Getar suaramu itu, Tok Guru
Annual Bakri Haron Hari ini, 9:54 pagi
KUALA LUMPUR 8 Ogos 2001 – Anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Abdul Aziz, 34, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) minggu lalu, merupakan ketua Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM). - (Utusan Malaysia, 9 Ogos 2001)
KUALA LUMPUR 20 Ogos 2006: Pembebasan anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Aziz, kelmarin selepas ditahan selama lima tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disambut air mata gembira oleh anggota keluarganya. Nik Adli adalah antara 11 tahanan yang dibebaskan serentak dari Pusat... (Berita Harian, 20 Oktober 2006).
Demikian sekilas khabar; dua kepala berita yang merumuskan senario kes penahanan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki Nik Adli - anak kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz - di bawah ISA kira-kira 16 tahun lampau.
Saya masih ingat, sebaik saja berita penahanan anakandanya disampaikan, beliau spontan menjawab - dalam sidang akhbar hari yang sama iaitu 2 Ogos 2001 - bahawa beliau tidak akan 'tunduk'.
“Saya tidak akan pergi menemui Nik Adli untuk hanya merayu pihak atasan bagi sebuah pertuduhan yang tidak pernah dibuktikan. Sudahlah gagal dibuktikan, gambar anak (saya), Nik Adli digunakan sebagai simbol militan dalam salah satu modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN),” katanya kemudian.
Tok Guru keras memprotes.
"Tindakan pihak yang menyediakan modul tersebut jelas sesuatu yang mendukacitakan. Dia masih belum dibuktikan di mahkamah sebagai pengganas, mana boleh?
“Kalau benar orang yang buat itu (menyediakan modul yang menggambarkan Nik Adli pengganas) sebagai seorang yang bertanggungjawab, dia kena minta maaf kepada saya, isteri saya dan anak saya,” beliau bertegas.
Rintihan kalbu nabi
Semua kisah ini pada waktu itu adalah berita-berita yang cukup memburu perhatian massa dan media. Pada banyak ketika, boleh dikatakan Nik Abdul Aziz seakan-akan dilihat bagai harimau yang terbang.
Walaupun dia tidak mendambakan perhatian tetapi dia sering menyambar fokus secara spontan. Dia sendiri itu sudah menjadi ikon kepada isu dan isi berita.
“Macam mana boleh kata anak saya pengganas sedangkan tidak ada mana-mana mahkamah pun yang sabitkan anak saya sebagai pengganas,'' bentaknya pada kuliah mingguan Jumaat pada 25 Februari 2006. Saya terlibat dalam mengatur sidang akhbar ketika itu.
Di parlimen pula, ketika perbahasan, tiga anggota pembangkang iaitu Allahyarham Datuk Fadzil Noor (Pendang), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh) dan Dr Tan Seng Giaw (Kepong) mendesak supaya ISA dihapuskan kerana ia dilihat cukup menindas kebebasan rakyat dan bertentangan dengan hak asasi manusia.
Mereka juga mahu supaya semua 10 orang yang ditahan itu dibawa ke mahkamah secepat mungkin untuk dibuktikan kesalahan mereka.
Demikian sedikit imbas kembali seputar isu Nik Adli dan reaksi Nik Abdul Aziz yang cukup berpendirian.
Dalam perkembangan yang lain, sungguhpun dari sisi luaran Tok Guru dilihat gagah dan tabah mengharungi ujian, selaku pembantu yang mengendalikan pelbagai urusan beliau - rasmi atau peribadi - saya masih dapat mengesan perihal kedukaan yang mendalam menyelubungi beliau.
Ini boleh dicerapi melalui majlis-majlis solat hajat yang acap diimamimya, selain menghayati isi doa-doa beliau, sama ada sebelum atau selepas kuliah mingguan di Medan Ilmu Kota Bharu setiap Jumaat.
Ia cukup ngilu didengari justeru dilahirkan dari hatinya yang pecah. Saya cukup tahu ini kerana sepanjang 520 kali kuliah Jumaat yang diatur sepanjang 10 tahun berkhidmat, saya tidak pernah mungkir.
Saya tidak pernah merasakan keadaan yang seaneh itu sebelumnya kerana sememangnya saya sentiasa berada di lantai-lantai kuliah itu pada kebanyakan masa.
Simptom orang yang dalam dukacita ada dalilnya. Misalnya, perhatian mudah teralih atau dia sering kelihatan bermenung, atau selera makannya terencat.
Bak kata Christian Nestell Bovee: "Tearless grief bleeds inwardly.”
Apapun, saya yakin dalam keadaannya yang cukup tertekan itu pun Tok Guru masih mampu memujuk hatinya dengan menumpang rintihan kalbu Nabi Yusuf AS yang pernah dirakamkan: “Sesungguhnya hanya kepada Allah aku mengadukan penderitaan dan kesedihanku.” (Yusuf : 86).
