Saturday, July 16, 2016

Terkini - Rampasan kuasa tentera di Turki: Laporan langsung (photos)

LAPOR LANGSUNG Rampasan kuasa tentera di Turki - astro awani

LAPOR LANGSUNG: Rampasan kuasa tentera di Turki Tentera Turki melancarkan rampasan kuasa pada Jumaat, turun ke jalanan di Ankara dan Istanbul.

TERKINI Susun atur :  

16 JUL 2016
10 :41 AM MYT

42 mati di Ankara dalam pertempuran cubaan rampasan kuasa: TV memetik pendakwaBerpuluh-puluh orang terbunuh dalam pertempuran di ibu negara Turki ketika kumpulan dalam tentera cuba untuk menjatuhkan kerajaan, lapor media tempatan, memetik pejabat pendakwa.

Empat puluh dua orang, 17 daripada mereka polis, yang lain orang awam, terbunuh di Ankara, televisyen NTV melaporkan, memetik pejabat ketua pendakwa daerah Golbasi.

5 :32 AM MYT

Erdogan mengutuk 'percubaan' oleh minoriti dalam tenteraPresiden Turki Recep Tayyip Erdoğan, bercakap dari satu lokasi selamat menurut sumber presiden, menggesa orang ramai turun ke jalanan untuk menentang rampasan kuasa.

"Saya percaya komplot rampasan kuasa ini tidak akan berjaya," katanya, bercakap menggunakan telefon bimbit menerusi FaceTime dalam reaksi pertamanya susulan tindakan diambil angkatan tentera Turki.

5 :26 AM MYT

Tentera Turki mengisytiharkan undang-undang tentera dan perintah berkurungStesen televisyen negeri TRT berkata, tentera telah mengisytiharkan undang-undang tentera dan perintah berkurung, dalam satu kenyataan ditandatangani kumpulan yang menggelarkan diri mereka Council for Peace in the Homeland.

"Kuasa di negara ini telah dirampas secara keseluruhannya," menurut satu kenyataan tentera yang dipetik media Turki.

Ia berkata, rampasan kuasa itu telah dilancarkan "bagi memastikan dan mengembalikan perintah berperlembagaan, demokrasi, hak asasi manusia dan kebebasan dan membenarkan keluhuran undang-undang di negara ini diguna pakai, untuk memulihkan keadaan yang terganggu".

"Semua perjanjian dan komitmen antarabangsa kami kekal sah. Kami berharap hubungan baik kita akan berterusan dengan semua negara dalam dunia," kata kenyataan itu.

5 :19 AM MYT

Moscow seru Turki elak semua ‘pertumpahan darah'Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov menggesa Turki agar mengelakkan semua jenis "pertumpahan darah" ketika tentera berada di jalanan di bandar-bandar utama negara itu dalam satu cubaan rampasan kuasa pada Jumaat.

Dalam satu sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry, Lavrov berkata, "masalah di Turki perlu diselesaikan mengikut perlembagaan."

5 :04 AM MYT

John Kerry harap keamanan dan ‘kesinambungan’ di Turki Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry berkata, beliau masih cuba mengikuti perkembangan peristiwa yang begitu pantas di Turki.

Bagaimanapun, katanya, apa pun yang berlaku, beliau berharap Turki akan dapat menyelesaikan krisis itu di samping memelihara keamanan, kestabilan dan menghormati " kesinambungan."

4 :52 AM MYT

Ketua jeneral Turki ditahan di ibu pejabat tenteraKetua tentera Turki telah ditahan di ibu pejabat tentera di ibu negara Ankara, menurut laporan agensi berita Anadolu yang dikendalikan negeri.

"Jeneral Hulusi Akar telah ditahan sebagai tebusan oleh sekumpulan tentera yang cuba melakukan pemberontakan," kata agensi itu memetik "sumber yang boleh dipercayai".

4 :38 AM MYT

Tentera dakwa telah merampas kuasa Tentera Turki berkata ia kini mengambil alih kuasa.

"Kuasa di negara ini telah dirampas secara keseluruhannya," kata satu kenyataan tentera yang disiarkan stesen televisyen NTV, tanpa memberi maklumat lanjut.

Laman web tentera itu dapat diakses buat waktu ini.

4 :26 AM MYT

Kereta kebal tentera Turki dikerahkan di luar lapangan terbang Ataturk di IstanbulKereta kebal tentera Turki dikerahkan di luar lapangan terbang Ataturk di Istanbul, menurut laporan stesen televisyen tempatan.

4 :18 AM MYT

Perdana Menteri Turki mengutuk ‘usaha haram’ oleh ‘kumpulan’ dalam tentera Perdana Menteri Turki Binali Yildirim pada Jumaat mengecam apa yang disifatkannya “cubaan bertindak menyalahi undang-undang” oleh unsur-unsur dalam tentera.

4 :02 AM MYT

Pasukan keselamatan Turki menutup sebahagian jambatan Bosphorus di IstanbulJambatan Bosphorus dan Fatih ditutup oleh gendarmerie - cabang tentera Turki khusus untuk keselamatan dalam negeri - bagi trafik dalam perjalanan dari Asia ke Eropah, lapor televisyen NTV. 

3 :51 AM MYT

Jet tentera Turki kedengaran terbang rendah di AnkaraJet kedengaran terbang rendah di ibu negara itu, manakala rakyat bergegas mengambil perlindungan di rumah masing-masing.
 
 
 
 
 
 
 
 
 


1 comment:

  1. Tak makan DEDAK pun OTAK BAHALOL jugak

    Kalau sudah LAHAP DEDAK macam mana pulak SOJLAL nya

    ReplyDelete