Sunday, July 17, 2016

Coup D'état di Turki: Siapa Fethullah Gulen

Siapa Fethullah Gulen, individu yang dituduh menggerakkan kudeta di Turki? 
Hilal AzmiAstro Awani |  Julai 17, 2016 07:53 MYT
Siapa Fethullah Gulen, individu yang dituduh menggerakkan kudeta di Turki?
Gulen mengutuk keras percubaan kudeta di Turki. - Foto AFP
KUALA LUMPUR: Di sebalik kekecohan percubaan rampasan kuasa di Turki, Presiden Recep Tayyip Erdogan mendakwa cendekiawan Islam Turki, Fethullah Gulen, menjadi 'dalang' yang merancangnya.

The Daily Mail UK melaporkan, nama tersebut didedahkan Erdogan selepas beliau mengumumkan percubaan kudeta itu gagal pada Sabtu.

Dalam dakwaan Erdogan, Gulen, 75, dituduh menggerakkan percubaan kudeta terhadap pentadbiran Erdogan dari kediamannya di Pennsylvania, Amerika Syarikat pada Jumaat malam.

Gulen ialah seorang pendakwah, bekas imam, penulis dan tokoh politik Turki yang menggerakkan falsafah campuran dalam bentuk gabungan demokrasi, pendidikan, sains serta dialog antara agama.

Beliau dan pengikutnya yang dikenali sebagai Hizbut dianggarkan mempunyai pengikut sekitar 10 peratus daripada jumlah penduduk Turki.

BACA: Malaysia tentang percubaan tidak berperlembagaan menggugat kehendak rakyat - Najib

BACA: Rangkuman rampasan kuasa tentera di Turki

BACA: Kerajaan Turki, Presiden Erdogan masih berkuasa
Difahamkan bermazhab Hanafi, Gulen pernah mendapat pendidikan di sekolah agama Erzurum Kurşunlu. Dia dan pengikutnya pernah dianggap sebagai jambatan antara pendokong Islam dengan fahaman sekular.

Gulen pernah menjadi rakan dan sekutu Presiden Erdogan dalam politik sebelum 2013. Bagaimanapun, ikatan antara mereka musnah selepas Gulen dituduh dalam sebuah siasatan rasuah.

Walau bagaimanapun, pertuduhan itu disangkal Gulen dalam kenyataannya melalui e-mel kepada The New York Times pada Sabtu.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya percubaan kudeta di Turki.

"Saya berdoa kepada Allah untuk Turki serta rakyatnya agar situasi ini dapat diselesaikan dengan cepat dan aman," katanya.

1 comment:

  1. Biasa lah

    Bila hidup di amerika pasti perangai pun macam amerika jugak

    Common sense

    ReplyDelete