakin akar umbi teguh dengan pimpinan tertinggi parti,” katanya.

3 comments:

  1. PRK Sg Besar dan K. Kangsar telah membuka mata ramai ahli2 PIS yang mula mengakui bahawa PIS dibawah Hj Hadi sudah menjadi senjata sulit UMNO untuk kekal berkuasa. Skandal dan salah laku Najib dan pembesar2 UMNO dilihat hanya sebelah mata oleh pemimpin2 PIS yang bergelar ulamak manakala pendirian parti2 pembangkang yang tidak sehaluan dengan PIS dilihat sebagai dosa besar dan pengkhianatan atas agama yang sah masuk neraka.

    Berita tentang kemungkinan besar wujudnya satu lagi parti politik melayu yang akan memecahkan undi BN dan UMNO meresahkan bukan sahaja UMNO malah PIS juga rasa tergugat. Keampuhan PIS sebagai alat senjata UMNO untuk memecahkan undi pembangkang akan menjadi tumpul apabila ada parti lain (yang menentang UMNO dan korupsi) akan merobohkan "simpanan tetap" undi BN terutamanya undi orang2 melayu. Hj Hadi yang telah jatuh cinta kepada Najib dan UMNO sudah tentu tak mahu ianya berlaku dan tindakan TITM yang konon2nya inginkan gencatan senjata dengan parti2 pembangkang adalah lakonan serta kepura2an pimpinan PIS untuk memperdayakan kembali ahli2 mereka yang sudah mula sedar dan buka mata akan peranan sebenar PIS iaitu sebagai lat mengekalkan kekuasaan UMNO dan melindungi kerja2 korupsi Najib.

    Deklarasai Adun2 dan MP2 PIS di Selangor adalah terjemahan dari kesedaran ramai ahli akar umbi PIS yang mula celik mata dan ianya jika tidak dibendung dan disenyapkan oleh pimpinan PIS bakal mengoncang dan seterusnya bakal meranapkan PIS secara keseluruhan di seluruh negara. Maka lakonan serta ucapan lidah bercabang dari TITM dan seterusnya pembatalan serta u-turn yang dibuat oleh puak2 ulamak PIS selepas ucapan hipokrit itu, jelas menunjukkan betapa pimpinan2 PIS adalah penyokong kuat UMNO dan Najib dan bukanlah sebahagian dari ahli2 politik yang menentang UMNO.

    UMNO yang telah meraih kejayaan besar hasil dari memperkudakan PIS sabgai senjata memecahbelahkan undi pembangkang begitu kecewa dan takut dengan kemungkinan tertubuhnya satu parti melayu yang bakal menghilangkan sebahagian besar dari "simpanan tetap" undi orang2 melayu kepada UMNO dan BN mankala PIS dan Hj Hadi yang tertawa dalam diam atas keberkesanan PIS sebagai senjata sulit UMNO, berkeluh kesah kerana takut PIS bakal ditinggalkan oleh UMNO akibat hilangnya "keperluan UMNO kepada PIS" mankala PH dan rakyat akan meminggirkan PIS akibat tindakan PIS sebagai pengkhianat Islam dan rakyat. Dari sudut mana pun, jelas bahawa PIS dibawah pimpinan Hj hadi akan menjadi parti yang akan menerima kerugian yang paling besar akibat dari sikap "talam dua muka" yang mereka amalkan.

    Sesungguhnya memang tepat ungkapan inggeris " you can't run with the hare and hunt with the hounds" dan hanya orang2 jahil sahaja percaya tindakan itu akan membawa sebarang hasil mahupun kejayaan. But then again, pemimpin2 PIS semuanya adalah "genius" yang tahap maksum yang diyakini oleh semua pewalak2 tahap gaban maka tiada sesiapa pun yang dapat menyakinkan pewalak2 itu akan sebaliknya apabila mereka dah "walak" walaupun tindakan2 pemimpin2 PIS itu memang jelas bangang! Maka, natijahnya, biarkanlah PIS dan para pimpinannya duduk bergomol dengan para pewalak mereka. Politik negara dan rakyat akan lebih sejahtera tanpa PIS dan ini mungkin titik permulaan politik Malaysia yang lebih baik.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  2. Semua dah mabuk pil kuda.....banyak sangat berbohong dan berdolak-dalik. Selamat tinggal saja kuucapkan.

    ReplyDelete
  3. Zaman Allahyarham Fadil Nor dan Allahyarham Nik Aziz PIS nampaknya sependapat, sealiran, dan banyak penyatuan dalam penyampaian ceramah nya kepada umum namun,.sekarang semua pemimpin PIS dari serendah rendahnya hingga keperesidenya sememangnya juara bercakap dimana mana ceramah Mau pun di Media masa/ Social, semuanya tiada sependapat dan penyatuan, masing2 dengan selera sendiri dalam memberi pendapat, akhirnya keadaan menjadi lintang pukang, berkerceramuk, dan merojakan fakta,.apakah pemimpin2 ini layak memimpin Negara,.??? Semuga Rakyat yg bijaksana akan menentukan serta mereka itu dibiarkan melukut dipantai laut cina selatan,.ABU

    ReplyDelete