Kenyataan Media.
*LAPORAN POLIS PEMUDA UMNO MENGESAHKAN FAKTA-FAKTA DI DALAM DOKUMEN MAHKAMAH AMERIKA SYARIKAT ADALAH BERDASARKAN HASIL SIASATAN AGENSI-AGENSI PENGUATKUASA MALAYSIA*
1. Nampaknya perkembangan kes penyelewengan 1MDB yang membabitkan Perdana Menteri Malaysia semakin menarik apabila Pergerakan Pemuda UMNO melalui Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis pada hari selasa (26 Julai 2016) terhadap tiga tokoh penting disebalik penyiasatan kes skandal 1MDB iaitu Tan Sri Zeti Akhtar Abdul Aziz bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sr Abdul Gani Patail Bekas Peguam Negara dan Tan Sri Abu Kassim Mohamed Ketua Pesurujaya SPRM yang akan bersara mulai 1 ogos ini dimana *ketiga mereka ini dikatakan berkonspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan dengan cara membekalkan maklumat sulit dan dokumen, termasuk maklumat rekaan dan dokumen yang telah dipalsukan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat* termasuk FBI.
2. *Khairul mengakui mewakili Pemuda Umno.Dalam erti kata lain laporan polis tersebut adalah keputusan pemuda Umno dan Khairi Jamaludin ketua Pemuda Umno adalah bertaraf Naib Presiden Umno.Ini bermakna laporan polis tersebut dibawah restu MT Umno*.Satu kejahatan pemimpin politik Umno terhadap pegawai tinggi dan kakitangan kerajaan.
3. Saya sangat yakin laporan polis ini adalah berkait rapat dengan dokumen permohonan yang difailkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) di mahkamah di sana minggu lepas untuk menyita aset-aset berjumlah lebih AS$1 bilion yang dipercayai diperolehi secara haram melalui penyelewengan wang sebanyak AS$3.5 bilion (RM14 bilion) yang dimiliki oleh 1MDB.
4. Dalam lain perkataan, Pemuda UMNO ingin menyatakan bahawa fakta-fakta yang terkandung di dalam dokumen tersebut, termasuklah fakta yang menyatakan bahawa sebanyak AS$731 juta wang tunai yang berasal dari 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri yang dirujuk sebagai ‘Malaysian Official One’ di dalam dokumen tersebut, adalah fakta-fakta yang bersumberkan daripada hasil penyiasatan agensi-agensi penguatkuasaan di Malaysia seperti SPRM dan Bank Negara Malaysia di mana hasil siasatan ini telah dibocorkan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat.
5. *Ini membuktikan kertas siasatan pihak penguatkuasa Malaysia telah berjaya membuktikan keujudan kes penyelewengan dan berlaku kecurian wang 1MDB yang dilakukan oleh mereka yang disebut oleh DOJ.Namun tindakan selanjutnya yang sepatutnya diambil oleh badan perundangan Malaysia terhalang oleh cengkaman kuasa politik PM Najib umno Bn yang begitu kuat*.
6. Saya tidak terkejut jika benar SPRM atau Bank Negara berkongsi hasil siasatan mereka dengan pihak berkuasa negara asing termasuk Amerika. Bahkan perkara ini diakui sendiri SPRM sebelum ini. *Dalam konteks memerangi jenayah global dan rentas sempadan seperti pengubahan wang haram, pembiayaan jenayah keganasan dan korupsi, rangkaian kerjasama dan perkongsian maklumat serta risikan di antara badan-badan penyiasatan jenayah pelbagai negara berdasarkan kepada perjanjian bersama atau konvensyen antarabangsa seperti UN Convention Against Corruption 2004 adalah sesuatu yang memang telah menjadi amalan selama ini*.
*PEMUDA UMNO BAGHAL TUNGGANGAN PENJENAYAH 1MDB*.
7. Saya hairan Khairul Azwan selaku seorang akauntan terlalu selekeh hingga jahil dan bangang tentang hakikat ini. mungkin terlalu galak untuk menonjolkan diri sebagai pembela utama Perdana Menteri, *beliau tergamak untuk melemparkan tuduhan sebegini yang jelas berniat jahat dan merendahkan profesionalisme dan integriti pegawai-pegawai tinggi kerajaan.Pemuda Umno ibarat Baghal Tunggangan penjenayah 1MDB*.
