Monday, July 18, 2016

Hah....dah kena jentik kat Hadi, melenting pula kat orang lain!

Tuan Ibrahim minta Khalid Samad tutup mulut, bubar Amanah
18 Julai 2016 | HAZAYANI ZAKARIA
Tuan Ibrahim mahu Amanah dibubar

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada cadangan Khalid agar beliau dan naib presiden Pas Datuk Iskandar Abd Samad meninggalkan Pas.

“Blok pembangkang akan tenang kalau Khalid (Samad) boleh “tutup mulut” atau Parti Amanah Negara dibubarkan. 

“Saya sebagaimana orang ramai melihat P.A.N (Amanah) akan berhadapan dengan masalah kerusi mana yang akan ditandingi pada pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid sebelum ini mengajak Tuan Ibrahim dan Iskandar meninggalkan Pas kerana mendakwa Pas bukan lagi seperti dahulu.

Beliau berkata cadangan Tuan Ibrahim agar pembangkang melakukan gencatan serangan sesama sendiri tidak diterima kerana Pas kini lebih mesra Umno BN dan memusuhi pembangkang khususnya DAP.

“Sekarang ini pemikiran Pas yang dibawa Abdul Hadi adalah satu pemikiran yang lebih mesra Umno BN dan tidak mahu memberi apa-apa komitemna terhadap Pakatan harapan. 

“Saya tidak hairan apabila cadangan yang dibawa oleh Tuan Ibrahim tidak mendapat sambutan dan dia mengatakan ia pendirian peribadi. 

“Cadangan saya kepada Tuan Ibrahim dan rakan-rakan termasuklah Adun Pas di Selangor untuk mereka menerima hakikat bahawa Pas telah berubah dan adalah lebih baik jika mereka meningalkan pAS dan membiarkan Pas mati kerana ia parti yang tidak mahu bergabung dan bekerjasama dengan pembangkang,” katanya.

Tuan Ibrahim bagaimanapun berkata, kemunculan Amanah mendedahkan persaingan tiga penjuru seperti yang berlaku dalam pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Keadaan ini akan mendedahkan persaingan tiga penjuru sebagaimana dalam pilihan raya kecil yang lalu. Kecuali DAP atau PKR sedia menyerahkan beberapa kerusi mereka kepada rakan dalam Pakatan Harapan (PH) tersebut.

“Sebab itu elok serap sahaja dalam parti yang sedia ada. Negara sebenarnya tidak memerlukan terlalu banyak parti dalam blok pembangkang semata-mata kerana kecewa atau ingin menjadi pemimpin,” katanya.

Beliau juga mendakwa sikap “tidak boleh bekerja di bawah orang” merupakan antara sebab muncul pelbagai parti politik.

“Saya tegaskan saya tiada masalah bekerja bersama Presiden dan saf kepimpinan Pas yang ada.

“Kami sangat bahagia, seronok dengan kemanisan ukhuwah sangat dirasai. Sikap hormat-menghormati, berlapang dada dengan perbezaan serta thiqah kepada pimpinan menjadi nadi kekuatan PAS kini,” katanya lagi.

4 comments:

  1. Seronok?Tuan ibrahim cakap tak sama hj hadi cakap..hj hadi dah mesra umno tapi Tuan ibrahim belum dilihat mesra umno..macammanana kata sronok..

    ReplyDelete
  2. Kenapalah TITM ni menyebok dalam kain orang lain,.??? Parti sendiri ( Pas / Pis ) masih terhoyong hayang lagi tak diperbetulkan asik Istiqamah je,.dah tu sebok pulak Amanah nak bertanding kat mana,.lantak dia lah, yg Pas/ Pis tu bertanding banyak tempat menang pun tak berbaloi Istiqamah je lah,.biasanya orang tamak selalu rugi, ini lah cara Pas / Pis berpolitik,.

    ReplyDelete
  3. Ostad dlm barisan pimpinan PIS, terutama mr presideng tiada wawasan politik...yg mereka hebat cuma bila berceramah dn berkuliah.

    Tang politik dan kepimpinan, zero value!!!

    ReplyDelete
  4. Seronok ampu jubur Tuang Presideng. Mula2 nak test market tengok kalau-kalau ahli bawahan senang dengan cadangan gencatan senjata.
    Belum apa-apa kena sergah dgn boss. Orang lagi pangkat rendah dari Tuan Ibrahim sprt SU Agong boleh tempelak Timbalan Presiden.....kona baring la TITM.
    Susah juga kena wala' srpanjang nase...bahagia amendenya apabila setiap pandangan dibakulsampahkan oleh Tuang Presideng.....

    ReplyDelete