Showing posts with label antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label antarabangsa. Show all posts

Saturday, April 14, 2018

Setelah bertindak kejam, tahu pula takut dan menyembunyikan diri!

Di mana Bashar tatkala Barat siap sedia untuk serang Syria?
Laporan media dakwa Presiden Syria bakal dipindahkan ke Tehran
RZ   13/04/2018
DOUMA (SYRIA), 26 Rejab 1439H, Jumaat – Tatkala rejim Syria berdepan dengan ugutan serangan daripada tentera Barat, khususnya Amerika Syarikat (AS), media membuat andaian di mana Presiden Bashar al-Assad kini berada.

Al-Quds Al-Arabi melaporkan pelbagai andaian dibuat mengenai kedudukan Bashar dan keluarganya selepas Barat mengugut untuk menyerang Syria setelah dituduh menggunakan senjata kimia membunuh ratusan penduduk negara itu, terutama di kawasan dikuasai pejuang.

Portal pembangkang Iran, Amade News, memetik seorang pegawai Pengawal Revolusi berkata, Presiden Syria dan keluarganya itu sedang dipersiapkan untuk dipindahkan ke Tehran.

Langkah itu dibuat berikutan keadaan cemas dan bimbang terhadap keluarga masing-masing mula tersebar di kalangan pegawai atasan Pengawal Revolusi, lapor portal itu.

Bagaimanapun, agensi berita Russia, Ria Novosti, menolak dakwaan itu sambil menyatakan Bashar dan keluarganya masih berada di Syria.

Al-Quds Al-Arabi juga berkata, media Israel melaporkan bahawa Bashar dan keluarganya telah meninggalkan istana di Damsyik menggunakan konvoi tentera Russia, tetapi tidak dinyatakan destinasinya. – Agensi

AS akan serang rejim Syria
Russia berjanji pertahan kerajaan Bashar al-Assad
RZ   13/04/2018
Sekeluarga rakyat Syria maut dalam serangan rejim Bashar di Douma, beberapa hari lalu. Rejim Syria dituduh menggunakan senjata kimia dalam serangan itu yang turut menyebabkan puluhan lagi terbunuh. - Gambar AP

WASHINGTON, 26 Rejab 1439H, Jumaat – Amerika Syarikat (AS) akan menyerang tidak kira sama ada cepat atau lambat. Langkah ini diumumkan Presiden Donald Trump dalam Tweeter semalam, yang menyebabkan banyak negara meramalkan AS benar-benar akan menyerang Syria.

Tweeter yang dihantar semalam, muncul selepas beberapa mesej di mana Trump memberitahu Russia supaya bersiap sedia dengan serangan peluru berpandu ke atas Syria, dan pegawai Russia pula berjanji akan menembak jatuh peluru berpandu itu.

Jurucakap Kementerian Luar Russia, Maria Zakharova ketika mengulas kenyataan Trump itu berkata, peluru berpandu itu sepatutnya menghala ke arah pengganas, bukan kepada kerajaan Syria yang sah.

Sebelum ini, AS dan beberapa negara Eropah mengugut akan mengambil tindakan terhadap kerajaan Syria sebagai tindak balas ke atas rejim Bashar al-Assad kerana disyaki menggunakan senjata kimia untuk menyerang kubu kumpulan pejuang di Douma.

Russia adalah sekutu utama dan kuat rejim Bashar.

Bagaimanapun, Kremlin cuba meredakan ketegangan itu apabila jurucakapnya, Dimitri Peskov berkata, Russia menyokong pendekatan yang serius berhubung senjata kimia itu.

“Kami percaya adalah penting untuk tidak mengambil tindakan yang boleh memburukkan lagi situasi yang tegang sekarang,” katanya yang dipetik daripada Interfax. – Agensi

Monday, April 2, 2018

Memang hebat..... cakap dia sama besar dengan bakatnya!

Ini baru permulaan! 6 kata-kata menarik Zlatan Ibrahimovic, 'Gergasi Penakluk Galaksi'
Nazim Chee, Astro Awani |  Diterbitkan pada April 01, 2018 16:16 MYT
Bagai 'singa kelaparan', itulah gambaran rakusnya Zlatan Ibrahimovic memburu jaringan - Foto twitter.com/Ibra_official

“AKU datang, aku lihat dan aku takluk”.

Kata-kata Julius Caesar ini sesuai benar menggambarkan perwatakan bintang bola sepak antarabangsa, Zlatan Ibrahimovic.

Lelaki setinggi 195 sentimeter ini sudah membuktikan dia bukan cakap besar. Hampir 20 tahun beraksi dalam kancah bola sepak, sembilan kelab telah mendapat sentuhannya bermula dari kelab Sweden Malmo FF sehinggalah ke LA Galaxy.

Secara keseluruhannya di peringat kelab Ibrahimovic ini telah menyumbat masuk 321 gol.

Pada usia 36 tahun Zlatan tidak memandang kebelakang, malah kudratnya laksana ‘singa kelaparan’ yang rakus memburu lebih banyak jaringan.

Semalam Ibrahimovic telah membuktikan Jose Mourinho tersilap langkah dengan melepaskannya ke tangan LA Galaxy.

