Posted on Wednesday, June 29 @ 20:44:31 MYT by Mujahid
Oleh Abdul Rahman Malik
Apa bezanya kes pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dari Umno dengan kes bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa hingga dilucutkan keahliannya dari PAS?
Mereka nampaknya menggunakan taktik mengenakan ‘kerosakan maksimum’ terhadap parti dan mengacah para pemimpin masing-masing supaya memecat mereka walaupun tahu akibatnya parti akan lebih lemah bukan sebaliknya.
Pada satu sisi, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemecatannya dari Umno adalah sesuatu yang sudah dijangka. Ini bermakna bahawa beliau memang insaf ada tingkah lakunya yang menyalahi adab Umno.
Ini juga membuktikan bahawa beliau faham dan sedar bahawa apa yang dilakukan sejak beberapa bulan selepas digugurkan dari kabinet Malaysia memang akan mengundang padah sedemikian.
Justeru pertimbangan beliau tidak mahu membuat rayuan terhadap keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang memecat beliau dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kelihatan wajar.
Namun anehnya beliau tetap melaungkan bahawa keputusan MT Umno itu tidak adil. Beliau mendakwa pemecatan mereka tidak melalui proses keadilan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan parti.
Menurut Muhyiddin, untuk berlaku adil, MT Umno sewajarnya memberikan surat tunjuk sebab terlebih dahulu bagi membolehkan beliau dan Mukhriz menerangkan sebarang asas berhubung tindakan mereka sebelum ini.
"Itu (keputusan) dibuat dengan kehendak mereka sendiri tanpa beri ruang kepada kami untuk beri sebarang penjelasan,"katanya dalam sidang media yang berlangsung di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya minggu lalu.
Di sini kelihatan bahawa Muhyiddin sebenarnya ‘belum bersedia’ dipecat. Jika tidak, mengapa perlu mempersoalkan soal teknikal dan bukan menerima hakikat bahawa beliau sudah melanggar disiplin parti?
Jika benar soal pemecatan sudah diduga dan beliau bersedia dengan skrip tidak akan membuat rayuan, mengapa perlu mempertikaikan cara beliau dipecat?
Begitu juga dengan Husam. Setelah menghamburkan pelbagai kritikan terhadap presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di hadapan khalayak ramai, beliau juga dilihat ‘tidak bersedia’ meninggalkan parti yang “disayanginya”.
Seperti Muhyiddin dan Mukhriz, Husam juga enggan merayu kes pemecatan mereka tetapi masih bersedia untuk ‘memerah situasi’ untuk meraih simpati ahli dan rakyat pada ‘perjuangan’ mereka yang ‘menyakiti parti masing-masing.
Sebagai pemimpin utama dalam parti masing-masing, tentu baik Muhyiddin mahupun Husam sedar tindakan menjaja apa yang disifatkan kelemahan dan keburukan pemimpin, adalah gelagat politik yang kurang adab.
Tugas Muhyiddin sebagai timbalan presiden dan Husam sebagai bekas naib presiden tentunya membantu presiden. Jika ada yang tidak dipersetujuinya, mereka boleh menegur atau membentangkannya dalam mesyuarat pimpinan parti.
Malah jika cara berkenaan juga tidak mendatangkan hasil yang diharapkan, mereka bebas untuk meletak jawatan dan bukan membuat serangan terbuka terhadap presiden dan parti. Itu adab mana-mana institusi politik.
Nampaknya baik Muhyiddin mahupun Husam mahu meregang seberapa boleh kesempatan masih berada dalam parti untuk memburukkan pemimpin dan bukan berusaha untuk memperkukuhkannya.
Ketika menyerang kepimpinan parti mereka seolah-olah tidak menghiraukan soal adab. Bagaimanapun apabila dipecat masing-masing mengungkit soal teknikal dan pentadbiran untuk terus memburukkan wibawa pimpinan parti.
