Anifah Mengakui Dipukau oleh Najib
Written By canang on Rabu, 27 Julai 2016 | 7/27/2016 07:50:00 PTG
Putra Jaya: Wakil Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman mengumumkan bahawa beliau kini sedang mengembling tenaga untuk menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengembalikan hak 40% hasil negeri Sabah kepada rakyat negeri ini yang dijangka berjumlah RM 100 billion.
Anifah ketika diminta mengulas berkata bahawa selama ini beliau seolah-olah terpukau dengan kebijaksanaan pentadbiran Najib yang penuh bergaya dan karisma.
Ini disahkan oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya yang dikatakan turut terpukau dengan kebijaksanaan pimpinan UMNO/BN selama 42 tahun. Kali terakhir royali minyak dan gas Sabah dibayar oleh persekutuan Tanah Melayu adalah pada tahun 1974, ketika Tun Mustapha masih menduduki tampuk pemerintahan Sabah.
Ini bermakna 10 ketua menteri Sabah yang memegang teraju kepimpinan selama ini turut sama terpukau.
“Tuntutan 40% kepada negeri Sabah ini adalah sah dibawah perlembagaan persekutuan. Ia adalah milik kita dan kita berhak menuntutnya” kata Anifah yang dipetik oleh pemberita.
Najib yang agak terkejut dengan permintaan mendadak pemimpin-pemimpin Sabah ini bagaimanapun berjanji untuk menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji tuntutan ini.
Najib baru-baru ini mengharumkan nama negara berikutan rating terbaru dari agensi rating Fitch yang memberi rating A+++ untuk kedudukan fiskal kewangan negara. Ia dilihat semakin kukuh berikutan kejayaan Jho Low meraih keuntungan dari pelaburan dana dari syarikat 1MDB.
Najib pada kempen pilihan raya umum lepas berkata bahawa Sabah adalah “simpanan tetap” (Fixed deposit) parti BN. Tidak dapat dipastikan apakah yang dimaksudkan oleh beliau. Walau bagaimanapun, penganalisa politik bebas, Prof. Jauhari Ahmad berkata bahawa simpanan tetap yang dimaksudkan oleh Najib adalah berupa dana RM100 billion ini.
Joseph Sipanggil, dari Tambunan ketika diminta mengulas berkata bahawa beliau sangat berbangga dengan inisiatif Anifah dan pemimpin-pemimpin Sabah ini. “Saya sangat berbesar hati mendengar khabar ini pagi tadi” kata Joseph. “Untuk ini, saya dan keluarga akan mengadakan kenduri kecil-kecilan untuk menunjukkan sokongan kepada usaha tersebut” tambahnya lagi.
# dengan Kelantan pun Najib janji juga

Saya tak sokong Najib, tapi tak setuju fitnah 2015 ni disebar. Gunalah cara halal...
ReplyDeleteShafie Apdhal sudah nak jadi Ketua Besar Sabah
ReplyDeleteBudak Bahalol ini nak belakon takut di tendang Shafie
Rakyat Sabah bukan BODOH lah
Nak bet lakon bila TONG TAIK PECAH TENGAH JALAN pulak
Padan lah BUSOK!!!!!!
Owh!!!!! Baru sedar dari Pukau yk,...?? Dulu ko Bukan main bodek Najib, sekarang bila umnobn dah mereput pandai la ko beralih bodek kat Shafie Afdal n Rakyat Sabah takut tak ada tempat n Jawatan kat Sabah tu kan ,.???
ReplyDelete