Tuesday, July 19, 2016

Bengong ke ape.....sendiri tawar, sendiri letak syarat?

‘Hormati dasar Pas baru boleh gencatan’
Posted on Monday, July 18 @ 14:14:31 MYT by paktam
KUALA ROMPIN - Pas Pahang mengakui kenyataan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengajak parti pembangkang melaksanakan gencatan serangan dan menumpukan serangan kepada Umno-BN merupakan solusi bagi mengalahkan parti pemerintah itu.

Ia boleh dijayakan melalui penyatuan parti pembangkang di negara ini namun dengan syarat parti-parti pembangkang lain perlu menghormati dasar perjuangan Pas yang selama ini yang meletakkan agama Islam sebagai asasnya.

Pesuruhjayanya, Rosli Abdul Jabar berkata, jika parti lain gagal menghormati dasar Pas maka sukarlah solusi berbentuk penyatuan ini akan berlaku dalam usaha untuk menumbangkan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Beliau (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man) hanya melontar solusinya iaitu bagaimana cara untuk mengalahkan BN yang boleh dilakukan melalui penyatuan parti pembangkang.

“Bagaimana pun, parti pembangkang lain mesti menghormati dasar Pas yang selama ini memperjuangkan Islam sebagaimana Pas menghormati dasar parti lain.

"Jika gagal hormati, maka sukarlah untuk berlaku penyatuan seperti mana isu Rang Undang-undang Syariah tempoh hari yang hanya untuk Kelantan, tidak ganggu negeri lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Terbuka Aidilfitri Pas Dun Tioman yang diadakan di Dewan Terbuka Majlis Daerah Rompin (MDR), semalam yang turut dihadiri Yang Dipertua Pas Kawasan Rompin, Nazri Ahmad.

Sinar Harian pada 13 Julai lalu melaporkan Tuan Ibrahim dalam kenyataannya mencadangkan agar parti-parti pembangkang berhenti menyerang sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar iaitu Umno-BN dan mencari titik kompromi yang memerlukan tolak ansur satu sama lain.

Dalam pada itu, Rosli yang merupakan Adun Tanjung Lumpur turut menegaskan isu penyatuan itu boleh berlaku dengan mana-mana parti termasuk di pihak kerajaan selagi berpegang pada prinsip menghormati antara satu sama lain.

Bagaimana pun, beliau menolak penyatuan berkenaan membawa maksud Pas akan bergabung dengan mana-mana parti sebaliknya banyak kaedah lain boleh digunakan dalam menjayakan penyatuan itu.

Ditanya adakah penyatuan itu turut terbuka kepada Parti Amanah Negara (Amanah), beliau menegaskan ahli parti itu perlu memilih untuk kekal atau kembali kepada Pas.

“Amanah tidak boleh mengambil sikap terus menerus menyerang pimpinan Pas dan selagi serangan berlaku, maka sukarlah untuk berbaik. Jika mereka (Amanah) memikirkan soal penyatuan, maka tiadalah Amanah,” katanya. 

# hahaa......siapa yang tawar dan siapa yang dah sahut?
takut kat Amanah pulak dah........kan hayat Amanah hanya dua tahun?

Baca berkaitan: Kamu Yang Tidak Istiqamah, Kamu Suruh Bubar AMANAH!

3 comments:

  1. Menda la lebai2 malang PIS ni,.?? Bagaikan dah Gila Talaq,.dia yg mencadangkan semua parti2 pembangkang agar melakukan ganjatan senjata bagi menumbangkan BN, dah tu membuat berbagai Syarat pulak,.macam lah Hidung tak mancung pipi tersorong sorong,.kalau dah minda hanya dengan siku dan Lutut tak kemana pun,.

    ReplyDelete
  2. Goblok banget lah orang PAS nih

    ReplyDelete
  3. Alaaa,penat la dengan dia ni.Dia paham ke tidak gencatan senjata. Berenti kata mengata,duduk dan bincang. Nak gabung ke nak kata mengata pulak ke lepas tu, terpulang pada perbincangan. Kalau bincang dan buat keputusan nak sambung bergaduh, gaduh lah. Memang itu kerja orang politik parti. Celik mata fikir gaduh. Go on lah.

    ReplyDelete