Sebenarnya, pengumuman pemecatan ke atas Muhyiddin dan Mukhriz dan Husam itu hanya dibuat setelah berbulan-bulan mereka ‘mempersendakan’ kewibawaan presiden masing-masing. Sedikitpun soal berlaku adil tidak timbul.
Sebenarnya pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz sepatutnya telah lama dilakukan ekoran desakan beberapa Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, tahun lalu.
Bagaimanapun, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak memilih untuk tidak melakukannya.
Begitu juga dengan Hadi. Jika hendak diambil kira serangan-serangan dari dalam yang dilancarkan oleh Husam terhadap kepimpinannya dan ditokok oleh kawan-kawan Husam yang sudah meninggalkan parti dan menubuhkan PAN, memang beliau menunjukkan kesabaran yang tinggi.
Menurut Annuar Musa lagi, dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu, pimpinan parti dengan jelas memberi isyarat agar mereka ‘kembali ke pangkal jalan’ dan mengutamakan solidariti parti bersama pucuk pimpinan.
“Najib pula sewaktu menggulung perbahasan ketika itu memilih untuk berjiwa besar dengan menghulurkan tangan dan menyeru ke arah penyatuan parti.
“Walaupun begitu segalanya bukan saja disambut dingin oleh Muhyiddin dan Mukhriz malah mereka terus dan berulang kali melanggar disiplin parti,” katanya.
Umno-BN kemudiannya berdepan dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak namun mereka terus bersekongkol dengan pembangkang dan ini berlarutan dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Memang demikian adat orang yang cuba menegakkan benang basah. Namun apabila dipecat mereka menimbulkan soal teknikal untuk mendapat ‘talian hayat’ pada kerjaya politik mereka dan meraih simpati penyokong parti.
Seperti Husam, Muhyiddin dan Mukhriz pun belum mahu membentangkan langkah politik selanjutnya yang bakal mereka ambil. Mereka cuma membayangkan sudah mendapat banyak tawaran menyertai parti lain.
Sebenarnya parti politik berdaftar tidak banyak di Malaysia. Di pihak pembangkang, yang aktif cuma PAS, DAP, PKR dan PAN. Mengambil iktibar gelagat Husam tentu PAS tidak berselera menjemput Muhyiddn dan Mukhriz menyertai mereka.
Untuk menyertai DAP, tentu ketiga-tiga mereka bimbang dituduh mahu membantu menegakkan aspirasi politik Cina parti itu.
Sementara untuk menjadi ahli PKR pula, Muhyiddin tentu ingat betapa beliau berkunjung ke kediaman Anwar Ibrahim pada hari Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Ketika itu Muhyiddin ialah Naib Presiden Umno. Kunjungan Muhyiddin itu menanamkan harapan bahawa beliau akan bergabung dengan entiti politik yang mahu mempertahankan Anwar.
Sebaliknya Muhyiddin yang pernah bergabung dengan Anwar dalam “Team Melayu Baru” untuk memanjat tangga Naib Presiden Umno menyifatkan dirinya Umno totok. Soal membantu Anwar dalam perjuangan langsung tidak timbul.
Sekurang-kurangnya Anwar Ibrahim apabila dipecat dari Umno mampu menggerakkan kempen reformasi untuk negara. Mampukah Muhyiddin dan Mukhriz memulakan gerakan berkesan membantai Umno?
Husam pula berlagak ‘duri dalam daging PAS’ tetapi tidak mahu ditalak parti itu. Mungkin parti yang bersesuaian buat mereka beertiga ialah PAN yang masih belum menunjukkan kepimpinan yang berkesan.
Mungkin PAN sesuai untuk Muhyiddin, Mukhriz dan Husam “menjual” kredential mereka sebagai politikus yang pernah menempel dalam parti-parti politik besar walaupun aura dan potensi kepimpinan mereka sebenarnya terhad.
Sila ketepi Mat Sabu.

No comments:
Post a Comment