Friday, May 5, 2017

Hadi disanggah.......

Menyanggah Presiden Pas
04 Mei 2017 | ZOLKHARNAIN ABIDIN
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak seharusnya melihat hanya dirinya atau partinya saja yang mahukan syariah tertegak di negara ini.

Dalam proses pelaksanaan syariah di Malaysia, pendekatan yg digunapakai oleh Amanah ialah "bersendikan Maqasid Syariah". 

Pendekatan ini oleh sebahagian pihak (seperti dlm ucapan Presiden Pas) telah dianggap sebagai pengabaian atau pencuaian terhadap syariah. Anggapan itu adalah meleset dan jauh daripada realiti sebenar serta sembrono.

Ungkapan syariah perlu difahami secara holistik yang tentunya tidak merujuk kepada hukuman dan deraan yang terkandung dalam nas wahyu sahaja.

Apa saja arahan wahyu termasuk arahan berlaku adil, ihsan, berkasih sayang dan memuliakan manusia juga adalah syariah. 

Begitu juga larangan bertindak zalim dan menindas manusia lain, termasuk sebahagian daripada syariah. Semua arahan ini terkandung secara jelas dalam al-Quran.

Meninjau syariah hanya dalam aspek hukuman saja bercanggah dengan identiti syariah itu sendiri yang disifatkan oleh Allah dengan lengkap dan menyeluruh. Aspek hukuman hanyalah salah satu daripada aspek syariah yang ditampilkan dalam beberapa ayat tertentu dan hanya merujuk kepada kesalahan tertentu dalam situasi tertentu dengan syarat dan mekanisme pelaksanaan tertentu. Jika syariah ditinjau dari sudut hukuman saja, syariah akan kelihatan hanya suka menghukum padahal hukuman bukan satu-satunya kaedah menangani persoalan kehidupan manusia dalam ruang lingkup yang luas seluas buana ini.

Syariah keseluruhannya adalah keadilan, rahmah, hikmah dan maslahah. Sebarang dakwaan pelaksanaan syariah tetapi tidak mencapai tujuan yg ditetapkan oleh syariah itu sendiri sebenarnya adalah pengabaian terhadap syariah.

Syariah apa sekiranya pelaksanaan sesuatu hukum yang didakwa hukuman syariah tetapi pelaksanaan hukuman itu tidak mencapai tujuan yang ditetapkan oleh syariah iaitu keadilan dan maslahah? Syariah mana yang mengajar umat ini berbalah, bersengketa bahkan menerakakan pihak yang mahukan pelaksanaan syariah itu mencapai maksudnya?

Maqasid adalah roh syariah. Mengabaikan maqasid menjadikan syariah lesu, beku, tidak realistik bahkan kelihatan kejam dan ganas. Misalnya, gambarkan jika begitu banyak ayat perintah berperang melawan orang kafir yang terkandung di dalam al-Quran dipraktiskan oleh umat Islam Malaysia pada hari ini, apa akan jadi dengan negara ini? Tercapaikah maslahah dengan amalan syariah tanpa maqasid?

Perintah berperang adalah syariah. Jika perintah itu dilaksanakan tanpa mengambil kira tujuan Allah mensyariatkan perintah itu, tentulah negara menjadi rosak dan huru-hara. Padahal, syariah datang membawa kebaikan bukan kerosakan, bahkan al-Quran melarang keras sebarang tindakan yang mencetuskan kerosakan sama ada kepada manusia, alam atau makhluk lain. Jadi, pelaksanaan syariah mesti bersendikan maqasid syariah.

Bagaimana boleh dikata, mengambil maqasid syariah bermaksud mengabaikan syariah, padahal sumber maqasid syariah adalah syariah? Perintah berzakat misalnya, secara jelas dinyatakan tujuannya oleh al-Quran iaitu membersihkan serta menyucikan jiwa pengeluar zakat daripada dosa. Pengeluar zakat beroleh doa kebaikan daripada rasul dan orang beriman yg akhirnya membawa ketenangan dan rahmat dlm kehidupan. Maqasid bukan bersumberkan nafsu tetapi wahyu. Jika mengambil maqasid adalah arahan syariah, bagaimana boleh dikata mengambilnya mengabaikan syariah?

Malaysia bukan Mekah atau Madinah, atau Baghdad dan Basrah. Kita hidup pada era langit terbuka, maklumat tersebar pantas dan manusia semakin kritikal. Pelaksanaan syariah perlu mengambil kira semua realiti itu. Mengambil kira realiti bukan bermakna menundukkan syariah kepada realiti atau waqi'.

Nabi SAW menjawab soalan yang sama degan jawapan yang berbeza apabila ditanya oleh individu berbeza. Itulah kebijaksanaan Nabi hidup bersama realiti. Baginda mengarahkan sahabat mencurahkan sebaldi air ke atas kencing seorang Badwi dalam masjid adalah contoh meraikan realiti.

