Friday, July 15, 2016

Kan lu kata......baling gelas pun tak pecah....nape seakan gelabah puyoh?

Jumaat, 15 Julai 2016
Baling Gelas Pun Tak Pecah..!
Nampaknya budak budak najib dikalangan MT seakan gelabah puyoh dengan gerakan terbaru dari Tun M..! Tak tentu pasal menyalak kenapa? Kalau takde kesan..! takde sokongan tak payah ler meroyan mengomen itu dan ini..!

Tun Mahathir umum pakatan baru pembangkang, bakal tubuh parti baharu

PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan satu pakatan parti pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, PKR, DAP dan Amanah akan ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Antara individu yang dikatakan berminat berhubung pembentukan parti baharu itu termasuk bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas naib presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Saya akan menjadi yang pertama menyertai (parti baharu), tetapi tidak semestinya sebagai presiden. Parti politik baharu akan membentuk satu pakatan besar untuk lawan BN pada PRU-14.

“Pakatan baharu itu boleh disertai sesiapa sahaja termasuk parti pembangkang, NGO dan individu,” kata Tun Dr Mahathir selepas mengadakan mesyuarat selama tiga jam dengan pemimpin pembangkang dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir berkata, beliau tidak berminat bertanding pada PRU-14, sebaliknya akan memberi tumpuan membantu parti pembangkang menentang BN.

“Bagaimanapun saya tidak berminat bertanding pada PRU-14 dan cukup sekadar memainkan peranan penting nanti,” katanya.

Antara pemimpin pembangkang yang hadir adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub; Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Kelmarin, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendedahkan sebuah parti baharu mungkin ditubuhkan dengan diterajui Tun Dr Mahathir yang akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan BN. - 
sumber

Rilex brother..! kan baling gelas pun tak pecah..!
Apa yang lu orang kalut???

Kertas takkan mampu membungkus api..!
Rakyat tak bodo..!!! Faham???

Lu FIkir La Sendiri!!!

Posted by PUTRA MERDEKA at 12:13 PTG 

No comments:

Post a Comment