Baca: Ibrahimovic mahu sertai LA Galaxy sebelum pilih Manchester United

Meskipun hanya masuk padang pada minit ke-70 ketika kelab itu ketinggalan 1-3 di belakang LAFC, Ibrahimovic tidak perlu tunggu lama untuk memukau puluhan ribu penyokong dalam aksi sulungnya bersama LA Galaxy.

Dua jaringan menarik daripadanya mengubah keputusan untuk memberi kemenangan 3-2 untuk LA Galaxy.

Baca: Gol lagi dan lagi! Ini puncanya LA Galaxy dambakan Zlatan Ibrahimovic

Ibrahimovic awal-awal lagi sudah beri amaran dia bukan menyertai LA Galaxy sementara menunggu waktu untuk menggantung but tetapi kedatangannya membawa fenomena Zlatan ke Amerika Syarikat.

Dalam sidang medianya dua hari lalu, beberapa petikan kata-kata Ibrahimovic menarik perhatian media.
Kata-kata yang melambangkan betapa tingginya semangat juang penyerang kontroversi ini.

1. “Saya rasa muda. Saya rasa seperti Benjamin Button. Saya lahir tua dan akan mati muda.”

2. “Saya datang ke England dan mereka kata saya tua. Saya datang berkerusi roda dan selepas tiga bulan saya menakluk England dan mereka kata saya sedang terbang.”

3. “Singa ini sedang lapar.”

4. “Jika saya tidak menang saya akan rasa gagal. Hari ini saya selesai berlatih tapi masih terasa mahu menyepak bola.”

5. “Saya bukan sombong, saya yakin.”

6. “Gol saya lebih banyak berbanding jumlah perlawanan beberapa pemain. Saya fikir saya tahu apa yang saya lakukan.”

Saturday, March 24, 2018

MU tamatkan kontrak, Ibrahimovic akan ke L.A Galaxy

United tamatkan kontrak Zlatan Ibrahimovic, dijangka sertai L.A Galaxy
Agensi |  Diterbitkan pada Mac 23, 2018 05:00 MYT
Keputusan dibuat di tengah-tengah khabar angin yang mengatakan dia akan menyertai kelab baru dari Amerika Syarikat, Los Angeles Galaxy. -Foto Reuters

LONDON: Penyerang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic akan meninggalkan kelab Inggeris itu selepas United bersetuju menamatkan kontraknya serta-merta.

“Manchester United mengesahkan kelab itu telah bersetuju untuk menamatkan kontrak Zlatan Ibrahimovic serta-merta,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Keputusan dibuat di tengah-tengah khabar angin yang mengatakan dia akan menyertai kelab baharu dari Amerika Syarikat, Los Angeles Galaxy.

“Semua pihak ingin berterima kasih kepada Zlatan, atas sumbangannya kepada pasukan sejak menyertai kelab ini dan kami mengucapkan salam sejahtera untuk masa hadapannya,” tulis kenyataan itu lagi yang dimuat naik di laman rasmi kelab itu.

Sementara itu Zlatan dalam reaksi di media sosial berkata “Tiba masanya untuk berhijrah selepas dua musim menakjubkan bersama Manchester United. Sesuatu yang indah itu juga ada kesudahannya.” 

Pemain berusia 36 tahun dari Sweden itu, telah menjaringkan 62 gol antarabangsa sepanjang 116 perlawanan.

Dia memulakan kerjaya cemerlang bola sepak dengan menyertai kelab Malmo di negara kelahirannya pada 1999 dan pernah beraksi  kelab Eropah Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC Milan dan Paris St Germain sebelum menyertai United musim lalu.

Bersama United, dia menjaringkan 28 gol di musim pertama bersama United sebelum dilanda kecederaan lutut pada April.

Meskipun cedera, kontraknya disambung pada pengakhir musim dan kembali beraksi pada November tahun lalu.

Kali terakhir dia beraksi bersama United adalah pada 26 December lalu sebelum kembali direhatkan akibat kecederaan.

Galaxy dijangka mengumumkan perpindahan Zlantan hari ini.

Monday, March 19, 2018

Kemenangan yang diiringi kritikan pedas dari Jose Mourinho

'No personality, no class, scared' -- Mourinho blasts United
AFP News 18 March 2018   -  Ian WHITTELL
 
 
Manchester United manager Jose Mourinho hinted that many of his stars are currently under-performing and, tellingly, Paul Pogba (pictured) and Alexis Sanchez were both left out of his starting line-up

Manchester United manager Jose Mourinho hinted that many of his stars are currently under-performing and, tellingly, Paul Pogba (pictured) and Alexis Sanchez were both left out of his starting line-up

Jose Mourinho launched an astonishing verbal tirade against his Manchester United players after they reached the FA Cup semi-finals, accusing them of “a lack of personality, lack of class and lack of desire.”

Just 24 hours after the United manager had made a memorable defence of his own record in the pre-match press conference, Mourinho turned his attention to his players after a comfortable 2-0 quarter-final victory over Brighton.

Only Nemanja Matic, who set up the opening goal for Romelu Lukaku before scoring a late second himself, and youngster Scott McTominay were spared massive criticism.

And after Mourinho claimed he was looking for a response to the midweek Champions League exit to Sevilla, the Portuguese veteran even claimed some of his players lacked the personality and desire to play for the famous Premier League club.

"I didn't like the game,” said Mourinho. “I think we deserved to win but I didn't have the reaction from all of them.