Jika kebadwian seorang badwi dirai oleh seorang Nabi yang agung, siapa kita untuk mengenepikan realiti kehidupan manusia kini yang bukan lagi badwi? Atau kita rasa kita sudah lebih mulia mengatasi Nabi?

Begitu juga soal keutamaan (aulawiyyat). Berbicara soal aulawiyyat dalam konteks negara bangsa kini, bukan bermaksud melarikan diri daripada kewajipan melaksanakan syariah. Al-Quran sendiri memerintahkan pelaksanaan sesuatu perintah perlu mengambil kira keutamaan. Misalnya, jika seorang anak yang ingin keluar berjihad, pada masa yang sama dia mempunyai ibu ayah yang perlu disantuni, Nabi tidak membenarkannya keluar berjihad. Bukankah jihad untuk meninggikan Islam?

Ketika ini, menjaga nyawa ibu bapa lebih aula daripada keluar ke medan perang.

Amanah melihat pelaksanaan syariah dalam negara ini perlu dilihat dari sudut pandang itu, iaitu sudut pandang maqasid yg mengambil kira realiti (waqi'), aulawiyyat (keutamaan), tawaqqu' (andaian), muwazanah (perimbangan) dan maalat (implikasi).

Adakah melihat pelaksanaan syariah dari sudut pandang itu bercanggah dengan syariah? Adakah sembrono dalam perkara yang dinamakan pelaksanaan syariah sehingga menimbulkan suasana tegang dan menggugat keharmonian serta mencetuskan kekeliruan adalah syariah atau sebahagian daripada syariah?

Presiden Pas tidak seharusnya melihat hanya dirinya atau partinya saja yang mahukan syariah tertegak di negara ini. Amanah ada pendekatannya sendiri yang diyakini berupaya meletakkan syariah pada tempatnya tanpa mengganggu-gugat keharmonian bermasyarakat dan bernegara dengan berteraskan perlembagaan. Bukankah Presiden Pas juga menyeru rakyat menjunjung perlembagaan?

Pemikiran Khawarij yang melihat pelaksanaan syariah secara keras, kasar, tanpa hiraukan suara orang lain bukanlah daripada syariah. Amanah komited dengan syariah, pelaksanaan syariah tetapi bukan dengan kerangka pemikiran Khawarij.

*Penulis Zolkharnain Abidin adalah Pengarah Syariah Amanah.

9 comments:

  1. Mana nak sama ULAMAK MAQASID dengan OLOMUG PAKAFFIN

    Tak sama lah

    Ada lagi Melayu Melayu bodoh yang sanggup sekongkol dengan bebudak PAKAFFIN

    Padan lah hidup sengkek memanjang

    ISLAM IC saja

    Bahalol

    ReplyDelete
  2. Pas dah menuju dan mirip khawarij. Keluar pas keluar jamaah. Pengkhianat barua jebon bahkan murtad. Jalur pikiran khawarij dah meresap dlm otak hadi awe olamak dunia. Tapi umno perompak penyamun okey pulak. La ni pengikut pas pon tak faham apo yg dibawa pemimpin pas. Kluk klek haru biru. Konon umno boleh diharap syiar islam. Nasionalis umno lebih baik drp sosialis. Oleh itu elok kekalkan umno nasionalis perompak. Nakhoda pas dah mabuk. Tak lama lagi kapal pas akan pecah. Atau pas ada pemimpin tapi tiada pengikut. Kikiki

    ReplyDelete
  3. Pas dah menuju dan mirip khawarij. Keluar pas keluar jamaah. Pengkhianat barua jebon bahkan murtad. Jalur pikiran khawarij dah meresap dlm otak hadi awe olamak dunia. Tapi umno perompak penyamun okey pulak. La ni pengikut pas pon tak faham apo yg dibawa pemimpin pas. Kluk klek haru biru. Konon umno boleh diharap syiar islam. Nasionalis umno lebih baik drp sosialis. Oleh itu elok kekalkan umno nasionalis perompak. Nakhoda pas dah mabuk. Tak lama lagi kapal pas akan pecah. Atau pas ada pemimpin tapi tiada pengikut. Kikiki

    ReplyDelete
  4. PAN Imayam melihat melindungi hak kafir untuk buat upacara October Fest adalah penting dalam konsep Maqasid Imayam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya aku malas nak komen kerja banyak dan penat!!!

      Tapi apa yang kau cakap ni???

      Kau tuduh-tuduh fitnah bagai ni maki hamun apa yang kau dapat???

      Kau tak tahu ke dosa kau melabel dan memfitnah???

      Sebab kau ahli PAS kau masuk syurga ke???

