Tuesday, December 19, 2017

Lawak siott......

'Tak mustahil Mohd Amar jadi PM'
mk   -   Hari ini, 3:34 pm
'Peguam PAS dulu' Mohamed Hanipa Maidin berkata tidak mustahil Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mampu menjadi perdana menteri.

Beliau mengulas secara berseloroh kenyataan Mohd Amar, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor, seperti yang disiarkan Sinar Harian semalam berkenaan soal 'tak mustahil'.

Menurut Malaysiakini yang memetik laporan itu, Mohd Amar berkata tidak mustahil jika perdana menteri Malaysia dipilih di kalangan pemimpin PAS, walaupun jumlah kerusi dimenangi parti itu di Dewan Rakyat berkurangan

Mengambil contoh PRU 1990 di mana kemenangan PAS dibantu oleh Parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah - tokoh yang menjatuhkan pentadbiran PAS di negeri itu pada 1978 - Mohd Amar berkata sudah banyak hal pelik berlaku pada parti itu yang "di luar pemikiran manusia".

"Pilihan raya akan datang, PAS mungkin tak (menang) banyak, tetapi tidak mustahil kalau perdana menteri adalah PAS. Jangan rasa pelik, yang penting ahli kena yakin kepada pimpinan parti," katanya (gambar) seperti dipetik Sinar Harian semalam.
Hanipa yang merupakan anggota Jawatankuasa Pusat AMANAH berkata beliau seronok membaca kenyataan Mohd Amar itu.

"Saya setuju sepenuhnya...Tetapi alang-alang berbicara hal yang tak mustahil, lebih baik ambil yang paling ekstrem.

"Katakanlah beliau bertanding dan menang di peringkat DUN, tak mustahil (tetap) mampu menjadi perdana menteri jika mengikut teori beliau," katanya di laman Facebooknya 'Peguam PAS dulu'.

Nama tersebut ekoran kedudukannya sebagai pengerusi lajnah undang-undang ketika masih berada dalam PAS dan dikenali sebagai peguam utama yang menguruskan kes perundangan pemimpin parti itu.

Tidak berhenti setakat itu, Hanipa meneruskan usikannya pada Mohd Amar;

"Tak mustahil juga jika beliau jadi perdana menteri, akan tetap tinggal di Kelantan dan berulang alik ke Kuala Lumpur dengan Rangkaian Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

"Habis sebelum 2024 (tahun ECRL dijadual siap) macam mana YB? Apa masalahnya, tak mustahil beliau dibawa terbang oleh angin. Bukankah kita bercakap tentang 'semua' tak mustahil?" katanya lagi.

5 comments:

  1. Yb hanipa. Ku rasa maksud nik amar tu bukan tak mustahil tetapi MUSTAHIK. Baru sesuai dengan nate berok tmb kelate. Hahaha

    ReplyDelete
  2. Penguasaan mantik pemimpin PAS kini berada di limbah sistem pembetungan IWK, paling haprak!

    ReplyDelete
  3. Nak tahu? inilah teori yg sedang dimainkan kpd orang kampong. Lepas PRU14, Umno menang tipis,ramai tokoh Umno kalah. Namun dapat bentuk kerajaan bila dicampur PAS ( teori kingmaker).Maka oleh kerana Umno serabut,maka jawatan PM beri kepada PAS. Mustahil ker? Simple kan?

    ReplyDelete
  4. PAS DAH PASTI BUKAN LAGI YG KU UNDI...JUGA UMNO.

    ReplyDelete
  5. Nik Amar beri pandangan ' tidak mustahil ' dari sudut keberangkalian yg sangat nipis. Maka ada benarnya ungkapan " tidak mustahil " Nik Amar itu untuk mempengaruhi kumpulan2 yg masih mengharapkan kejayaan kpd Pas walaupun dlm situasi mustahil. Sebagai tanda setuju dgn pendapat " tidak mustahil " Nik Amar sy unjurkan " tidak mustahil " Azwan Ali jadi mentri besar selangor. Tidak mustahil mustapha ali jadi menteri kebajikan wanita dan Al Tantawi jd menteri KBS. Nik Abduh jd Menteri Perdagangan Antarabangsa. Tidak mustahil.

    ReplyDelete