Friday, July 1, 2016

Kalau rakyat percayakan tindakan kerajaan Najib, nape kepohkan WSJ?

WSJ manipulasi berita penangkapan Guan Eng - Salleh Said
Bernama |  Jun 30, 2016 23:29 MYT
WSJ manipulasi berita penangkapan Guan Eng - Salleh Said
SALLEH SAID: Cara WSJ menyampaikan laporan itu adalah seolah-olah keseluruhan isu itu ialah mengenai 1MDB dan Najib dan bukan kerana rasuah. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Berikut ialah kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mengenai artikel Wall Street Journal (WSJ), "Critic of Malaysia's Najib Arrested on Corruption Charges" yang disiarkan hari ini:

""Hari ini, The Wall Street Journal (WSJ) berkata: Pengkritik Najib telah ditangkap atas Pertuduhan Rasuah."

WSJ sebenarnya melaporkan mengenai penangkapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana rasuah tetapi cara ia menyampaikan tajuk berita memberi tanggapan bahawa Guan Eng ditangkap kerana mengkritik dan bukan kerana rasuah.

Perenggan pertama laporan itu ialah: Seorang ahli politik pembangkang Malaysia yang mengkritik pengendalian dana pelaburan negara 1Malaysia oleh Perdana Menteri telah didakwa terhadap pertuduhan rasuah atas peranannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Jadi, sekali lagi, ia mempengaruhi atau menggambarkan dalam fikiran pembaca bahawa penangkapan Guan Eng ialah kerana kritikan beliau terhadap pengendalian Perdana Menteri berhubung 1MDB.

WSJ kemudian berkata: Pada Mei, kerajaan Pulau Pinang membekukan pembelian tanah seluas 234 ekar di negeri itu oleh 1Malaysia Development Bhd sehingga, Encik Lim berkata ketika itu, dana menguruskan hal-ehwalnya dengan "akauntabiliti dan ketelusan."

Cara WSJ menyampaikan laporan itu adalah seolah-olah keseluruhan isu itu ialah mengenai 1MDB dan Najib dan bukan kerana rasuah. Dan ini adalah agensi berita yang disebutkan oleh pembangkang sebagai untuk dipercayai, sangat profesional, tidak mempunyai agenda tersembunyi, tidak menyasarkan Najib, dan sebagainya.

Seorang yang mempunyai kecerdikan yang terhad pun dapat melihat bahawa WSJ ialah bertentangan semua itu dan bahawa ia terlibat dalam kempen menentang Perdana Menteri dan kemungkinan terhadap Malaysia.
Tetapi ada ramai yang masih percaya bahawa WSJ hanya cuba untuk mendedahkan kebenaran dan tiada membabitkan unsur berniat jahat."

2 comments:

  1. Seorang lagi mentadarah dedak,.menjadi hero jurucakap kpd Rakyat kononya,.kalau nak buat kenyataan pun tinju lah di sekitar sudut apa lojiknya, gaya dan cara mamat sekor ni sekadar membodek Bos dia je,.itu lah kelebihanya pun ,.,.ada lah lebih baik balik ke Sabah betulkan Umno disana yg sedang kucar kacil sekarang ni,.tak payah lah menyibuk diri kat sini,.

    ReplyDelete
  2. Dah lama mamat ni senyap..isu deklarasi rakyat dia tak brani nak komen..sekarang tuntutan timbangtara IPIC 26,5 billion angkara 1mdb yg dia selalu bela..lagi dia jadi bisu..

    ReplyDelete