      Aku ni bukan bodoh sampai percayakan kata Ustaz Azli Musa ada no keahlian PAS lulus masuk syurga!!!

      Ataupun pengarah pusat penyelidikan PAS pusat Dr Zuhdi Marzuki putar belitkan hadis Rasulullah yang mulia di dalam muktamar YADIM bulan Mac tahun lepas!!!

      Parti kaki pembelit macam ni kau kata memperjuangkan Islam???

      Jangan jadi bangang la!!!

      Non-muslim ada hak2 mereka seperti yang diperlihara oleh Saidina Umar sahabat besar Rasulullah. Termasuk untuk minum arak.

      Konsep Maqasid PAS apa dia pulak??? Curi duit rakyat buat filem lucah the wolf of the wall street macam tu???

      Patutlah ada ulama kau tunjuk kote dalam fb!!! Terpengaruh filem lucah ke???

      Kalau macam tu konsep Maqasid PAS ialah kelucahan melampaulah macam tu???

      Bodoh, sekolah pun tak tinggi cakap banyak macam butir taik!!!

      Delete
    2. Bro bagio. Apa cerita puak2 kau pusing kiri, pusing kanan buat u turn terus dapat PIGS....

      Delete
  5. RIBUT!

    RIBUT RIBUT itu makhluk Allah yg LURUS..

    RIBUT dah pun terang & JELAS mengHENTAM/menyanggah sgl2 yg dtg drp bapak FITNAH bapak PONTENG Bapak pngKHIANAT bapak Uturn bapak MakiHamun dan bapak berTANGGUH3 itu!




    Dulu2..

    Zaman nabi2 dulu banjir, RIBUT taufan, petir, angin panas, gegaran gempa hanya & HANYA menghentam dan menhempap org2 KAFIR dgn jls TERANG secara khususnya!

    KUASA alam sprt yg diatas itu tidak & TIDAK pernah samaskali menimpa serta menghempap nabi2 wali2 dan org yg benar2 LURUS beriman kpd Allah...krn 'NAFAS' tasbih & tahmid seluruh makhluk2 dialam ini sentiasa berSATU serta LURUS suci se NAFAS dgn NAFAS org2 yg LURUS beriman terutama nabi2 serta wali2 NYA..


    Sekarang..

    Dan yg terbaru skali lebai2 hudud yg "mengaku" SERTA "prasan" sbg spesis yg paling beriman skali dinegara ini telah pon dihempas dan dihempap dgn "tepat" dan khusus oleh RIBUT sama sebijik yg tlh menghempap org2 KAFIR/musyrik/Yahudi/Nasrani dizaman dahulu!



    Persoalannya..

    ..adakah kita masih was2 serta RAGU2 melihat hakikat HAKIKI siapakah sbnr2nya yg tlh mnjd KAFIR/musyrik/MURTAD didepan mata kita skrg dgn petunjuk RIBUT sbg makhluk ALLAH yg LURUS yg samaskali tidak pernah berdusta sejak dahulu itu?

    Adakah kita masih kliru was2 serta RAGU2 dek krn jubah sorban serta gelagat "budak2" yg berani kedepan mnjd IMAM semayang konon2 sgt khusyuk mnghafal ayat2 panjang utk tontonan dan kebanggaan...sdangkan ddlm bab hisab @ AUDIT harta sbg AMANAH trhdp ummah yg wajib di ISTIHAR mrk lah yg paling2 TAKUT skali, sbb HATI kecil mrk tahu bhw mrk itu adalah sbnr2 penCURI yg tlh terikat berTuhankan dedak CURI hi hi hi..

    ..dan RIBUT itu tidak pernah buta trhdp penCURI2 itu sejak azali, sjak zaman dahulu lg wpun mrk itu brjubah bersorban serta konon2nya semayang Tahajjud TAK nah tinggal,, ttpi penCURI itu tetap penCURI di"mata" RIBUT yg dpt melihat hakikat HAKIKI sbnr2 "akidah-mrk-yg-tlh-JAHANNAM-itu" dgn anugrah dr Allah!

    Jgn ler was2 dan RAGU2 lg dgn petunjuk drp RIBUT itu hendaknya..

    Reply

    Anonymous3 May 2017 at 22:38

    Mrk asyik merancang nak meng'HUDUD org lain seolah2 mrk itu LURUS lg suci..

    Tiba2 Allah menghantar RIBUT dgn "tepat" utk meng'HUDUD mrk terlebih dahulu..


    ...krn mrk ada lah kepala FITNAH kepala uturn PONTENG khianat sedondon menCURI!

    ReplyDelete
  6. Hello to every body, it's my first go to see of
    this blog; this weblog includes awesome and really good
    information designed for readers.

    ReplyDelete
  7. I'm gone to convey my little brother, that he should also visit this webpage on regular basis to take updated
    from newest news.

    ReplyDelete