Parti politik baharu: Peluang untuk BN menang besar dalam PRU
Astro Awani | Julai 14, 2016 22:42 MYT
Astro Awani | Julai 14, 2016 22:42 MYT
KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengalu-alukan penubuhan parti politik baharu yang diumumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malah beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu menang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Dalam kenyataannya melalui Facebook, Datuk Abdul Rahman menyifatkan pengumuman itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
"Beliau (Tun Dr Mahathir) sejak beberapa tahun kebelakangan ini banyak menyerang BN, malah mereka yang ada bersamanya dalam sidang media hari ini terkenal sebagai individu yang sememangnya ada perbalahan peribadi dengan kepimpinan sedia ada," jelas beliau.
Katanya lagi, kehadiran gabungan politik baru ini membuktikan demokrasi yang sihat dalam negara.
"BN sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. Kita percaya gabungan politik baru ini hanya melemahkan pembangkang dan memperkukuh peluang BN untuk menang besar dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Dalam pada itu, Datuk Abdul Rahman turut menambah, BN akan terus berjuang untuk mempertahankan rekod yang telah dicapai biarpun terpaksa melalui pelbagai cabaran sebelum ini.
"BN akan terus mendekati rakyat untuk tidak memberikan kepercayaan kepada pakatan yang tidak sealiran untuk masa depan negara.
"Malah, ia sebagai 'perhubungan berbahaya' yang hanya berlandaskan kepada kekecewaan dan kegagalan dalam memenangi hati rakyat.
"Semoga berjaya!" tambahnya.
Dalam kenyataannya melalui Facebook, Datuk Abdul Rahman menyifatkan pengumuman itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
"Beliau (Tun Dr Mahathir) sejak beberapa tahun kebelakangan ini banyak menyerang BN, malah mereka yang ada bersamanya dalam sidang media hari ini terkenal sebagai individu yang sememangnya ada perbalahan peribadi dengan kepimpinan sedia ada," jelas beliau.
Katanya lagi, kehadiran gabungan politik baru ini membuktikan demokrasi yang sihat dalam negara.
"BN sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. Kita percaya gabungan politik baru ini hanya melemahkan pembangkang dan memperkukuh peluang BN untuk menang besar dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Dalam pada itu, Datuk Abdul Rahman turut menambah, BN akan terus berjuang untuk mempertahankan rekod yang telah dicapai biarpun terpaksa melalui pelbagai cabaran sebelum ini.
"BN akan terus mendekati rakyat untuk tidak memberikan kepercayaan kepada pakatan yang tidak sealiran untuk masa depan negara.
"Semoga berjaya!" tambahnya.
Budak SEPILOK nak pening peningkan RAKYAT
ReplyDeleteBiasa lah
Dah terlebih makan dedak, inilah mirip juara PIS sekadar bercakap mengunakan siku dan lutut Otak dia sama je dengan anak kruak,.lagi rancak walaun ni bercakap lagi cepat lah umnobn berkubur,.hancuuuss
ReplyDeleteMenteri umnongok bodo2 belaka..mana reti pakai sifir daaa...hahaha
ReplyDeleteBangkit isu kg manggis siap bukti tapi Apandir dakwa LGE tanah lain..bongok..cakap jer lebih..
ReplyDelete