Monday, July 11, 2016

PAS hanya tahu jaga tepi kain wanita

Zaid: PAS hanya tahu jaga tepi kain wanita

  | July 11, 2016
Bekas menteri itu menyelar pembuat dasar di bawah pentadbiran PAS Kelantan yang tidak tahu masalah dihadapi pekerja wanita.
zaidPETALING JAYA: Langkah kerajaan Kelantan mewajibkan pekerja wanita Islam di restoran makanan segera dan pasar malam memakai baju berlengan panjang menunjukkan pentadbiran PAS di negeri itu dalam keadaan terdesak.
Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata peraturan itu tidak adil memandangkan ada pekerja wanita yang terpaksa berlengan pendek.
“Mereka (kerajaan negeri) hanya tahu duduk atas kerusi dan keluarkan peraturan. Apa yang mereka tahu? Mereka lebih tertumpu kepada usaha memastikan wanita tutup semuanya.
“Dulu, isu ini tidak menjadi masalah,” katanya, mengulas langkah yang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia Dan Sukan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Fattah memberitahu News Straits Times pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan pengusaha pasar raya dan pemilik perniagaan di Kelantan yang rata-rata bersetuju dengan peraturan tersebut.
Katanya, peraturan yang akan berkuat kuasa tahun depan itu dapat menjamin kebersihan ketika mengendali bahan makanan di pasar malam, di samping menarik pelancong luar.
Zaid berkata rakyat Kelantan harus membantah peraturan yang hanya menyusahkan mereka.
“Sekiranya mereka mengundi Amanah, rakyat akan lebih dihormati.
“Apatah lagi, PAS merupakan parti terdesak tanpa apa-apa perancangan. Suka membuat peraturan. Mereka sanggup melakukan apa-apa supaya kekal relevan.”
Sambil menganggap Amanah lebih bersikap sederhana, Zaid berkata terpulang kepada rakyat Kelantan sekiranya mereka masih memilih PAS.

3 comments:

  1. Zaid ni pun siru..
    Yg mana elok kita wajib sokong,menutup aurat tu wajib,apa lagi utk pengendali makanan wanita.
    Tak pasal2 nama amanah pulak keluar

    ReplyDelete
  2. Bertaubatlah wahai zaid,ramai melihat anda sbg seorang free thinker(kerana sering menyerang islam yg di bawa)..kehidupan yg kekal abadi hanyalah di akhirat..pelajarilah ilmu agama selagi diberi tempoh, kelak sengsara.

    ReplyDelete
  3. PAS kan tak ada duit

    Nak enjoy luar nak pakai duit

    Nak bini muda tapi duit tak ada

    Itu lah kerja nya

    Bahalol

    Cakap inggeris gagap , pelabur luar pun tak ada

    Nih harap CINA kelantan saja

    Mana nak cukup

    Islam itu kemajuan ilmu

    Tapi PAS itu ilmu ngentot saja dipikir nya

    Melayu Melayu semua tu pulak

    Tak ada nilai ekonomi pulak

    Duit pun tak ada , hutan balak pun tak ada

    Bodoh saja

    ReplyDelete