"I had the reaction from some of them. Some of them were mentally strong enough with the football quality to play -- that was the reason we won.

“But a team of 11, when you have a minimum of six or seven players performing and wanting to play, who want the responsibility to have the ball, who have the desire really to play -- it is difficult to have a good performance

“So I am not happy with the performance all all. But I am happy with the result.”

England full-back Luke Shaw was the one player named by Mourinho as having failed to follow his game plan and was, accordingly, substituted at half-time.

That made Shaw an obvious target for Mourinho to be questioned about although the United manager clearly had other players in mind when issuing his widespread critique.

"I wanted more personality in the team because many, many times I felt that Matic was an island of personality, desire and control surrounded by lack of personality, lack of class and lack of desire.

“I have to say that for example McTominay lost more passes today in all the matches he played put together but he was a Manchester United player.

“And for me a Manchester United player is one who when he plays badly still gives to the team. That is a question of personality, that is a Manchester United player for me. And that is what some of the others did not have."

Mourinho had hinted before the game that many of his stars are currently under-performing and, tellingly, Paul Pogba and Alexis Sanchez were both left out of his starting line-up.

But the United manager’s response to what was, after all, a comfortable victory was an astonishing psychological tactic that may, ultimately, backfire -- a point that Mourinho accepted when asked why he had made such a calculated outburst.

- 'Scared to play' -

“My calculation is that without pressure, they don’t perform well. What can I lose?” he said.

“And the ones that are always there are the ones that will always be there. And that is an example of personality.

“You have the kid that didn’t play well at all (McTominay). I told him already, he was the first one I spoke to individually in the dressing room.

“And instead of being critical with him, I was positive with him because ‘You played very bad but you did the basic things that one player has to do.’

“The basic things is to keep the emotional balance to play with that red shirt, which is a heavy shirt to wear. And the kid, in his worst performance by far, he was there and he had body to wear that shirt.

“He was not afraid to play. He played bad, and every player can play bad.

“But to feel not comfortable to play - ‘Please Mister, take me from the pitch.’ I felt that."

Mourinho, whose only hope of a trophy this season is the FA Cup, warmed to his theme.

He said that some of his big name stars are simply scared of the job in hand at Old Trafford.

"A few of the guys, I saw them scared to play. You know when the sun is shining -- and in football the sun is shining when everything goes well, you win matches, you score goals, everything goes in your direction -- every player is a good player and every player wants to play and every player wants the ball and every player is confident to play and every player looks amazing.

“When it is dark and cold, and that in football means a period of bad results or a bad result like what happened to us a couple of days ago, not everybody has the confidence and the personality to play really."

Also read: Mourinho favourites Lukaku, Matic send Man Utd into semi-finals

Sunday, March 18, 2018

Pengusiran diplomat British-Rusia: 23 berbalas 23

Rusia usir 23 diplomat British, hubungan dua hala kini jadi lebih 'toksik'
Agensi |  Diterbitkan pada Mac 17, 2018 18:39 MYT
Anggota polis Rusia dilihat berkawal di hadapan pejabat Kedutaan British di Moscow, pada 17 Mac 2018. - Reuters

MOSCOW: Rusia mengambil keputusan mengusir 23 diplomat British pada Sabtu selepas Britain menuduh Kremlin bertanggungjawab di sebalik insiden serangan menggunakan agen saraf ke atas bekas perisik negara itu.

Dalam perkembangan yang mengeruhkan lagi krisis yang semakin ‘toksik’ itu, Rusia juga akan menghentikan aktiviti British Council, yang sepatutnya berfungsi untuk memupuk hubungan budaya antara kedua-dua negara tersebut.

Rusia juga menarik diri daripada perjanjian dengan Britain untuk memulakan operasi konsulat jeneral St. Petersburg.

Kementerian Luar Rusia berkata, 23 diplomat British itu diberi tempoh masa sehingga seminggu untuk meninggalkan Rusia.

Tindakan itu menyusul selepas keputusan Britain pada Khamis untuk mengusir 23 diplomat Rusia berikutan kes serangan di Salisbury. Dalam kes itu, bekas perisik Rusia Sergei Skripal, 66, dan anak perempuannya, Yulia Skripal, 33, sakit tenat di hospital.

Rusia menyatakan bahawa tindakan itu diambil sebagai tindak balas terhadap ‘provokasi dan tuduhan tidak berasas oleh Britain’. Rusia juga telah memberi amaran kepada London bahawa sebarang tindakan yang tidak menunjukkan ‘kemesraan’ diplomasi akan menerima balasan.

Hubungan antara London dan Moscow kini berada dalam pasca perang dingin berikutan insiden itu, yang merupakan penggunaan agen saraf kali pertama di Eropah selepas PErang Dunia Kedua.

Thursday, March 15, 2018

Tetegasan negara berdaulat dan bermaruah menangani isu antarabangsa

Serangan agen saraf: Britain usir diplomat Rusia
Reuters |  Diterbitkan pada Mac 15, 2018 04:51 MYT
Perdana Menteri Britain, Theresa May umum beberapa tindakan bakal diambil ke atas Rusia susulan kes serangan ke atas bekas perisik, Sergei Skripal dan anaknya - Foto Reuters

LONDON: Britain umum bakal usir 23 orang diplomat Rusia, pengusiran terbesar sejak perang dingin, susulan serangan agen saraf ke atas bekas perisik Rusia di Salisbury, England minggu lalu.