Senyum memberi izin
Atau mungkin juga Tok Guru mendapat suntikan kekuatan ruh dengan berpegang kepada maksud ayat ini: “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (ali-Imran : 139).
Saya masih ingat, Tok Guru sering meminta saya membancuh teh O di pantri pejabat bersama biskut tawar kering untuk mengalas perut. Ini bukan saja kerap berlaku pada waktu pagi, bahkan ketika makan tengah hari.
Terkadang, dia memberitahu saya dia perlu baring seketika. Dia yang berbaring dan berlunjur minta diselimuti sepenuhnya. Ada kala, dia minta saya picit betisnya dan gosok belakangnya.
Tanpa banyak berkata, semuanya saya turuti. Di kala itu juga, tahulah saya secara spontan, yang dia tidak boleh lagi menerima sebarang tetamu atau ditanya itu dan ini.
Dan pada waktu begitulah saya akan menjadi setegas guru disiplin sekolah Inggeris di zaman dahulu kala.
Semua keadaan ini muncul silih berganti. Ia melahirkan semacam sebuah jaluran gelombang kacau-ganggu dalaman yang tak siapa mungkin mengerti. Saya pun sekadar memerhati sambil cuba-cuba memikirkan sesuatu untuk meredakan suasana.
Membaca semua ini, saya ada mengangkat sepotong cadangan di suatu pagi yang cerah. Saya memberitahunya, jika saya munculkan sebuah nota yang ditukangi secara seni seputar isu Nik Adli demi menarik simpati, bolehkah?
Tok Guru lalu bartanya: "Pah, nok buat lagu mana tu?”
Saya menjelaskan, saya akan cuba karang dan sudahkan sebuah warkah - seakan - datang daripada rintihan seseorang yang sedang terkurung. Protagonis yang tertekan itu akan membahasakan dirinya sebagai Ayie.
Beliau lembut melempar senyum sambil mengizinkan dengan kata-kata: “Cubalah dah ggitu. Siap, Yie buat mari – kita pakat-pakat baca.”
Genap tiga hari, saya tampil di hadapannya dengan sepucuk draf warkah. Dia maklum, yang itulah “Surat Daripada Ayie” bagai yang dijanji. Saya mohon izin untuk membacanya dan minta ditegur jika ada yang tak kena.
Tangan di mata, suara bergetar
Setelah kelihatan beliau tenang, lega menghirup teh O yang saya bancuh pada pagi itu dan selesa dengan celupan biskut tawarnya, saya mula membaca dengan perlahan:
Bismillahirrohmaanirrohiim. Surat daripada Ayie.
"Menemui bonda yang sentiasa ada dalam ingatanku,
tidurku, baringku, dan dari setiap detik jaga.
Ibu...
Hari ini sudah masuk hari ke-15 kita berpuasa.
Seperti petang-petang yang lalu
seketul nasi; sejari ikan; sejirus kuah dan sedikit kangkung
ditolak ke kamar saya.
Bu...
Petang ini saya sudah tidak dapat lagi menerimanya;
maafkan saya Bu..
Dengan tarawikh yang cecer,
dan fardu Jumaat yang dah beratus kali dinafikan saya untuk
menunaikannya
hati saya sudah semakin sebak.
Rabu - Khamis, Khamis atau Jumaat - sama.
Minggu ini atau minggu depan
sudah hampir tidak ada beda bagi saya.
Gelap terang yang silih berganti,
tidak membawa apa-apa erti dan makna.
Bu..
Apa khabar anak saya, Is, agaknya?
Tentu dia sudah petah dan bisa berlari.
Sewaktu kami dipisahkan pada malam sayu lima tahun lalu
saya masih ingat Bu..
Is baru berusia 5 tahun ketika itu.
Saya masih terdengar raungannya hingga ke hari ini.
Bersekolah di manakah agaknya dia, Bu?
Tentunya sudah di darjah empat.
Bu... hantar dia ke kelas fardu ain
Bu... jangan lupa ke kelas al-Quran
Bu.. sembahyangnya, puasanya, aqidahnya
saya tidak pastilah
perlukah dia menjadi saya, atau tidak menjadi saya.
Yang penting dia perlu bekalan agama secukup-cukupnya.
Dia tidak boleh sekali-kali menjadi seorang yang zalim jika berkuasa.
(Di sini, Tok Guru mengangguk sambil menekankan kepada saya bahawa butiran yang disebutkan ini cukup mustahak. Dia menegaskan lagi, kesedaran ini cukup penting dipasak. Saya diminta untuk meneruskan).
Aisyah masih kecil, dia tidak tahu apa-apa
barangkali sudah berusia enam tahun.