8. Dari satu sudut lain, laporan polis ini sebenarnya membuka ruang kepada ketiga-ketiga tokoh tersebut dan agensi-agensi penguatkuasa seperti SPRM, Bank Negara dan Jabatan Audit Negara yang telah menjalankan siasatan ke atas 1MDB untuk mendedahkan kepada rakyat Malaysia apakah hasil sebenar penyiasatan yang dijalankan mereka. Sekiranya terbukti hasil penyiasatan yang dijalankan oleh agensi-agensi penyiasatan di Malaysia adalah sama sebagaimana fakta-fakta kes yang terkandung di dalam dokumen DOJ tersebut, maka tidak timbul isu maklumat hasil siasatan tersebut telah direka, dipalsukan atau diputarbelit sebagaimana yang didakwa oleh Pemuda UMNO.
9. Laporan polis oleh Pemuda UMNO ini juga dengan sendirinya menempelak dan menafikan dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin UMNO seperti Tan Sri Annuar Muda dan Datuk Abdul Rahman Dahlan serta media masa dan bloger-bloger pro UMNO yang menyatakan fakta dan maklumat di dalam dokumen DOJ adalah hanya semata-mata bersumberkan kepadada maklumat yang dikutip dari laman Sarawak Report dan juga maklumat yang dibekalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Khairuddin Abu Hassan.
10.Cakap-cakap yang membodohkan minda sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin UMNO ini tidak akan mempengaruhi rakyat yang menonton sendiri sidang akhbar Peguam Negara Amerika Syarikat pada 21 Julai yang lepas di mana kerajaan Amerika menyatakan dengan jelas bahawa maklumat yang terkandung di dalam dokumen DOJ tersebut adalah berdasarkan kepada hasil siasatan yang dijalankan oleh agensi-agensi seperti FBI dan IRS dan pada masa yang sama kerajaan Amerika juga mengucapkan penghargaan diatas keberanian SPRM yang turut sama menyiasat kes 1MDB ini.
11.Tuduhan Umno terhadap Tiga Tan Seri mengesahkan tiga Tan Seri tersebut sebenarnya adalah *wira penyelamat negara dan rakyat Malaysia daripada kepimpinan pengkhianat yang korup*.Malaysia dalam bahaya apabila pegawai dan kakitangan kerajaan dipaksa bekerja mengikut telunjuk politik Umno Bn.Tiga Tan Seri yang dituduh Umno seharusnya menjadi contoh kepada pegawai dan kakitangan kerajaan yang untuk berkhidmat demi Malaysia dan keranamu Malaysia. *Saya dan rakyat akan terus mempertahan melindungi pegawai dan kakitangan kerajaan yang berintegriti seperti tiga Tan Seri tersebut.Syabas dan tahniah Tan Seri serta pegawai pegawai yang terlibat dalam penyiasatan tersebut atas keberanian anda semua untuk Malaysia*.
#BeraniKeranaBenar
#TakutKeranaSalah
#SelamatkanMalaysia.
*DATO’ HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena.
8.30am Taman AlWalid Alor Setar
29 July 2016/24 Syawal 1437H.

apa yg ada dlm umno sekarang semuanya busuk.
ReplyDeletedari kepala himgga ekor semuanya berulat dan bernanah
ahli umno yg jujur, tinggalkan parti haprak ini
salam pakdin...
ReplyDeletehttp://syedsoutsidethebox.blogspot.my/
link syed tu takda yg terbaru ke.link skrg dah kena block dgn skmm.
Harum manis telah bersuara.
ReplyDeletePemakan dedak dan mr presideng dan ostad2 walaun belum bersuara, mungkin mereka taknak ambil tau hal dunia begini.
Mr presideng dan ostad2 walaun lebih bersemangat bercakap menghentam Amanah krn bagi mereka, isu Amanah ni amat penting drp isu negara.
Adakah 3 tan sri akan didakwa?tidak mungkin kerana akan terdedah hasil siasatan dalam mahkamah yg terarah kepada kejahatan najib..begitu juga bekas CEO 1mdb tidak akan didakwa..
ReplyDelete