Perdana Menteri Theresa May mempertahankan dakwaan sebelum ini serangan berkenaan didalangi Moscow.

Selain pengusiran diplomat besar-besaran itu, May turut mengumumkan cadangan membekukan aset negara Rusia yang dianggap mengancam keselamatan, serta undang-undang baru untuk mengatasi aktiviti risikan negara asing.

Ketika membentangkan cadangan itu di parlimen, May turut memaklumkan negaranya kini mempertimbangkan penyertaan dalam Piala Dunia yang akan diadakan di Rusia.

Keputusan ini dibuat Britain selepas Kremlin tidak mengendahkan permintaan untuk memberi penjelasan bagaimana agen safar yang dihasilkan negara itu boleh digunakan dalam serangan itu.

Rusia diberi sehingga lewat malam Selasa untuk menjelaskan bagaimana agen saraf yang dikenali sebagai Novichok yang lazimnya dihasilkan di negara itu ditemui di Salisbury.

"Reaksi mereka (Rusia) jelas menunjukkan penghinaan terhadap insiden yang berlaku,

"Mereka menunjukkan sikap sarkastik terhadap penggunaan agen saraf di Eropah," kata May dalam kenyataannya di parlimen.

Rusia sehingga kini menafikan sebarang penglibatan dalam serangan ke atas bekas perisiknya Sergei Skripal dan anak perempuannya Yulia.

Kedua-dua yang ditemui tidak sedarkan diri di sebuah pusat membeli-belah Salisbury 4 Mac lalu, kini masih kritikal di hospital.
Sergei Skripal dan anaknya Yulia ditemui tidak sedarkan diri di atas bangku di sebuah pusat membeli belah di Salisbury, 4 Mac lalu

Kementerian Luar Rusia dalam pada itu menegaskan akan membuat bantahan terhadap keputusan Britain ini.

Ia menyifatkan tindakan yang diambil berdasarkan pemikiran singkat ini mengancam hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Tindakan Britain bagaimanapun sehingga kini menerima sokongan Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Di Jerman, Canselornya Angela Merkel menegaskan ia menyokong penuh hasil siasatan Britain berhubung serangan berkenaan, dan mempertimbangkan tindakan sama ke atas Rusia.

Monday, March 12, 2018

Berita palsu 1MDB akhbar antarabangsa: Kita tengok apa jawapan mereka dan apa tindakan kita?

Malaysia gesa media asing henti siar berita palsu 1MDB
Bernama | March 11, 2018

Jailani Johari berkata, Wall Street Journal, New York Times, The Economist, Australian Broadcasting Corporation (ABC) dan MSNBC, menyiarkan berita palsu mengenai 1MDB sejak minggu lepas.
SIK: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap pihak yang terus menyiarkan berita palsu, terutamanya berkaitan 1MDB sehingga menimbulkan fitnah.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Jailani Johari berkata, kementeriannya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang memantau perkara itu.

“Dalam usaha kerajaan menangani gejala fitnah dan berita palsu dalam negara, kita dapati beberapa isu turut disemarakkan sumber dari luar negara.

“Terbaru, dalam usaha mencemar dan menjatuhkan kredibiliti perdana menteri, kementerian mengenal pasti beberapa portal berita dalam talian yang menyemarakkan kembali isu 1MDB, susulan rampasan sebuah kapal layar mewah oleh pihak berkuasa negara tetangga.”

Beliau berkata demikian selepas melancarkan “Program Negaraku: Menghubung Menyatu” (CTU) peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda, dekat sini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri merangkap Adun Belantik, Datuk Mohd Tajudin Abdullah serta Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Jailani berkata, portal yang dikenal pasti itu adalah Wall Street Journal, New York Times, The Economist, Australian Broadcasting Corporation (ABC) dan terbaru, MSNBC, menyiarkan berita palsu mengenai 1MDB sejak minggu lepas.

“Kementerian melalui SKMM memantau perkara ini dan menasihatkan portal ini berhenti menyiarkan berita-berita palsu, terutamanya berhubung kes 1MDB yang telah dibuktikan hasil siasatan bahawa dakwaan penyalahgunaan dan kehilangan wang tersebut tidak benar.”

Beliau berkata, semua maklum kes 1MDB disiasat pihak berkuasa, termasuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai ahli Parlimen pembangkang yang mendapati dakwaan penyalahgunaan wang itu tidak benar sama sekali.

“Kita percaya ini adalah sebahagian daripada usaha akhir beragenda politik yang memfitnah dan mencemar nama baik perdana menteri kita menjelang pilihan raya umum ke-14 tidak lama lagi.”

Pada pelancaran program itu, seramai 30 penduduk dari Mukim Sok menerima bantuan berupa barangan keperluan harian sumbangan Telekom Malaysia (TM).

KKMM turut menyumbang 10 unit peralatan siaran digital ASTRO NJOi berserta televisyen kepada penduduk kurang berkemampuan dari kampung di bawah mukim berkenaan.

* Jika yakin dan benar itu berita palsu di war-warkan seluruh dunia, jangan cakap banyak hantar bantahan dan saman secepat mungkin. Jangan cakap saja nak saman, tak bergerak-gerak pun macam yang dikatakan pada SR.

