Monday, July 11, 2016

Laporan SR isu audit 1MDB: Hanya menanti siapa yang ada teloq, bukan siasat siapa yang bocorkan

Kenyataan Media.

*LAPORAN SERAWAK REPORT ISU AUDIT 1MDB HANYA MENANTI SIAPA YANG ADA TELOQ BUKAN SIASAT SIAPA YANG BOCOR*.

1.Serawak Report (SR) telah mendedahkan sebahagian dari laporan penuh Ketua Audit Negara yang dibentangkan kepada Jawatan kuasa Kira Kira Kewangan Negara (PAC).Mereka telah mendakwa mengikut laporan Ketua Audit Negara PM Najib terlibat dan bertanggung jawab terhadap salah guna wang dalam 1MDB.

2.Hingga kini *tiada apa apa penafian dari PM Najib mahu pun Ketua Audit Negara yang mengatakan pendedahan SR tentang laporan siasatan audit 1MDB oleh Ketua Audit Negara adalah palsu*.Yang ada hanyalah kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Saleh Said Keruak yang menggesa  pihak Polis menyegerakan siasatan bagaimana *kebocoran dokumen rahsia rasmi Laporan ketua Audit Negara berkaitan 1MDB yang boleh menjejaskan keselamatan negara* diperolehi oleh SR dan Datuk Nur Jazlan Timbalan Menteri Dalam Negeri mengesahkan Polis akan menyiasat.

3.Sepatutnya Ketua Audit Negara sekali baca saja laporan SR boleh mengesahkan benar atau tidak yang dilaporkan oleh SR.Jika laporan itu palsu tak timbul dah macam mana laporan boleh bocor.Najib boleh saja ambil tindakan undang undang terhadap SR kerana fitnah. *Jika laporan itu benar POLIS,SPRM,BANK NEGARA dan PEGUAM NEGARA boleh memulakan langkah untuk mengheret PM Najib kemuka pengadilan*.Hari ini Ketua Polis Negara kata nak minta pengesahan dari Ketua Audit Negara terlebih dahulu betul atau tidak yang dilaporkan SR.La dah empat hari baru nak dapat pengesahan. *Ketua Audit bukan buta Huruf*.Dia pun baca laporan SR.Kalau tak betul dia boleh buat kenyataan serta merta kata tak betul.

4.Kalau Ketua Audit Negara kata laporan SR itu betul tak ada makna juga Polis siasat kalau tak berani nak ambil tindakan terhadap Najib atau SR.Ia hanya akan menghabiskan wang rakyat saja selepas hilangnya wang dalam Skandal negara 1MDB. *Saya nak tanya Polis untuk apa Polis nak siasat.Adakah nak ambil tindakan atau hanya nak habiskan wang rakyat*.Saya cadang biarkan SR dedah sepenuhnya laporan Ketua Audit Negara kemudian kalau kerajaan Najib ada teloq *bebaskan laporan ketua audit negara berkaitan 1MDB dari OSA dan bentang pada awam untuk rakyat buat perbandingan dengan laporan SR*.

5.Kalau kedua dua laporan itu betul dan sama  maka *Ketua Polis Negara,Ketua Pesuruhjaya SPRM,Gabenor Bank Negara dan Peguam Negara yang ada teloq pergi heret Najib untuk didakwa* bukan siasat siapa yang bocor maklumat OSA.Kalau laporan SR yang tak betul hanya menanti kalau *PM Najib ada teloq ambil tindakan pada SR kerana fitnah beliau.*.

#UndurNajib
#SelamatkanMalaysia
#SayangiRakyat

*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Anak Malaysia (Negeri Kedah) Kg Aloq   
Senjaya TiTi Gajah,Aloq Setaq
11am 10 July 2016/5 Syawal 1437H.

# kaitan di sini

No comments:

Post a Comment