Thursday, December 7, 2017

Baik untuk rakyat: Mereka telah lupuskan kemarahan dan dendam?

Lupakan kisah silam, jangan benci Dr Mahathir, kata Nurul Izzah
Ooi Choong Han · Diterbitkan pada 7 Dec 2017 7:00AM
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar melayan Dr Mahathir dan isteri, Dr Siti Hasmah Mohd Ali menjamu selera pada satu majlis pada Aidilfitri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Disember, 2017

DR Mahathir Mohamad bukan orang yang patut dibenci. Perbuatan bekas perdana menteri itu yang patut dibenci, kata Nurul Izzah Anwar.

Ketika parti dalam Pakatan Harapan (PH), kecuali PKR, bersetuju menamakannya sebagai perdana menteri interim, Izzah – di mana keluarganya menderita selepas Dr Mahathir menyingkirkan bapanya Anwar Ibrahim – berkata sudah tiba masanya untuk melupakan perkara lalu demi kepentingan negara.

Izzah bercakap kepada The Malaysian Insight sebelum sesi retreat PH di Yayasan Kepimpinan Perdana minggu lalu di mana DAP, Bersatu dan Amanah, parti serpihan PAS bersetuju untuk Dr Mahathir menjadi perdana menteri interim.

Izzah berkata sudah lama Malaysia menjadi negara yang terpecah dan kinilah masanya untuk membina jambatan, yang memerlukan usaha ramai pihak.

“Ini cara bagaimana saya memandang Tun (Dr Mahathir). Saya melakukannya dengan hati dan minda yang sangat terbuka  .

“Kita diajar untuk membenci lelaki itu. Kita diajar untuk benci apa yang dibuatnya – pelanggaran terhadap kedaulatan undang-undang, prinsip demokrasi dan pembinaan rangka kerja negara ini.

“Jadi ya, saya sangat jelas bahawa banyak perkara yang dia buat langsung tidak boleh diterima,” kata naib presiden PKR yang juga anak sulung Anwar itu kepada The Malaysian Insight.

Izzah berkata berdasarkan prinsip, beliau tidak akan pernah beritahu Dr Mahathir yang kini pengerusi PH, bahawa apa yang dilakukannya dulu itu betul; tetapi pada masa ini amat penting untuk mempunyai tokoh itu sebagai sebahagian dalam agenda perubahan pembangkang.

Katanya, PH menerima Dr Mahathir kerana keutamaannya sekarang ialah negara ini, bukan perasaan dan penderitaan peribadi mereka.

“Berapa lama lagi kita hendak tersekat dalam kenangan masa lalu? Kita perlu bina masa depan.”

Pada retreat PH pada 1 dan 2 Disember lalu, PH mencadangkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim dan Presiden PKR dan PH Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri jika pembangkang menang.

Bersatu, Amanah dan DAP bersetuju dengan cadangan itu tetapi PKR, parti Anwar masih belum mencapai kata sepakat.

PKR ditubuhkan dan dijaga oleh isteri Anwar, Dr Wan Azizah selepas Dr Mahathir menyingkirkan Anwar sebagai timbalan perdana menteri pada 1998 dan kemudian dipenjarakan atas dakwaan rasuah dan liwat.

Selama bertahun-tahun, Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981 hingga 2003, dilihat sebagai musuh kepada pembangkang dan dipersalahkan atas apa yang berlaku dalam negara sekarang.

Idea menjadikannya sebagai perdana menteri interim mencetuskan perasaan yang pelbagai. Dalam satu kaji selidik online dibuat oleh The Malaysian Insight, 57% sukakan kepada pasangan Dr Mahathir-Dr Wan Azizah sementara yang lain kata tidak.

Izzah, yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai, berkata bercakap tentang rekonsiliasi bermakna terpaksa melihat semula sejarah silam dan belajar daripadanya.

Apa pun, katanya, apa yang penting ialah untuk mendesak perubahan sistem.

“Pemimpin datang dan pergi. Jika kekurangan sistem terus ada di situ, kita akan melihat satu demi satu pemimpin yang kejam dan autokrasi. Tidak akan ada perubahan dan ia menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia.

“Saya fikir agenda perubahan itu lebih penting. Saya tidak kata ia hanya milik saya. Ini bukan gerakan yang eksklusif.

“Kita perlukan ramai orang untuk percaya tentang idea menjaga masa depan Malaysia dan dipimpin oleh laluan yang betul,” katanya.

Izzah berkata satu perkara yang jelas ialah PH tidak akan bertoleransi dengan rasuah.

“Walaupun ia perdana menteri. Saya fikir jika satu hari dia tiba-tiba buat keputusan untuk menerima perubahan agenda dan mahu menyerahkan pencuri rasuah kepada pihak berkuasa, dan memulangkan wang kepada rakyat, saya akan kata ‘ya, tolonglah buat begitu’.”

Izzah berkata PH perlukan persepakatan menjelang pilihan raya umum akan datang, kerana mungkin kali ini buat pertama kalinya sejak merdeka, pembangkang ada peluang sebenar untuk menawan Putrajaya.

“Peluang itu perlu diambil oleh ramai orang,” katanya. – 7 Disember, 2017.

7 comments:

  1. Touche. Sound arguments. Keeep up the good work.

    ReplyDelete
  2. Tak berapa faham bahasa YB Izzah. Atau penulis yang berbelit2. Org politik kena guna bahasa mudah mcm Dr M supaya rakyat senang faham

    ReplyDelete
  3. Hi, i thnink that i noticed you visited mmy site so i got here to go back the favor?.I'm
    trying to find things to improve my site!I assume its good
    enough to use a few oof your concepts!!

    ReplyDelete
  4. Buang yg keruh, ambil yg jernih...kata2 orang dulu2.

    ReplyDelete
  5. I am sure this paragraph has touched all the interjet
    users, its reallyy eally fastidious post
    on building upp new weblog.

    ReplyDelete
  6. Hello there, just became aware of your blog through Google,
    and found that it is truly informative. I'm going to watch out for brussels.

    I'll appreciate if you continue this in future. Lots of people will be benefited from your writing.
    Cheers!

    ReplyDelete
  7. What's up i am kavin, its my first tine to clmmenting anywhere, when i read this post i thought i could allso create
    comment due to this sensible paragraph.

    ReplyDelete