Saturday, March 10, 2018

Jengok tragedi dahsyat di Ghouta Timur

'Dahsyat sekali tragedi Ghouta Timur'
ABDUL MUEIN ABADI  -  9 MAC 2018
APA sebenarnya yang sedang terjadi di Ghouta Timur, Syria saat ini? Siapa sebenarnya pemangsa dan siapa yang dimangsakan? Bagaimana kedamaian boleh dicapai dalam masa yang terdekat?

Sejak 18 Februari 2018 lalu, tentera Kerajaan Syria, iaitu Syrian Arab Army (SAA) bersama-sama bantuan Rusia telah melancarkan operasi yang dinamakan sebagai ‘Damascus Steel’.

Serangan artileri dan udara besar-besaran ini dilaksanakan bagi merampas kembali wilayah Ghouta Timur yang berhampiran ibu negara Syria iaitu Damsyik.  

Wilayah ini telah dikuasai beberapa kumpulan Islamis – termasuklah kumpulan radikal seperti Jabhat Fatah al-Sham yang sebelum ini dikenali sebagai Jabhat al-Nusra sejak 2013.  

Jabhat Fatah al-Sham ialah cawangan al-Qaeda di Syria hinggalah ia berpecah pada tahun 2016.  

Matlamatnya adalah menggulingkan rejim Bashar al-Assad untuk digantikan dengan negara Islam dan menegakkan undang-undang Syariah.  

Ia berkongsi ideologi Salafi Jihadis dengan Daesh, namun pendekatan mereka lebih lunak di mana berbeza dengan Daesh yang melaksanakan hukuman pancung secara besar-besaran, Jabhat Fatah al-Sham pula mengutamakan proses menukar pegangan tawanan mereka seperti daripada Syiah kepada pegangan Sunni.

Selain Jabhat Fatah al-Sham, Ghouta Timur dengan populasi kira-kira seramai 400,000 orang itu turut dikuasai oleh Jaysh al-Islam, Ahrar al-Sham, dan Failaq al-Rahman.  

Lokasi Ghouta Timur yang hampir dengan ibu negara Syria, Damsyik serta terkepung pula persekitarannya oleh perimeter yang dikawal oleh tentera kerajaan Syria telah membawa kepada siri serangan ke atas kedudukan strategik rejim Bashar al-Assad.

Maka, keadaan menjadi begitu ngeri sekali apabila tentera kerajaan Syria dan Rusia menggempur habis-habisan untuk merampas kembali penguasaan ke atas Ghouta Timur.

Operasi ‘Damascus Steel’ ini dilancarkan kerana menurut Brigadier Jeneral Syria Hetham Hassun, Amerika Syarikat (AS) sedang dalam proses bagi menjadikan Ghouta Timur sebagai kubu kuat kepada kumpulan pemberontak.

Modus operandi AS menyokong kumpulan pemberontak Salafi Jihadis di Ghouta Timur ini tidak asing lagi – sama sepertimana mereka memberi bantuan sokongan ketenteraan, informasi, dan keperluan kepada pemberontak di Aleppo dan Homs sebelum ini.  

Terkini, Pentagon telah mengerahkan seramai 600 anggota tentera ke pangkalan pakatan AS di At-Tanf, Syria bagi tujuan membantu pasukan pemberontak yang kini telah kehilangan lebih daripada 33 peratus wilayah Ghouta kepada kerajaan Syria.

Walau bagaimanapun, tentera AS sukar untuk campur tangan secara langsung di Ghouta Timur kerana keberadaan sistem pertahanan udara Rusia di kawasan berkenaan.  

Resolusi 2401 Majlis Keselamatan PBB yang menyeru gencatan senjata selama 30 hari pada 24 Februari lalu juga telah gagal kerana tentera Syria melihat tindakan tersebut hanya menguntungkan pihak pemberontak yang bakal mengambil peluang tersebut untuk mengukuhkan kekuatan dan kedudukan mereka.  

Semestinya, dalam keadaan perang sebegini, orang awam yang tidak bersalah menjadi korban.  

Tentera Syria didakwa menyerang orang awam – termasuklah menggunakan gas klorin – tanpa belas kasihan manakala puak pemberontak pula dituduh menyeksa penduduk awam di bawah penguasaan mereka di al-Fuah dan Kafriya.  

Jelas, dalam kes ini kedua-dua pihak kerajaan Syria yang disokong Rusia dan pihak pemberontak yang disokong Amerika bersalah dalam menjadikan orang awam sebagai mangsa.  

Bagi pihak pemberontak taktiknya mudah; untuk mengelak kedudukan mereka daripada diserang oleh pihak lawan, maka mereka bersembunyi di kawasan padat penduduk awam – ‘taktik perisai manusia’.  

Bagi pihak rejim Bashar al-Assad pula, musuh perlu dihapuskan serta-merta untuk melindungi kedudukan strategik Damsyik – dan bedilan berterusan artileri serta serangan udara tidak dapat dielakkan daripada terkena orang awam.

Bagi menghentikan kemusnahan besar-besaran serta lebih banyak kematian orang awam, pilihan yang terbaik ialah pihak pemberontak berhenti melancarkan serangan ke atas tentera rejim dan berundur dari Ghouta Timur.