Comelkah dia, Bu?
Seiras Raihana, atau mirip wajah saya?
Mengenai beban tanggungan untuk nafkah Raihana dan anak-anak
bil elektrik, air, sewa rumah, yuran sekolah, makan, minum;
terus berhutanglah kepada Pak Usu.
Jika wang simpanan saya itu kehabisan dan
jika Pak Usu pun sudah keberatan
katakanlah, sudah terdesak sangatlah
maka jual sajalah tanah getah seekar
satu-satunya pemberian arwah ayah itu kepada Pak Usu.
Gunakan wang itu secara berjimat-cermat, sepanjang ketiadaan saya.
(Mulai dari sini saya terperasan, wajah Tok Guru sudah mulai berubah. Apa pun, saya masih teruskan).
Bu... apa pula khabar Raihana sendiri?
Tentu dia dalam kelukaan yang berat.
Saya tahu betapa lukanya membesarkan anak-anak tanpa saya
mengurus serba-serbi tanpa saya.
Pada pertemuan akhir kami lapan bulan lalu
saya sempat memberitahunya
untuk ke pajabat kadi sajalah
dan lupakanlah saya.
Insya-Allah biar seberat mana sekali pun
saya akan rela melepaskannya jika sudah terpaksa.
Saya tidak mahu terus berdosa Bu...
Tiba di sini, Tok Guru menekup kedua-dua matanya dengan tangan kanan sambil menunduk, lalu - dengan suara yang cukup rendah dan sedikit bergetar - dia meminta saya agar berhenti.
Sambil berpaling ke kanan, beliau - dengan tangan masih di mata - kelihatan menangis. Saya langsung tergamam. Masing-masing kami terdiam.
Dalam keadaan yang cukup perlahan, naluri telah mengatur saya agar berundur. Saya lalu keluar meninggalkan Tok Guru buat sementara.
Ya, sepantas kilat saya teringat kata-kata falsafah Aileen Mayhew berbunyi: "Let your tears come. Let them water your soul.”
Suara di lebuh raya
Setengah jam kemudian, dia memanggil saya lagi ke kamar. Kali ini, arahannya ringkas: “Terbitkanlah.”
Sambil berdiri dan setelah kelihatan saya mengangguk. Ketika hampir berpaling untuk menuju ke pintu, dia langsung bertanya: “Eh, duit-duit tu, ada ke tu?”
Melihat saya tiada jawapan, Tok Guru terus menyeluk sesuatu dan mengambil dari sumpit sampul surat yang separuh pecah dari sakunya.
Sampul kertas itu sebetulnya ialah dompet Tok Guru justeru dia tidak pernah memakai dompet seperti kita yang lain.
Dari wang itu dan infaq rakan-rakan yang bermurah hati; dicampur dengan apa yang ada sedikit lagi daripada wang saya di saku, saya meneruskan perbincangan untuk menerbitkan cakera padat.
Ini termasuk kaedah pengedarannya untuk meninggalkan impak semaksimumnya.
Melalui jentera yang ada, kami nekad mengedarnya di rumah-rumah tol lebuh raya setiap jalan keluar dari Kuala Lumpur menuju ke Pantai Timur, selatan dan utara menjelang Hari Raya Aidilfitri 2006.
Ayie ialah panggilan kemanjaan. Saya memilih nama ini justeru barangkali itulah sebuah nama yang sedia manis di hati Tok Guru di saat gembira atau ketika duka datang menguji.
Dengan izin Allah, berkat usaha dan doa ikhlas pelbagai pihak yang mendukung usaha ini serta usaha-usaha lain, maka dalam tempoh 10 hari, Nik Adli diberi pembebasan. Dia bebas sehari sebelum hari raya.
Demikianlah satu lagi segmen daripada sejurai kisah yang menggambarkan satu lagi sisi dari susuk Tok Guru yang cukup berwarna-warni.
Dia seorang yang tegas tetapi bertempat. Dia boleh juga lentur pada ketikanya jika kena dengan lurah dan gaya didekati. Namun, tidak mudah juga untuk sesiapa mengambil kesempatan ke atas dirinya.
Akan berdosalah sesiapa yang menyalahgunakan kedudukan atas kelunakan hati dan kemuliaan sifat semula jadinya itu.
* ANNUAL BAKRI HARON bekas setiausaha politik menteri besar Kelantan dan mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau juga banyak terlibat dalam dunia seni termasuk penulisan dan muzik.

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
ReplyDeletemusuh islam takut dengan jihad yang ikhlas sebab tulah depa cuba cari jalan untuk hapuskan semangat jihad dari jiwa orang yang benar imannya bukan cpenakut
itulah cilakanya puak toghut toghin
Penulis ni pun x istiqamah....skrg sudah amanah
ReplyDelete