Monday, July 11, 2016

Kenapa isu 'kapir harbi' tetiba muncul?

# CATATAN TAK KIRA MASA DAN DIMANA SAJA

ISU "DAP KAFIR HARBI" NAK TUTUP PENYELEWENGAN 1MDB YG SEMAKIN MEMBUSUNG?

Baru2 ini kecoh kenyataan seorang mufti yang menuduh DAP "kafir harbi" kononnya kerana "menentang Islam". Jika kenyataan itu dikeluarkan oleh mufti Perlis mungkin ianya layak diberi perhatian, namun apabila ianya dikeluarkan oleh seorang mufti dari sebuah negeri yang mempunyai kasino yang terbesar di Asia Tenggara maka orang ramai tidak mengendahkan sangat kenyataan tersebut, malah tidak kurang juga yang ketawa sinis bila mendengarnya. Secara kebetulan juga negeri dimana mufti itu bertugas adalah juga negeri asal Presiden UMNO dan PM Malaysia yang menjadi musuh ketat kepada DAP. Beberapa fakta menarik lagi tentang negeri yang digelar Darul Makmur itu ialah selain dari memiliki pusat perjudian terbesar di Asia Tenggara, ianya juga adalah negeri yang mempunyai HUTANG TERBESAR dengan kerajaan pusat iaitu sebanyak RM2.9 bilion (nampaknya keuntungan hasil judi tidak boleh menjadikan negeri itu kaya dan mampu membayar hutangnya) sedangkan Pulau Pinang yang ditadbir oleh sekumpulan yang didakwa "kafir harbi" (yang tidak ada langsung kasino) berjaya menjadi negeri PALING SEDIKIT hutang dengan kerajaan pusat iaitu hanya sekitar RM60 juta sahaja. Juga perlu diingat ketika kerajaan BN bersungguh-sungguh mahu melaksanakan JUDI BOLA beberapa tahun dahulu DAP dan kerajaan Pulau Pinang lah antara yang paling lantang menentang perlaksanaan judi bola tersebut sehingga ianya akhirnya terpaksa dibatalkan. Kita ingin bertanya pada ketika itu dimana suara mufti ini?

Walaupun ada pihak bimbang tuduhan kafir harbi yang tidak berasas tersebut boleh mencetuskan keganasan terhadap ahli-ahli dan penyokong DAP namun saya yakin bahawa rakyat Malaysia sudah matang dan boleh menilai sendiri duduk perkara sebenar. Rakyat Malaysia tahu yang DAP bersama2 rakan komponen pakatan harapan yang lain telah berjaya dengan cemerlang memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negeri2 yg ditadbir oleh mereka iaitu di Pulau Pinang dan Selangor. Berbagai program kebajikan untuk rakyat telah dilaksanakan yang memastikan nasib rakyat terbela dan kemajuan dan kekayaan negeri dikongsi bersama dengan rakyat. Kesemua ini hanya dapat dimimpikan oleh negeri2 lain yang berada dibawah pentadbiran BN. Malah kemajuan pesat di Pulau Pinang contohnya bukan saja dinikmati oleh rakyat negeri ini tetapi juga negeri jiran yang ditadbir oleh BN iaitu Kedah dan Perak. Jika tidak percaya datang dan lihatlah sendiri dimana setiap pagi puluhan ribu kenderaan dari Kedah dan Perak berpusu2 datang ke Pulau Pinang sehingga menyebabkan jalan sesak berpuluh kilometer walaupun Pulau Pinang sudah ada dua jambatan. Sebab itulah kerajaan Pulau Pinang terpaksa mengusahakan pembinaan terowong bawah dasar laut bagi menyelesaikan masalah kesesakan yang semakin teruk akibat pembangunan pesat di negeri ini.

Kesimpulannya isu kafir harbi ini telah diulas oleh ramai pihak termasuk alim ulama dan ianya tiada asasnya. Jika penentangan DAP terhadap usul persendirian Presiden PAS untuk meminda Akta 355 hendak dijadikan ukuran maka bagaimana pula dengan parti2 komponen BN yang turut menentang usul tersebut. Kenapa mufti Pahang tidak berani menggelar mereka kafir harbi juga? Malah seorang ahli parlimen Islam dari BN iaitu YB Nancy Shukri awal2 lagi menyatakan tidak akan menyokong usul hj hadi dengan tidak akan hadir untuk ketika usul itu dibentangkan nanti. Adakah beliau juga layak digelar kafir harbi?

NAK TUTUP SKANDAL 1MDB?

Pada saya isu kafir harbi ni tidak lebih dari usaha terdesak BN terutama Najib untuk mengalih perhatian rakyat daripada skandal 1MDB yang bakal menyaksikan Malaysia menghadapi saman terbesar dalam sejarah iaitu sebanyak RM26 bilion di London selepas raya nanti. Nampaknya najib dan BN gagal dengan teruknya dalam isu ini kerana rakyat semakin bijak menilai siapakah yang sebenarnya "HARBI" iaitu orang yang telah membawa kemusnahan dan kerosakan yang begitu teruk kepada negara iaitu tak lain tak bukan ialah BN yang dipimpin oleh Najib Razak.

TOLAK 1MDB TOLAK GST
TOLAK NAJIBROSMAH TOLAK BN. UNDI PAKATAN HARAPAN PRU14

ALLAH MAHA BESAR

Hj Zaidi bin Ahmad
(Bekas Mejar TUDM)
Ahli DAP Pulau Pinang
29 Jun 2016
Kepada yang ingin menjadi ahli DAP sila hubungi saya 0174164728

#sebarkan demi kebenaran.  Tksh

2 comments:

  1. KESIAN ..MUFTI NI BILA BERCAKAP, KOMPOM TAK BUAT KAJIAN DAN PASTI SUDAH TERANG ADA UNSUR POLITIK...LEBIH BAIK DIAM DARIPADA DIPANDANG HINA DAN NAMPAK BODOH JE..KAN SUSAH..ORANG TAK HORMAT DA.... MUFTI PUN BOLEH HENTAM SEBARANG CAKAP (KALAULAH BENAR BELIAU MEMBUAT STATEMENT TU SPT DLM AKHBAR)

    ReplyDelete
  2. Mufti Darul Makmur ni nak jadi juara antara Mufti2 se Malaysia kot,.?? Tak payah lah, letak je Jawatan Mufti tu dan terus join UmnoBn aktif lah semahunya,.

    ReplyDelete