Apatah lagi dalam keadaan peratusan kemenangan mereka terlalu tipis dengan kepungan tentera Syria di sekeliling perimeter Ghouta Timur yang dibantu Rusia, situasi yang lebih buruk akan dapat dicegah.  

Mereka tidak sepatutnya mengulangi tragedi yang sama di Homs dan Aleppo dahulu.  Nyawa orang awam dan kestabilan adalah jauh lebih berharga daripada maruah.

*Abdul Muein Abadi, Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Monday, March 5, 2018

Eropah diserang Raksasa dari Timur - bergambar

Raksasa dari Timur bekukan Eropah
kosmo  -  04 Mac 2018 3:00 AM
Sesi ujian kereta Formula 1 di Circuit de-Catalunya, Barcelona, Sepanyol terpaksa ditangguh akibat salji tebal

PAGI itu, Christiana Nogueira bangun seperti biasa dan mula bersiap untuk ke pejabatnya yang terletak di Edinburg, Scotland, United Kingdom (UK).

Begitu pun, sebaik sahaja kaki kanannya memijak lantai bilik, wanita berambut panjang itu terkejut kerana lantai itu teramat sejuk dan mungkin lebih sejuk daripada hari-hari lain.

Kehairanan, Nogueira melihat ke arah alat jangka suhu yang diletakkan berdekatan pintu bilik tidurnya.

Suhu yang tercatat di situ ialah -3 darjah Celsius dan ia adalah suhu paling rendah yang pernah direkodkan pada bulan Mac.

“Suhu teramat sejuk dan saya terpaksa memakai berlapis-lapis baju,” ujarnya.

UK serta beberapa buah lagi negara Eropah termasuk Itali, Jerman, Poland, Ireland dan Switzerland dilanda cuaca sejuk melampau ekoran persinggahan angin dari Rusia iaitu angin Siberia atau turut dikenali sebagai ‘Raksasa dari Timur’.

Ekoran tiupan angin itu, UK bakal mengalami musim bunga paling sejuk dalam sejarah.Menurut seorang pegawai di pejabat meteorologi UK, Martin Bowles, bacaan suhu akan jatuh serendah -8 darjah Celsius di seluruh negara.

Fenomena pelik

“Ini merupakan satu fenomena yang pelik memandangkan cuaca sejuk sebegini berlaku pada penghujung musim sejuk.

“Kali terakhir fenomena suhu sejuk pada penghujung musim sejuk sebegini direkodkan di Altnaharra, Scotland pada tahun 1995.

“Ekoran suhu yang terus jatuh, musim bunga akan tertangguh dalam tempoh beberapa minggu lagi,” ujarnya kepada portal berita Mirror UK.

Angin Siberia turut membawa salji tebal, seterusnya menyebabkan suhu terus menjunam. Sehingga Jumaat lalu, suhu di Scotland mencecah -15 darjah Celsius.

Menjelaskan fenomena itu, UK Meteorological Office (UKMO) melaporkan, fenomena ini berkait dengan polar vorteks atau pusaran kutub. Angin daripada pusaran itu menyebabkan udara sejuk dari kawasan Artik bertiup ke arah benua Eropah dan UK. Pusaran kutub ini biasanya dikekang dari menerobos masuk ke bahagian selatan Bumi oleh satu peredaran angin yang dipanggil Jet Stream. Aliran ini yang bertiup dari barat ke timur menyempadani jasad udara sejuk dari Kutub Utara dan jasad udara panas di selatan.

“Biasanya, kami menjangkakan tiupan angin yang sederhana kencang dari arah Barat.

“Begitu pun, fenomena yang sedang berlaku kini meniupkan angin dari Timur, seterusnya menjejaskan sistem cuaca serta menggerakkan Jet Stream ke arah selatan,” tulis kenyataan tersebut.

Kadar pemanasan di Artik yang lebih daripada kawasan lain menyebabkan vorteks polar yang mengasingkan udara sejuk Artik dari kawasan latitud sederhana menjadi lebih lemah.

Ragut nyawa

Fenomena aneh ini menyebabkan suhu sejuk dan salji tebal terus melanda beberapa bahagian Eropah yang sudah sepatutnya ditumbuhi bunga-bunga mekar menandakan masuknya musim bunga.

Begitu pun, ini bukanlah suhu paling sejuk yang pernah direkodkan di UK.

Suhu paling rendah yang pernah direkodkan di UK setakat ini ialah di Bremar, timur Scotland iaitu serendah -27.2 darjah Celsius dan direkodkan pada 10 Januari 1982.

Sehingga Jumaat lalu, suhu sejuk melampau itu sudah pun meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa di seluruh Eropah.

Mereka yang terbunuh kebanyakannya merupakan gelandangan.

Bimbang jumlah tersebut meningkat, orang ramai di Jerman menggesa supaya pusat-pusat pemindahan sementara dibuka untuk gelandangan.

Ketua Persatuan Gelandangan Kebangsaan Jerman, Werena Rosenke berkata, pusat tumpangan sementara perlu beroperasi 24 jam sehari.

“Sebelum ini, pusat tumpangan sementara hanya dibuka pada waktu malam. Kini, saya berharap agar ia dibuka juga pada waktu siang.

“Suhu sejuk pada waktu siang juga boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan,” ujarnya.

Selain kematian, aktiviti penduduk di Eropah juga terjejas teruk akibat cuaca sejuk serta salji tebal.

Urusan terjejas

Antara negara paling teruk terjejas ialah Itali apabila hampir kesemua sekolah di negara itu dilaporkan terpaksa ditutup.

Memetik laporan laman web www.theguardian.com, penduduk di Itali marah apabila laluan kereta api juga turut terganggu akibat salji tebal.

Kekurangan perkakas mencairkan salji pula menyebabkan pekerja-pekerja di stesen-stesen kereta api terpaksa membersihkan timbunan salji dan ketulan ais-ais besar secara manual.

Salji tebal juga menjadikan beberapa perlawanan sukan yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Februari sehingga awal Mac terpaksa ditangguh.

Antaranya, termasuklah perlawanan Serie A antara Juventus dan Atalanta yang dijadualkan berlangsung Rabu lalu di Turin yang terpaksa ditunda pada 14 Mac depan.

Pekerja-pekerja di Allianz Arena, Munich terpaksa membersihkan timbunan salji setebal lima sentimeter yang memenuhi kawasan stadium.

Pengarah Juventus, Beppe Marotta dalam satu kenyataan memberitahu, aksi pemainnya hanya boleh ditonton kira-kira dua minggu lagi.

“Mustahil untuk pemain beraksi dengan keadaan padang seperti ini, namun ini juga tidak berbaloi untuk perebutan tempat teratas liga. Potensi pemain untuk mengalami kecederaan juga tinggi,” ujarnya.

Berkongsi kebimbangan, seorang penduduk di Turin, Itali yang hanya mahu dikenali sebagai Lester berkata, suhu yang terlampau sejuk menjadikan semua orang berada dalam keadaan yang kurang selesa.

“Rabu lalu, suhu yang direkodkan di Turin ialah -5 darjah Celsius.

“Ia teramat sejuk dan saya risaukan warga emas yang sudah tentu lebih sensitif terhadap suhu sejuk melampau sebegini.

“Saya berharap agar semua orang di luar sana memeriksa dan bertanya kepada ahli keluarga mereka khususnya yang sudah berusia jika mereka memerlukan apa-apa pertolongan dan bantuan bagi menghadapi cabaran semasa musim sejuk ini,” ujarnya.

Suhu sejuk dijangka akan berterusan sehingga minggu depan.

Orang ramai diminta untuk mengelak daripada berada di luar bangunan sepanjang tempoh ini. Ini bertujuan untuk mengelak daripada diserang penyakit-penyakit berkaitan cuaca sejuk.

Britain dan beberapa negara di Eropah dilanda cuaca sejuk akibat angin ‘Raksasa dari Timur’ sehingga musim bunga yang dijadualkan berlaku pada awal bulan ini terpaksa ditangguh.
SALJI setebal lima sentimeter memenuhi stadium Allianz, Itali, menyebabkan perlawanan Juventus menentang Atalanta terpaksa ditunda.
KEADAAN Taman Vuelta del Catillo di Sepanyol yang diselimuti salji tebal menyukarkan pergerakan orang ramai
 CHINA TOWN, London turut dihujani salji teba
SEORANG pegawai perhutanan di Jerman sedang memeriksa ketulan ais yang terhasil di pokok Rabu lalu
 HANYA satu laluan jalan yang boleh digunakan di Kildare, Ireland ekoran timbunan salji yang mula menebal di kawasan itu
 GAMBAR rajah menunjukkan fenomena polar vorteks yang sedang melanda Eropah
SEORANG jurugambar sedang merakam gambar Tasik Neuchatel, Gorgier, Switzerland yang keras membeku akibat angin Siberia.

Sunday, March 4, 2018

Terbunuh kerana terlalu kuat mengerang ketika berasmara

Gadis Maut Ditekap Bantal Akibat Kuat Mengerang
Published: Sunday, 4 March 2018

BALI: Seorang gadis mati ditekap bantal oleh kekasihnya gara-gara mengerang terlalu kuat ketika berasmara.

Dalam kejadian di Bali, Indonesia itu, suspek Gung De Wirajaya, 25 tahun, cuba menutup mulut pasangannya dengan tangan ketika mereka sedang berasmara lantaran rengekannya yang didakwanya terlalu kuat, namun tidak berhasil.

Bimbang ia didengari jiran tetangga dan rahsia mereka terbongkar, suspek menggunakan bantal untuk menutup muka mangsa yang merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah di situ.

Suspek yang berjaya ditahan menunjukkan kepada pihak berkuasa adegan yang menjurus kepada kematian kekasihnya di sebuah bilik di Jalan Debes, Gang IV, Banjar Taman Sari, Desa Delod Peken, Kecamatan Tabanan, Bali.

Menurut suspek, selepas mereka berasmara, mangsa dilihat terkulai dengan nafas tercungap-cungap. Suspek cuba membalikkan tubuh mangsa namun keadaannya semakin tidak stabil.

Panik dengan kejadian, suspek terpaksa meminta bantuan daripada beberapa penduduk di sekitar lokasi kejadian.

Suspek juga dilapor sempat mencari seorang doktor untuk memeriksa keadaan mangsa, namun mangsa disahkan meninggal dunia.- Awani

Pemimpin Umno minta RM98.3j 'bantu' lulus projek

Laporan: Pemimpin Umno minta RM98.3j 'bantu' lulus projek
mk  |  Dikemaskini 3 Mac 2018, 11:51 malam
Seorang pemimpin Umno menuntut AS$25 juta (RM98.3 juta) bagi mendapatkan kelulusan daripada timbalan menteri kewangan dalam cadangan urus niaga projek melibatkan dana Malaysia, menurut akhbar The Australian.

Laporan itu berkata seorang pemimpin Umno Selangor telah menghantar surat tuntutan kepada Nic Manikis, seorang penjawat awam kanan Australia yang bertugas selepas waktu kerja sebagai pembiaya kewangan antarabangsa dalam sebuah syarikat usaha sama milik seseorang yang didakwa sebagai penipu.

Laporan itu juga menyebut Manikis, melalui pegangan 90 peratus syarikat Ladylaw Securities melobi untuk meminjam AS$1 bilion (RM3.93 bilion) daripada dana milik awam bagi tujuan untuk melabur dalam hartanah di Australia serta syarikat usaha sama gas dan minyak di Kanada.

Manikis bersetuju membayar dua peratus daripada jumlah dana yang dikumpul itu kepada orang yang dapat membantu LadyLaw mengumpul wang tersebut daripada dana Malaysia, lapor The Australian.

"Saya katakan saya tidak kisah untuk membayar sebanyak dua peratus kepada sesiapa yang mengumpulkan dana itu.

Usaha kumpul dana gagal

"Saya bersetuju untuk hal itu dan ia pendekatan yang wajar," Manikis dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, usaha pengumpulan dana itu gagal.

Namun, Manikis berkata pemimpin Umno tersebut masih menuntut bayaran dua peratus itu.

Setakat ini, dia telah menerima tiga surat tuntutan undang-undang, termasuklah satu syrat daripada peguam untuk pemimpin Umno itu yang bertarikh 18 Februari menuntut wang tersebut.

Laporan The Australian juga menyebut surat tuntutan undang-undang yang memetik 'suatu surat persetujuan daripada Timbalan Menteri Kewangan Malaysia untuk menyokong cadangan pelaburan yang disyorkan Ladylaw Securities.'

"Saya tidak menerima satu sen pun dari Malaysia.

Dana untuk beli hartanah

"Kepada orang-orang yang meminta komisen ini, saya ingin membalasnya, di mana wang itu?" Soalnya, petik akhbar itu.

Manikis berkata jika dia sudah mendapat AS$1bilion yang dicari itu sudah pasti beliau telah membayar komisen tersebut.

Buat masa ini, Malaysiakini tidak mendedahkan nama pemimpin Umno tersebut kerana sedang mendapatkan ulasan beliau.

Berdasarkan laporan itu lagi, pada awal tahun 2014, Ladylaw menghubungi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) dengan cadangan meminjam AS$1 bilion.

Dalam cadangan itu, dana AS$1 bilion itu akan digunakan untuk membeli bangunan termasuklah pejabat yang menempatkan agensi kerajaan Australia serta ibu pejabat Qantas di Sydney, selain usaha sama minyak dan gas di Kanada.

Mesyuarat dengan pengurusan KWSP

"Dokumen yang didapatkan The Weekend Australian menunjukkan wakil Ladylaw termasuklah Mr Manikis, dijadualkan bermesyuarat dengan Felda dan Felcra pada April 2014.

"Manikis berkata beliau, rakan perniagaan dari Kanada dan seorang wakil Ladylaw bertemu dengan pengurusan KWSP di Kuala Lumpur pada Jun 2014," kata laporan itu.

Namun demikian, urusniaga itu tidak berjaya walaupun mendapat sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dakwa Manikis dalam laporan itu.

Laporan itu juga memetik seorang jurucakap kerajaan Malaysia yang berkata Najib dan pejabatnya tidak tahu atau pernah berhubungan dengan syarikat tersebut.

Jurucakap itu berkata dakwaan tersebut mungkin 'berita palsu' menjelang pilihan raya umum.
"Berdasarkan siasatan dalaman kerajaan, pihak pengurusan organisasi yang disebut itu - seperti Felda dan EPF - telah mengesahkan tidak pernah berurusan dengan syarikat ini atau individu terbabit," jurucakap kerajaan Malaysia dipetik berkata demikian.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas dari Pejabat Perdana Menteri.

Pada Rabu lalu, laman Sarawak Report menyorot cubaan untuk mendapatkan RM10 bilion dalam bentuk bon yang dimiliki KWSP kepada Limage Holdings, sebuah syarikat yang berpengkalan di Luxembourg dan pemiliknya Gyorgy Matrai yang pernah disabitkan kesalahan menipu di Switserland.

Bon tersebut didakwa untuk Matrai membantu mengumpul dana yang akan dikembalikan ke Malaysia bagi mendanai pilihan raya umum.

Sarawak Report turut menerbitkan surat yang menyebut penglibatan Ladylaw Securities dengan KWSP.

KWSP menyangkal laporan itu berkata, "penglibatan Ladylaw Securities Pte Ltd dan Nic Manikis dimaklumkan kepada KWSP pada 20 Januari, 2017, dan laporan polis dibuat pada 23 Januari, 2017, menyatakan KWSP tidak tahu menahu mahupun terlibat dalam mana-mana urus niaga pelaburan dengan Ladylaw Securities ataupun Nik Manikis."