Tuesday, July 26, 2016

Haduii.......dia ingat rakyat buta dan tuli ke?

Pas tidak perang dengan sesiapa, tidak perlu gencatan senjata, kata Hadi
26 Julai 2016 | MALAYSIA DATELINE
Berbeza dengan timbalannya, Hadi berkata, Pas tidak akan ada genjata senjata dengan sesiapa.

Berbeza dengan cadangan timbalan presidennya sebelum ini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas tidak berperang dengan sesiapa dan tidak memerlukan 'gencatan senjata'.

"Tidak ada genjatan senjata (gencatan serangan). Kita berdialog, berbahas, berhujah secara demokrasi dengan semua pihak. Tidak ada dan tidak timbul genjatan senjata," kata presiden Pas dalam wawancara dengan media di Alor Setar itu.

Beliau menyalahkan laman web khasnya Malaysiakini yang kononnya tidak menyiarkan sepenuhnya kenyataan dari Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu.

"Kita perlu baca kenyataan timbalan presiden dalam Harakahdaily bukan dalam Malaysiakini. Malaysiakini memetik separuh sahaja tidak ambil semua. Yang ambil semua dalam Harakahdaily. Kalau baca separuh saja tidak adil," kata Hadi dalam sidang media itu.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim mengeluarkan kenyataan agar semua parti pembangkang membuat genjatan serangan sesama mereka dan menghalakan serangan kepada musuh bersama iaitu BN dan Umno.

Ekoran itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan telah berkata, itu bukan kenyataan Pas tetapi kenyataan pribadi timbalan presiden Pas.

Namun, katanya, perkara itu akan dibawa kepada mesyuarat jawatankuasa Pas pusat yang diadakan pada 17 Julai lalu.

Selepas mesyuarat itu, Pas tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu itu namun Tuan Ibrahim berkata, genjatan senjata itu adalah pandangan pribadi beliau.

Kenyataan penuh Tuan Ibrahim mengenai genjata senjata ini disiarkan sepenuhnya oleh Malaysia Dateline sebelum ini.

1 comment:

  1. Biarkan dia cakap dengan geng dia..tak perlu ambil pot pun..terlajak bijak..

    ReplyDelete