Monday, October 2, 2017

Belit macam serban: Siapalah yang waras tak ketawa dengan apa yang dikata dan apa pula yang terjadi?

Monday, 2 October 2017
TOLONG JANGAN KETAWA...
Meskipun sah tiada pengumuman rasmi dibuat dan tuan punya badan - bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Zakaria Jaafar dan bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan,  Abdul Rahim Che Daud - turut menafikan mereka menyertai Pas, portal rasmi parti tersebut tetap melaporkan sebaliknya.

Menurut laporan portal itu, himpunan Fastaqim 2.0 kali ini mencatat sejarah apabila dua bekas pegawai tinggi kerajaan berkenaan  mengambil keputusan menyertai Pas.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan ada mengumumkan akan berlaku kejutan iaitu penyertaan dua atau tiga tokoh nasional ke dalam Pas di malam kemuncak Fastaqim 2.0di Terengganu.

Bagaimanapun apabila akhirnya tiada sebarang kejutan, kecuali ramai yang hadir jadi terkejut dengan bunyi petir yang kuat, malah kedua-dua bekas pegawai kerajaan terbabit tidak menyertai Pas, sebaliknya hanya hadir di himpunan Fastaqim 2.0 sebagai tanda sedia bekerjasama dengan semua pihak dalam membanteras rasuah, nada kata Nasruddin lain pula bunyinya.

Kata beliau, ada pelbagai cara untuk seseorang itu bersama-sama dengan perjuangan Pas.

Bersama Pas tidak semestinya menjadi ahli.  Boleh saja bersama dengan maksud mendukung cita-cita perjuangan parti dan ada yang memilih untuk menjadi ahli Pas, sebagai rakan kongsi atau penyokong, ujar beliau lagi.

Pulak dah...nak ketawa pun ada dengan dalihnya kali ini.

Habis yang sebelum ini diumumkan bahawa bakal ada kejutan dengan dua tiga tokoh nasional akan menyertai Pas apa dia?
Apa kejutannya dan siapa yang terkejut? 

Adakah Pas sendirinya akhirnya terkejut sama?

Jika begitu hujah Nasruddin, bermakna tidaklah semestinya Pas perlu menjalin kerjasama secara rasmi dengan UMNO atau menjadi komponen BN baru boleh dikatakan ia mahu mempertahankan dan mengekalkan Najib Razak.

Ada pelbagai cara juga boleh dilakukan untuk menolong Najib agar terus berkuasa, dengan salah satunya ialah melalui pembentukan Gagasan Sejahtera dan menyalahkan kaum Cina dan banyak perkara, satu tindakan yang dilihat senada dengan UMNO.

Bagi Pas tak menang tak apa, kalah di dunia akan ada nantinya menang di syurga.

Yang penting asal Najib terus berkuasa, dengannya pun boleh mendapat syurga dunia juga. (ShahbudinHusin 02/10/2017)

Posted by Shahbudin Husin at 09:07

1 comment: