Showing posts with label Rasuah. Show all posts
Showing posts with label Rasuah. Show all posts

Sunday, April 15, 2018

Mahathir tak masuk wang negara dalam poketnya

Mahathir tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal
By Ana Ghoib - 2016-04-14
Datuk Seri Shafie Afdal, berkata skandal 1MDB tidak boleh disamakan dengan zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun bekas peradana menteri membuat tindakan drastik menyelamatkan negara. – Gambar wiraveteran.blogspot

Selain itu, kata Naib Presiden UMNO, malah Tun Dr Mahathir jugalah pemimpin yang bertanggungjawab memajukan negara sehingga mencapai kedudukan membanggakan ke hari ini.

“Dan ini memang satu kenyataan yang wajar diakui rakyat,” tegas bekas menteri itu. – KiniTV

Tun M tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal

Saturday, April 14, 2018

Sape yang berani siasat Najib, SPRM?

Peguam gesa SPRM siasat Najib kerana rasuah pilihan raya
mk  |  Dikemaskini 14 Apr 2018, 5:00 petang

Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla mendakwa Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak melakukan kesalahan rasuah apabila memberi kad bantuan teksi 1Malaysia kepada pemandu teksi dan menjanjikan kenaikan gaji kepada penjawat awam sekiranya BN memenangi pilihan raya umum ke-14.

Peguam itu merujuk beberapa laporan yang memetik Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa sebagai berkata bahawa kerajaan sementara hanya boleh meneruskan dasar-dasar kerajaan sebelum ini sehingga hari mengundi.

Oleh itu, peguam itu berkata, melainkan jika ia diluluskan oleh kabinet atau diumumkan dalam belanjawan negara dan diluluskan parlimen, kerajaan sementara tidak mempunyai kuasa membuat janji atau memberi hadiah kepada sesiapa pun, sama ada orang awam atau sektor swasta.

Haniff, yang mewakili Tun Dr Mahathir Mohamad dalam beberapa kes berprofil tinggi, menjelaskan bahawa Najib telah mengumumkan pembubaran Parlimen pada 6 April bagi memberi laluan kepada PRU14.

Haniff menjelaskan bahawa pemberian hadiah untuk mendapatkan undi bagi tempoh antara hari penamaan, 28 April hingga hari mengundi, 9 Mei merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Namun katanya jika perbuatan itu dilakukan sebelum hari penamaan, tindakan sedemikian mungkin merupakan satu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Mengikut Seksyen 17 (b) akta itu, Haniff berkata adalah suatu kesalahan bagi seseorang memberi hadiah untuk tujuan mendapatkan sesuatu.

"Oleh itu, Najib tidak boleh berbuat sesuatu yang sama seperti rasuah dan SPRM harus memantau dan mencegah amalan sedemikian dengan segera," katanya dalam tulisan di blog.

Beliau berkata sejak parlimen dibubarkan, Najib terlibat dalam dua kesalahan rasuah apabila membuat dua pengumuman.

"Pada 4 April, dua hari sebelum pembubaran, beliau mengumumkan bonus dan kenaikan gaji untuk 1.6 juta penjawat awam.

"Semalam, seminggu selepas pengumuman pembubarkan Parlimen, 67,000 pemandu teksi menerima kad bantuan teksi 1Malaysia di bawah inisiatif Teksi 1Malaysia," katanya yang mendesak SPRM menyiasat perdana menteri sementara itu kerana kesalahan rasuah.

Friday, April 13, 2018

Isu dakwaan Rafidah: Adakah SPRM akan buat derk juga......atau tunggu laporan dibuat?

SPRM perlu siasat dakwaan bekas menteri kabinet
MOHD ALI HASHIM  -  April 13, 2018 7:50 am
Pendedahan yang dibuat oleh Tan Sri Rafidah Aziz tidak harus dipandang ringan sebaliknya perlu diberi perhatian serius kerana melibatkan kepentingan dan aset milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus menyiasat segera pendedahan tersebut kerana ia melibatkan Kementerian Pertahanan.

“Sebagai bekas menteri kabinet yang agak lama, sudah pasti beliau mempunyai banyak maklumat.

“Sehubungan itu SPRM mesti segera membuat siasatan walaupun ia didakwa melibatkan Perdana Menteri.

“Buktikan bahawa SPRM efisien dan pantas bergerak apabila ada pendedahan yang telah dibuat sebegitu rupa, ” ujarnya ketika ditemui selepas ceramah Pakatan Harapan (PH) di Permatang Pasir, Permatang Pauh.

Rafidah baru-baru ini mendedahkan cadangan Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Pertahanan dalam mesyuarat kabinet dipengerusikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 untuk menswastakan 40,000 hektar tanah milik ATM di seluruh negara kepada syarikat yang dimiliki tiga individu.

Penswastaan itu juga dilakukan secara runding terus.

“Memandangkan PRU semakin dekat, maka adalah wajar SPRM menjalankan siasatan dengan segera.

“Sekiranya terbukti ada mana-mana pihak yang telah menyalahgunakan kuasa atau kedudukan, maka tindakan mesti segera diambil.

“Dengan tindakan segera tersebut ia dapat menghilangkan persepsi negatif masyarakat terhadap SPRM,” tegasnya.

Justeru itu katanya, tidak dapat dinafikan banyak lagi pendedahan dan pembongkaran salah laku pimpinan Umno dan BN yang akan didedahkan tidak lama lagi.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar, Ketua Cabang PKR Permatang Pauh Amir Ghazali, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dan para pemimpin PH Pulau Pinang.
Sebahagian hadirin pada majlis ceramah PH di Permatang Pasir, Permatang Pauh.

Wednesday, April 4, 2018

Audio babitkan nama Almarhum Tok Guru, Ketua Pemuda AMANAH Pasir Puteh lapor Polis

Sepupu Nik Abduh lapor polis, bersih nama Almarhum Tok Guru
N Faizal Ghazali   |  Dikemaskini 3 Apr 2018, 9:31 malam
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) kawasan Pasir Puteh, Kelantan, Mohd Sabri Salleh tampil membuat laporan polis berhubung penyebaran rakaman audio yang didakwa mirip suara Anggota Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Sebagai anak saudara kepada bekas mursyidul am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat - dia rasa terpanggil dan mengambil tanggungjawab untuk membersihkan nama baik bekas menteri besar Kelantan itu yang turut disebut dalam rakaman itu.

"Saya sudah buat laporan polis terhadap rakaman audio itu, sebagai tanggungjawab saya untuk membersihkan nama baik keluarga terutamanya nama baik Almarhum Tok Guru (Nik Abdul Aziz) yang mana dalam rakaman audio tersebut ada ucapan berunsur fitnah terhadap almarhum.

"Ia susulan nama almarhum dikaitkan dengan menerima duit daripada Umno. Jadi atas rasa tanggungjawab kepada keluarga dan rasa terpanggil apabila Tok Guru sebagai seorang pemimpin yang disanjung tinggi tiba-tiba difitnah dengan teruk oleh ucapan yang suaranya mirip Nik Abduh," katanya kepada Malaysiakini selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, hari ini.
Pada Februari lalu, klip audio di media sosial yang didakwa sebagai 'bukti' penyaluran wang oleh Umno kepada PAS tular di media sosial

Rakaman selama seminit 18 saat itu mendakwa PAS meminta RM2 juta daripada Umno dan ia dibuat dengan pengetahuan seorang pemimpin kanan PAS.

Antara lain, wang berkenaan didakwa bertujuan untuk kegunaan pada pilihan raya negeri Sarawak dan untuk menjatuhkan DAP.

Sementara itu, versi penuh audio tersebut disebar di media sosial minggu lalu antara lain mendedahkan beberapa pimpinan PAS mengambil wang daripada Umno selain suara yang dikatakan mirip Nik Abduh itu mendakwa mempunyai hubungan dengan pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Beberapa nama turut dipetik dalam rakaman audio tersebut termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan dan menantu Abdul Hadi, Zaharuddin Muhammad.
Ketika petikan pertama rakaman itu disebarkan baru-baru ini, Nik Abduh sudah membuat penafian.

Katanya, dakwaan berkenaan adalah "karut, mengarut dan fitnah" terhadap dirinya serta PAS.

Semalam Malaysiakini melaporkan, Mohd Sabri yang juga sepupu Nik Abduh mengakui betapa beliau yakin suara dalam rakaman itu milik ahli jawatankuasa PAS Pusat itu.

Justeru, melalui laporan polis yang dibuat hari ini mengharapkan satu siasatan dibuat terhadap audio tersebut dan pihak yang menyebarkannya.

"Ini satu perkara yang serius, sepatutnya bukan saya yang perlu buat laporan dan ambil tindakan tetapi yang lebih wajar adalah Nik Abduh sendiri sebagai anak dan anak-anak saudara almarhum yang masih berada dalam pimpinan PAS.

"Sepatutnya merekalah yang bersungguh untuk membersihkan nama almarhum daripada fitnah yang begitu jahat ini.

"Jadi dengan laporan polis ini, saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi menyiasat siapakah empunya suara dalam audio tersebut atau siapa yang menyebarkan rakaman itu," jelasnya yang juga adik kepada Setiausaha Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh.

Audio 'berkawan dengan CIA' mesti disiasat
N Faizal Ghazali  |  Dikemaskini 29 Mac 2018, 8:33 malam
Parti Amanah Negara (AMANAH) menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan segera berhubung rakaman audio dikaitkan dengan salah seorang pemimpin kanan PAS yang mendakwa dia mempunyai akses langsung dengan ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata dakwaan yang terkandung dalam rakaman audio itu - jika benar - boleh membawa implikasi serius kepada keselamatan negara.

"Ia dibimbingan membuktikan wujud unsur pengkhianatan terhadap kedaulatan negara.

"AMANAH minta ia disiasat. Kalau suara itu terbukti milik Nik Abduh, ia adalah pengakuan yang amat serius oleh anggota jawatankuasa tinggi PAS," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Isu rakaman audio yang didakwa melibatkan penjelasan Nik Abduh Nik Abdul Aziz itu mula tersebar di media sosial pada akhir Feb lalu.

Bagaimanapun rakaman keseluruhan audio itu hanya didedahkan di Facebook sebulan kemudian.

Antara petikan rakaman audio itu ialah: "Ana (saya) boleh bercakap dengan CIA. CIA Amerika tu ana kenal orang dia yang sentiasa berhubung dengan ana."

Biasanya melalui kerajaan

Bagaimanapun Nik Abduh sudah membuat penafian mengenainya sehari kemudian. Menurut anggota parlimen Pasir Mas tuduhan itu "karut, mengarut dan fitnah" terhadap dirinya serta PAS.

"Ia hanya sampah yang tak layak dimakan kecuali pelahap fitnah seperti PAN (Parti Amanah Negara) dan sekutunya. Saya menafikan sekeras-kerasnya," kata Nik Abduh pada 28 Feb lalu.

Salah seorang pemimpin ulama PAS juga menegaskan rakaman audio itu bukan milik Nik Abduh.
Kata Datuk Dr Khairuddin Aman Razali ada ramai orang yang boleh meniru suara individu lain, termasuk menyerupai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta bapa Nik Abduh, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Malaysiakini hari ini juga melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun sebagai berkata pihaknya tiada butiran berkaitan rakaman audio berkenaan.

Menurut Raja Bahrin kebiasaannya agensi kerajaan asing - seperti CIA - hanya akan menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa negara.

Namun katanya pengakuan terkandung dalam rakaman audio itu mencetuskan tanda tanya jika kerjasama itu turut melibatkan parti tertentu dalam kerajaan Malaysia.

Baca Husam: Pakar London siasat suara 'ambil duit Umno'

"PAS sendiri pernah kata mereka tidak pernah merestui campur tangan luar dalam apa isu sekali pun," katanya.

Raja Kamarul Bahrin berkata, dalam rakaman audio itu juga ada disebut mengenai pengambilan wang daripada Umno dan ia sekali gus kemungkinan merujuk kepada hubungan CIA dan PAS melalui Umno.

"Mungkinkah mereka ada hubungan dengan CIA kebelakangan ini sejak ada kerjasama dengan Umno?

"Ini satu lagi kemungkinan yang lebih teruk! Jika ia berlaku, kenapa Umno perlu kerjasama dengan CIA, dan PAS pula merestuinya?" katanya.

Namun anggota parlimen Kuala Terengganu itu yakin jika maklumat terkandung dalam rakaman audio itu sahih, hubungan CIA dengan PAS tidak berlaku secara langsung.

"Adakah ini secara kebetulan atau terancang?" katanya.

Saman berlian merah jambu: Khairuddin dapat lanjutan

Hafiz Yatim  |  Dikemaskini 3 Apr 2018, 7:05 petang
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberikan tempoh lanjutan kepada bekas ketua bahagian Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bagi membalas permohonan membatalkan saman oleh isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor, Jho Low dan 1MDB berhubung kes saman berlian merah jambu.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memberikan tempoh lanjutan selama seminggu kepada Khairuddin untuk memfailkan afidavit balasan yang perlu.

"Mahkamah telah memberikan tempoh lanjutan selama seminggu kepada Khairuddin untuk memfailkan afidavit bagi menolak permohonan kami," kata peguam 1MDB Tan Hock Chuan.

Peguam Yazid Mustaqim yang mewakili Rosmah berkata mahkamah menetapkan 17 Mei depan bagi mendengar permohonan untuk menolak saman tersebut.

Peguam Damien Chan mewakili Khairuddin, manakala peguam Rishwant Singh hadir mewakili Jho Low, yang nama sebenarnya ialah low Taek Jho.
Khairuddin telah memfailkan pernyataan tuntutan terhadap isteri perdana menteri Rosmah Mansor supaya mengembalikan berlian merah jambu bernilai AS$23 juta dan rantai AS$4.3 juta kepada 1MDB.

Khairuddin juga memohon perintah supaya hartawan Pulau Pinang Jho Low untuk membayar wang yang didakwa digelapkan, dicuri atau disalah guna dari 1MDB.

Rosmah dan Low juga dituntut membayar pampasan munasabah daripada segi ekuiti terhadap 1MDB, kos tuntutan dan relif lanjut dan lain-lain relif yang ditentukan mahkamah.

Khairuddin mendakwa di antara Jun 2013 dan Mac 2014, Low bertindak melalui ejennya Eric Tan membeli barangan kemas daripada Lorraine Schwartz di New York bernilai AS$27.3 juta, yang menurut Khairuddin menggunakan dana yang diselewengkan daripada 1MDB.

Beliau juga mendakwa barangan kemas tersebut diberikan kepada Rosmah sekitar Mac 2014 dan meminta ia dipulangkan kepada 1MDB bersama-sama dengan wang yang didakwa diselewengkan Low daripada syarikat pelaburan negara itu.


Rantai dan berlian itu menjadi perhatian selepas disebut dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sebelum ini.

Pada September 2017, peguam yang mewakili isteri Rosmah Mansor dan 1MDB memohon mahkamah untuk membatalkan saman tersebut.

Tuesday, April 3, 2018

Nazri dibalun lagi: "Saya tidak memberi respons kepada orang gila, jahil"

April 3, 2018
Pergi terjun tasik, kata Rafidah kepada Nazri
Sheith Khidhir Bin Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Perang mulut antara Datuk Seri Nazri Aziz dan bekas rakan Kabinetnya, Tan Sri Rafidah Aziz, berterusan hari ini apabila kedua-duanya saling memberi gelaran dan menghina satu sama lain susulan kritikan wanita itu terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

“Saya tidak memberi respons kepada orang gila, jahil yang langsung tidak tahu tentang dasar sudah lama wujud sebelum saya berkhidmat dalam kerajaan,” kata Rafidah selepas beberapa jam Nazri mendakwanya bersikap perkauman.

Nazri menyalahkan Rafidah atas kehilangan sokongan Cina kepada Barisan Nasional (BN) dan mendakwanya menyalahgunakan permit import (AP) bagi mengimport kenderaan baru di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang dahulu diketuai beliau.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu kemudian mengimbas kembali ucapan Rafidah kepada perwakilan Umno, di mana beliau mempertahankan diri dengan berkata, beliau hanya mengambil AP syarikat Cina untuk memanfaatkan Bumiputera.

Ini selepas Rafidah berkata, Nazri “tidak berpandangan jauh” kerana mengatakan kritikan Rafidah terhadap kerajaan disebabkan dendam peribadinya kepada Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Rafidah hari ini mengkritik Nazri lagi.

“Politik murahan oleh individu bermulut jahat,” kata Rafidah kepada FMT apabila diminta mengulas perkara itu.

“Beliau boleh terjun ke tasik.”

Bekas menteri perdagangan itu turut menggesa Nazri memfokuskan “masalah kotor yang lebih besar” dan beliau kemudian menghantar satu imej perumpamaan bahasa Inggeris yang diubah suai: “Birds of a lawless bigoted feather bully together” yang boleh disamakan dengan antah bersama antah, beras bersama beras.

Rafidah yang berkhidmat sebagai menteri perdagangan lebih 2 dekad, mengkritik pimpinan Umno selepas pihak berkuasa Indonesia merampas kapal layar mewah yang dikaitkan dengan ahli perniagaan, Low Taek Jho yang dinamakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sebagai salah satu dalang dalam penyelewengan dana 1MDB.

Baca sebelumnya: Nazri dakwa Rafidah punca orang Cina benci BN

Monday, April 2, 2018

Nik Abduh punya pasal....

Monday, April 2, 2018
Jelang pilihan raya: Nik Abduh timbul masalah kepada Pas?

Nik Abduh Nik Aziz

SUDAH hampir sebulan audio yang didakwa suara Nik Abduh Nik Abdul Aziz beredar. Isunya bukan audio berkenaan tetapi pendedahan yang dibuat oleh Nik Abduh dalam seperti disebut oleh audio itu. Ada beberapa perkara penting dan mengejutkan. Dan apa disebut Nik Abduh itu boleh mengesahkan apa yang tersebar sebelum ini.

Perkara itu ialah mengenai ada pemimpin Pas yang menerima wang daripada Umno. Malahan beliau sendiri mengakui menerima wang daripada Umno. Jumlah yang jelas disebut ialah RM2 juta sebagai bantuan untuk Pas menghadapi pilihan raya negeri Serawak.

Pendedahan Nik Abduh itu mengejutkan khalayak dan tidak mengejutkan bagi mereka yang hampir dengannya. Sekaligus ia menjadi bukti kepada dakwaan Serawak Report sebelum ini yang menuduh Pas menerima wang daripada Umno RM90 juta. Lebih dahsyat lagi wang itu kononnya hasil penyelewengan dari skandal 1MDB.

Pas boleh menerima wang daripada Umno untuk kepentingan perjuangannya tetapi mungkin tidak dari sumber diragui sebab Pas sangat concern kepada soal hukum halal dan haram.

Walaupun Pas telah mengambil tindakan mahkamah di London, persepsi berkaitan isu itu tidak mudah tamat sebaliknya ia merebak semula dengan pendedahan audio Nik Abduh itu. Apa lagi mahkamah masih dalam proses perbicaraan. Audio Nik Abduh itu telah memberi pesepsi baru  kepada Pas dan meletakkan parti itu sebagai parti duitan.

Nik Abduh menafikan suara yang berbunyi dalam audio itu sebagai suaranya. Beliau mengambil kaedah Anwar Ibrahim menafikan klik video lucah mengenainya sebelum ini. Rupanya ada juga ilmu dan "kuntai" Anwar diguna pakai oleh orang Pas.

Naib presiden Pas Mohd Amar Nik Abdullah memberi reaksi Pas tidak perlu mengambil "pot" dengan isu kerana Nik Abduh sudah pun menafikannya. Mohd Amar memang terkenal dengan cara mudah dan simplistiknya dalam menyelesaiakan sebarang isu.

Pas tidak sepatutnya menepis perkara itu semudah itu kerana ia memberi kesan besar kepada Pas. Orang yang tertanya-tanya terhadap dakwaan Pas sebelum ini, pasti akan menerima pendedahan Nik Abduh itu dengan mudah. Dakwaan dan tuduhan dilempar kepada Pas disahkan menerusi suara Nik Abduh itu.

Orang mungkin boleh menolaknya kalau Pas menepis dengan fakta. Misalnya membuka siasatan dalaman terhadap isu audio itu. Pas kena pastikan atau mengesahkan bahawa ia bukan daripada suara Nik Abduh. Sekurang-kurang minta Nik Abduh bersumpah sebagai membenarkan penafiannya. Apabila Pas atau Majlis Syura Ulama (MSU) sudah ijmakkan bahawa suara itu adalah suara "tok dalang" baharulah boleh Pas rileks.

Ada seorang ahli jawatankuasa Pas menolak suara dalam audio itu sebagai suara Nik Abduh kerana ia rekaan. Beliau mengumpamakan seperti mana seorang tok dalang wayang kulit yang boleh membuat pelbagai suara watak-watak wayang kulit. Hujah pemimpin Pas itu tidak saintifik langsung. Hujah bodoh dan hanya diterima oleh peminat politik canggung.

Pas kena siasat dan Nik Abduh kena buat repot polis. Itu cara sebaik-baiknya bukan dengan membiarkan begitu sahaja. Atau pun Pas perlu meminta Umno menafikan dakwaan dalam audio itu yang parti itu memberi duit kepada Pas. Sampai hari ini tidak ada seorang pemimpin Umno menafikan pengakuan yang disebut dalam audio Nik Abduh itu?

Kenapa? Apakah dengan sikap diam Umno itu menunjukkan parti itu benar terlibat membantu Pas dari segi kewangan?

Pas atau Nik Abduh juga tidak membuat laporan polis terhadap penyebaran audio yang memburukkan namanya itu. Sepatutnya beliau awal-awal lagi membuat laporan polis menyekat penyebaran itu kerana ia memberi kesan buruk kepada Pas dan juga dirinya. Apa lagi dalam audio itu Nik Abduh(?) dikatakan mengakui berhubung dengan CIA.

Tetapi kenapa tindakan itu tidak dibuat oleh Nik Abduh. Sikap dingin Nik Abduh itu menguatkan lagi kepercayaan umum yang suara itu adalah suaranya dan benar orang Pas menerima baksis daripada Umno.

Apabila beliau mendiamkan diri dan partinya juga mengambil sikap tidak peduli menyebabkan orang akan beranggapan apa didedahkan Nik Abduh dalam audio itu sebagai benar. Dan Umno mungkin sengaja tidak menafikannya kerana parti itu mahu mengikat Pas dalam keadaan terjempit untuk kepentingan politiknya. Biasanya ular yang sudah patah belikat payah untuk bergerak?

Menyimpulkan isu audio Nik Abduh itu ia memberi modal kepada pembangkang. Bukan itu sahaja rakyat yang sebelum ini sudah dituba dengan pelbagai isu dan kekotoran Pas akan mudah menerima apa yang mereka dengar sebelum ini dengan audio berkenaan. [wm.kl.6:44 pm 02/04/18]

Posted by mohd sayuti Omar at 7:08:00 PM

Baca berkaitanSepupu dakwa kenal sangat suara Nik Abduh

Thursday, March 29, 2018

Dah tersebar: Versi penuh audio kerjasama PAS, Umno

Versi penuh audio kontroversi kerjasama PAS, Umno tersebar
TMI · Diterbitkan pada 29 Mar 2018 4:19PM
Versi penuh audio 20 minit yang dikatakan suara AJK PAS Pusat Nik Mohamad Abdul Nik Aziz disebarkan melalui laman sosial Facebook malam tadi, mendedahkan kenapa PAS berpecah sehingga melahirkan Amanah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Mac, 2018

VERSI penuh audio 20 minit yang didakwa memaparkan suara AJK PAS Pusat Nik Mohamad Abdul Nik Aziz disebarkan melalui laman sosial Facebook malam tadi.

Video tersebut antara lain mendedahkan punca perpecahan PAS sehingga melahirkan parti serpihannya, Amanah.

Menurut rakaman tersebut, sekumpulan pemimpin PAS membentuk satu kumpulan bertindak khas menjelang Muktamar PAS 2015.

Pasukan dinamakan Reform Tajdid Islam (RTI) itu didakwa ditugaskan untuk menyerang pemimpin dari kalangan profesional dalam PAS yang digelar sebagai "Jebon" dalam rakaman tersebut.

Serangan tersebut didakwa menyebabkan 18 pemimpin kanan PAS yang berada dalam Jawatankuasa PAS Pusat dikalahkan melalui undi dalam Muktamar 2015.

Nik Abduh bagaimanapun menafikan bahawa suara yang ditampilkan dalam rakam tersebut merupakan suaranya.

"Ada orang kata suara itu 1000% milik saya, tetapi saya menafikannya sebagaimana fitnah video Datuk Seri Anwar dinafikan beliau," kata Nik Abduh pada satu majlis penerangan di Klang baru-baru ini.

Rakaman tersebut pada awalnya disiarkan dalam lima bahagian berasingan dan didedahkan secara berperingkat-peringkat. – 29 Mac, 2018.

Wednesday, March 28, 2018

“Ku semangat! Sebenarnya para pemimpin kita lah yang ‘kaki dah tak cecah bumi’

Pemimpin Umno kini sombong, ‘kaki tak cecah bumi’, kata Rais Yatim
Amin Iskandar · Diterbitkan pada 28 Mar 2018 9:04AM
Jho Low perlu disiasat demi maruah negara, undang-undang berita palsu dibuat dengan tergesa-gesa sehingga menimbulkan kebimbangan senjata makan tuan di masa depan, kata Rais Yatim hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Mac, 2018

PEMIMPIN veteran Umno, Dr Rais Yatim meneruskan kritikannya terhadap parti itu, mengatakan pemimpinnya kini “sombong” dan mudah melenting apabila ditegur.

Penasihat sosiobudaya kerajaan bertaraf menteri itu menjawab kembali kritikan Ketua Penerangan Umno Annuar Musa yang mengatakan beliau dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Rafidah Aziz sebagai “out of touch” dalam urusan pentadbiran dan kerajaan.

“Memang senang tuduh kami sudah ‘lost touch’ dengan keadaan akar umbi. Yang dimaksudkan dengan ‘lost touch’ itu agaknya ialah ‘kaki dah tak cecah bumi’.

“Ku semangat! Sebenarnya para pemimpin kita lah yang ‘kaki dah tak cecah bumi’. Sombong, gah tinggi dan tak suka ditegur; disanggah sikit melenting,” kata Rais dalam surat terbuka kepada Annuar yang disiarkan dalam akaun Facebooknya awal pagi ini.

Dalam kenyataannya semalam, Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh berkata, Rais, 75, dan Rafidah, 74, turut menghidap “sindrom pasca persaraan” akibat setelah sekian lama memegang kedudukan penting dalam kerajaan.

“Daripada rungutan mereka, ternyata mereka sudah ‘out of touch’ dengan urusan pentadbiran dan kerajaan.

“Mereka juga kelihatan masih terikat dengan pendewaan personaliti (personality cult) bos lama yang juga bos saya dulu,” kata Annuar merujuk kepada bekas perdana menteri yang kini Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad.

Dalam jawapan balas dalam surat terbukanya, Rais mengingatkan Annuar beliau merupakan individu yang menegur dan tidak berkecil hati sekiranya “ditegur dan dihempas pulas”.

“Sebenarnya semua hal yang di bangkitkan itu sudahpun saya sampaikan kepada Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi melalui saluran hormat, iaitu:

• Kenapa Jho Low (Low Taek Jho) harus disiasat demi maruah negara. Dia tak boleh lebih tinggi daripada Malaysia dan Umno. Perlakuan tutup buku sebelum disiasat tidak sejajar dengan Rukunegara dan semangat Perlembagaan.

• Jawapan kepada semua ungkitan antarabangsa dan domestik tentang 1MDB mesti dihurai dengan jelas.

• Rang Undang-undang Antiberita Tak Benar boleh jadi senjata makan tuan kemudian kerana dibuat secara tergesa-gesa tanpa penelitian mendalam darihal implikasi konflik hak dan perundangan. Bila sudah tak berkuasa nanti (barang dijauhi Allah), baru tahu langit dan bumi tinggi-rendah!

• Keutamaan keutuhan undang-undang wajib dipertahankan

• Budaya Tinggi dalam parti dan kerajaan wajib diberi penegasan utama.

• Perjuangan anti-rasuah mesti atas asas Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan – patut dan adil kesaksamaannya,” katanya.

Rais dan Rafidah sebelum ini lantang mengkritik pentadbiran Najib terutamanya selepas kapal mewah The Equanimity yang dikaitkan dengan Jho Low dan skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dirampas pihak berkuasa Indonesia atas permintaan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.

Rais, Rafidah dan Annuar pernah berada dalam Kabinet Dr Mahathir. 

Rais pernah menentang Dr Mahathir ketika bersama Tengku Razaleigh Hamzah dalam Parti Melayu Semangat 46 selepas perpecahan berlaku dalam Umno pada akhir 1980an. – 28 Mac, 2018.

Berkaitan: Rais, Rafidah bersuara kerana ahli Umno tak tegur kerajaan

* Agaknya 'Ayam Sabung Otai' ni dah lama memendam rasa dan sekarang dia tak sanggup lagi membenam rasa di lubuk hatinya sorang-sorang, maka meletuplah!

Mengeluarkan lahar panas yang terpendam selama ini. Rasanya dia dah bersedia menerima apa saja dari tindakannya ini. Dia dah kata dia masih bersama UMNO sebab belum dibuang. 

Dan.....kan dia dah kata, akan mencari platform lain untuk berjuang sekiranya dia dinyahkan dari UMNO? 

Bukankah ini menunjukkan banyak yang dia tahu dan dia pasti? Orang lain dalam UMNO tu apa macam ?

Tuesday, March 27, 2018

Equanimity telah disembunyikan atas arahan Jho Low?

Ejen FBI: Jho Low beri arahan melalui WeChat
mk  |  Dikemaskini 27 Mac 2018, 6:36 petang
Ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho memberi arahan kepada kapten The Equanimity menerusi aplikasi pesanan mudah alih WeChat, kata ejen khas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Justin McNair.

McNair berkata demikian semasa memfailkan dokumen Mahkamah Daerah California Tengah, Amerika Syarikat untuk menyokong usul kerajaan negara itu bagi mendapatkan hak tahanan (custody) ke atas Equanimity.

Kerajaan Amerika sedang memohon hak tahanan ke atas kapal persiar itu bagi membolehkannya melelongnya di negara itu sebagai sebahagian daripada tindakan pelucuthakan atas aset yang didakwa diperolehi dengan menggunakan dana berkaitan 1MDB.

Pemfailan mahkamah Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang dilihat oleh Malaysiakini, melaporkan McNair melaksanakan proses penyitaan itu dengan menaiki Equanimity di Indonesia pada 9 Mac lalu dan menampal salinan waran di atas sebuah meja di kapal layar itu.

Menurut McNair, Low, setelah mendapat tahu usaha Amerika Syarikat untuk merampas Equanimity, telah mengarahkan kapten kapal supaya "menyembunyikan" diri mereka.

"Salah satu arahan Low adalah mematikan Sistem Pengenalan Automatik Equanimity (AIS) sebaik sahaja berita itu diketahuinya.

"Meskipun ada kapal yang kadang kala mematikan AIS mereka untuk 'menyembunyikan' diri ketika berada di kawasan berisiko tinggi khususnya jika terdapat ancaman lanun yang serius, Equanimity tidak berada di kawasan berisiko tinggi ketika mematikan AIS,” katanya.

McNair berkata Low juga mengarahkan kapten Equanimity untuk mengelakkan kawasan perairan sesetengah negara tertentu, termasuk Australia, Singapura dan Amerika Syarikat.

"(Arahan ini dikeluarkan) dengan alasan bahawa memasuki kawasan berkenaan boleh menjadi 'masalah utama'.

"Kapten diberitahu untuk membawa Equanimity ke negara seperti Vietnam dan Kemboja, yang dianggap 'selamat'.

"Arahan Low memang dipatuhi, sebagai contoh, AIS Equanimity dimatikan sejurus selepas berita mengenai tindakan memburunya, dan Equanmity memang mengelakkan kawasan yang diarahkan oleh Low kepada kapten," katanya.

Menurut pemfailan mahkamah DOJ semalam, kru Equanimity atau Low telah membuat "salah perhitungan di Indonesia" di mana ia dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia atas permintaan kerajaan Amerika.

DOJ juga mengulangi bahawa Low adalah pemilik kapal persiar bernilai AS$250 juta yang dibeli dengan dana yang disalahgunakan dari 1MDB.

Jho Low melalui jurucakap pada 28 Februari lalu dilaporkan kesal dengan rampasan asetnya kerana dibuat "tanpa sebarang pembuktian".

Katanya, rampasan itu berdasarkan tuduhan salah serta bermotifkan politik
.
Berkaitan:
Gagal bawa Equanimity ke AS, DOJ mohon hak jaga kapal

DOJ ulangi - Jho Low beli Equanimity guna dana 1MDB

Friday, March 23, 2018

Laporan PAC berkaitan 1MDB: DAP failkan usul tolak

DAP failkan usul tolak Laporan PAC berkaitan 1MDB
DALIA ISMAIL  -  March 22, 2018 3:32 pm
Anggota parlimen DAP memfailkan usul menolak laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Dewan Rakyat hari ini.

Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, usul dikemukakan itu susulan kenyataan dibuat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari semalam yang memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa sebarang laporan di luar PAC adalah “berita palsu”.

“Ini adalah jawapan yang keterlaluan, dan contoh terbaru di mana menteri dan timbalan menteri berlumba-lumba cuba menjadikan Malaysia sebagai bahan lawak melaporkan pelbagai berita dan perkembangan isu 1MDB.

“Ini adalah usaha kerajaan untuk menutup isu mengenai 1MDB,” katanya dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Lim berkata kerajaan harus menyiasat  laporan terkini mengenai 1MDB sejak laporan PAC itu disiapkan pada 2016 tetapi sebaliknya tidak pernah dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen.

Lim berkata beliau berharap kerajaan akan mengiktiraf keperluan menyegerakan perkara itu dan membenarkan usulnya dibahaskan secepat mungkin.

Pada 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan PAC dan Ketua Audit Negara untuk memulakan siasatan ke atas 1MDB dan berjanji bahawa laporan siasatan berkenaan akan diumumkan.

Bagaimanapun, hanya laporan PAC diumumkan manakala laporan audit diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Dalam laporan PAC pelbagai penyelewengan 1MDB didedahkan seperti pemindahan AS$700 juta kepada Good Star Ltd, penyingkiran juruaudit dan pemindahan AS$1 bilion kepada syarikat “palsu” Aabar Investments PJS anak syarikat International Petroleum Investment Co (IPIC).

Anggota pembangkang dalam PAC juga mengesahkan bahawa beberapa maklumat penting telah dikeluarkan daripada laporan akhir jawatankuasa itu.

Bukti baru timbul pada tahun 2016, susulan siasatan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat dan beberapa kes di mahkamah Singapura yang menghukum pekerja bank tempatan kerana didapati terlibat dalam pemindahan dana membabitkan 1MDB.

Thursday, March 22, 2018

Woyyo...dah tua untuk ke dalam, tapi duit banyak oo...!

Invois beli berlian, zamrud dikemuka di mahkamah
Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Belia dan Sukan hadapi 32 tuduhan salah guna kedudukan, tuntutan palsu RM38.4 juta
KUALA LUMPUR, 4 Rejab 1439H, Khamis – Sijil pengesahan keaslian dan invois pembelian barangan kemas seperti berlian, zamrud dan mutiara dikemukakan di Mahkamah Sesyen sebagai barang bukti perbicaraan bekas Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Otman Arsahd, hari ini.

Otman didakwa bagi 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan RM38.4 juta.

Ketua Penolong Kanan Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Asmawi A/L Kulup Lam memberitahu mahkamah bahawa semua barangan kemas itu berharga antara RM22,800 dan RM644,000 mengikut jenis dan reka bentuk.

Beliau yang merupakan saksi pendakwaan ke-49 berkata, invois dan sijil berkenaan dikeluarkan kepada isteri Otman iaitu Mastura Annuar dan telah dicatatkan dalam borang sitaan terhadap tertuduh ketika SPRM menjalankan siasatan.

Asmawi, 37, dalam keterangannya juga mengesahkan ada membuat rampasan terhadap sijil penggredan berlian yang dikeluarkan oleh Institut Gemological dari Amerika Syarikat dan sijil pengesahan keaslian batu zamrud yang dikeluarkan oleh American Gems and Trade Association.

“Turut dicatatkan dalam borang sitaan ialah sebuah kotak biru yang mengandungi seutas rantai ‘cultured pearl’ serta sijilnya,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Husmarudin Husin ketika pemeriksaan utama pada perbicaraan kes berkenaan.

Selain mengemukakan sijil pengesahan keaslian cincin jenama Cartier dan jam tangan mewah jenama Patek Philippe, Asmawi juga mengemukakan resit pembelian dua utas jam tangan jenama Cartier yang dibeli oleh Mastura pada 2011 dengan harga masing-masing RM350,000 dan RM105,000.

Pada 21 April 2016, Otman, 59, yang diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan Fahmi Abd Moin, didakwa bagi 64 pertuduhan menerima wang berjumlah RM16,623,000 hasil daripada aktiviti haram ke dalam akaun Maybank, RHB dan CIMB Berhad, melalui cek antara 7 Mac 2012 hingga 11 Disember 2015.

Selain Otman, pengarah syarikat pembekal barangan sukan di bawah KBS, Abdul Gafar Abdurahiman, 44, dan isterinya Siti Rohanah Hussien, 44, suri rumah, masing-masing berdepan 63 pertuduhan memindahkan wang berjumlah RM15,723,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram menerusi 63 transaksi dari akaun bank tiga syarikat milik mereka ke akaun bank milik Otman dalam tempoh masa yang sama.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi berbeza termasuk RHB Bank cawangan Presint 8 di Putrajaya, Menara Maybank Jalan Tun Perak dan Maybank Jalan Raja Laut.

Otman, Abdul Gafar dan Siti Rohanah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.

Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA) yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun atau boleh juga didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Abdul Gafar dan Siti Rohanah diwakili peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok. – sumber

Kenapa tidak saman media asing?

Kalau 1MDB berita palsu, kenapa tidak saman media asing, tanya Pakatan
Amin Iskandar · Diterbitkan pada 22 Mar 2018 1:49PM
Ahli Parlimen Pakatan Harapan di Dewan Rakyat hari ini mendesak Perdana Menteri Najib Razak menafikan laporan media luar tentang 1MDB jika benar laporan itu berita palsu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Mac, 2018.

PERDANA Menteri Najib Razak dan Putrajaya perlu menafikan laporan media antarabangsa mengenai 1Malaysian Development Berhad (1MDB), termasuk menyaman semua media asing yang melaporkannya, kalau maklumat dilaporkan itu dianggap berita palsu, kata wakil rakyat Pakatan Harapan (PH).

Mereka membangkitkan persoalan itu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said memberitahu Dewan Rakyat bahawa Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar akan dibawa ke Parlimen minggu depan.

Ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat mengingatkan sikap berdiam diri Najib dan Putrajaya hanya akan menyebabkan rakyat keliru mengenai isu itu.  

"Saya nak beritahu menteri di seluruh dunia kebelakangan ini ada 53 portal berita baik daripada yang paling hebat sekali seperti The Economist, Guardian, CNBC, MSNBC, CNN sehingga Middle Eastern News, Jakarta Post, Tempo dan The Straits Times, Bangkok Post pun melaporkan tentang 1MDB dan juga mengaitkan dengan perdana menteri.

"Kalau berita-berita ini tidak diiktiraf, yang menteri kata fake news, maka perdana menteri kena nafikannya atau saman mereka,” kata Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mengkritik kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Johari Jailani yang berkata semua maklumat mengenai 1MDB yang tidak ada dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) adalah berita palsu.

“Adakah kerajaan mempunyai monopoli terhadap fake news?” soal Sim.

Undang-undang Berita Palsu ke Dewan Rakyat minggu depan

Sim mencelah selepas Azalina memberitahu Dewan Rakyat bahawa Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar sudah diluluskan oleh Kabinet semalam.

“Saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa RUU Anti Berita Tidak Benar 2018 telah pun dibentangkan dan diluluskan di mesyuarat Kabinet semalam.

“Bacaan kali pertama rang undang-undang ini dicadangkan dibuat di Dewan Rakyat minggu hadapan.

“Sesi taklimat bersama ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang juga akan diadakan pada minggu hadapan,” kata ahli Parlimen Pengerang itu semasa menggulung perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum itu, Mohamed Hanipa Maidin bangun memberitahu Azalina bahawa kerajaan tidak perlu membentangkan undang-undang seumpama itu kerana Malaysia sebenarnya berdepan dengan masalah berita benar, bukannya berita palsu.

“Malaysia ini sebenarnya bukan masalah berita palsu, RM2.6 bilion ini benda benar tetapi perdana menteri tidak didakwa.

“Benda benar tidak dianggap satu perkara yang perlu dipertahankan. Benda benar pula orang kena tangkap.

“Jadi saya rasa tak payah bawaklah RUU berita palsu ini. Kita bukan hadapi masalah berita palsu kita ada masalah perdana menteri palsu. Fake prime minister!,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Hanipa merujuk kepada dakwaan RM2.6 bilion yang dilaporkan masuk ke dalam akaun peribadi Najib pada Julai 2015.

Hanipa memberikan contoh bagaimana Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang berdepan dengan pelbagai dakwaan dan hukuman kerana mendedahkan perkara benar. – 22 Mac, 2018

'Lidah biawak' menutur kata.......

Mudahnya kita menghalalkan yang haram
Fa Abdul · Diterbitkan pada 22 Mar 2018 7:00AM
Gambar hiasan

AKU ada seorang saudara bau-bau bacang yang dulunya bertugas di salah sebuah pejabat besar. Orangnya cukup alim, sembahyang lima waktu tak pernah tinggal, apa lagi aktiviti amal jariah.

Tapi ada satu benda yang saudara aku ni buat yang mana aku cukup tak berkenan – dia suka gunakan kedudukan dalam pejabat untuk meraih keuntungan bagi dirinya sendiri.

Pernah sekali kencenderungannya makan suap ditegur oleh ahli keluarga yang kurang senang dengan kegiatannya itu. Namun, alasan yang diberikannya tetap sama – pihak atasan yang sudah biasa menerima “hadiah” tidak akan melayan pihak bawahan yang enggan menerima “hadiah”, maka terpaksalah dia turut serta.

Mulanya aku kesian juga dengan saudara aku ni. Apa tidaknya, orang alim yang terpaksa berbuat dosa demi menjaga periuk nasi – kalau dia ketegaq, siapa lagi nak bagi makan anak bini serta kucingnya yang sebanyak lima ekor?

Tapi makin lama aku tengok, makin hebat pula gaya hidupnya. Kekayaannya makin melimpah-ruah – bukan saja rumah setingkat menjadi dua tingkat dan kemudiannya sebiji banglo, malah kereta tempatannya pula sudah lama ditinggalkan demi kereta import yang pada sangkaan aku hanya mampu dimiliki oleh golongan profesional.

Kalau nak dihitung, gaji bulanannya kalau digandakan tiga sekalipun takkan mampu memberikannya kehidupan yang semewah itu. Pada firasat aku, saudara aku itu pastinya sudah terbiasa dengan suapan sehinggakan mampu memiliki gaya hidup sedemikian.

Tempoh hari, aku terserempak dengan saudara aku itu, lalu kami pun duduklah berbual kejap.

Celoteh punya celoteh, keluarlah cerita pasal isu politik semasa.

“Pilihan raya tak lama lagi,” kata saudaraku memulakan cerita. “Harap-harap BN dapat ditumbangkan.”

Aku tersenyum sinis melihatnya yang berkobar-kobar menyokong barisan pembangkang.

“Kenapa sokong PH dan bukan BN, bang?” aku buat-buat bodoh.

“Takkanlah nak sokong pihak yang menyebabkan negara kita ni makin kucar-kacir, sampaikan dah heboh satu dunia bercakap pasal salah guna kuasa dan korupsi dalam kerajaan. Buat malu betul,” ujarnya.

Aku tersenyum lagi, tak tertahan mendengar kata-kata hipokratik dari mulut saudara ku.

“Dari segi Islam, berdosa besar kalau kita sokong pemimpin yang tidak beramanah serta lalai menjaga kebajikan rakyat, tau? Jika kita masih mahu memilih pemimpin yang sedemikian, ia adalah seolah-olah menyokong segala salah-lakunya juga,” bentaknya lagi.

Lucu aku mendengar luahan saudaraku yang berlidah biawak itu, seolah-olah terpadam sudah segala aktiviti pecah amanah yang dia sendiri lakukan sejak bertahun lamanya. Agaknya pada firasat saudaraku itu, ibadat haji serta umrah yang dijalankan berulang-kali menggunakan hasil kekayaannya itu sudah mampu menjernihkan hartanya yang bergelumang dengan dosa.

Sesungguhnya, ramai lagi makhluk-makhluk seperti saudara aku di bumi Malaysia ini. Begitu gah serta lantang bersuara kononnya mahu menumbangkan kerajaan korup, tapi semuanya kes tak sedar diri lantaran mereka sendiri juga korup satu ketika dahulu.

Pemimpin pembangkang pun tak jauh bedanya. Dahulu ketika di bawah ketiak BN, hebat mendukung papan tanda “Saya Sayang PM” sambil asyik tumpang sekaki menghirup kekayaan, tapi bila sudah ditendang keluar, barulah sibuk nak mengumpat tentang keburukan mereka.

Tapi Alhamdulillah, beruntung mereka semua kerana masyarakat kita ni berjiwa besar, segala kesalahan lampau mudah saja dimaafkan. Asal saja sesiapa menyokong pembangkang dan menentang kerajaan, segala dosa yang lampau dimaafkan dengan sekelip mata.

Patutlah saudara aku tu pun rilek sahaja mengutuk pemimpin korup tanpa mencermin diri sendiri. Baginya, segala kegiatan haramnya sudahpun dihalalkan masyarakat dek terlampau obses mahu mengubah pupuk kepimpinan negara.

Atas alasan yang sama jugalah aku selalu mendengar celoteh segenap lapisan masyarakat kita yang gemar menegakkan benang yang basah.

“Eleh, dia ambik sejuta je. Mana nak sama dengan 2.6 billion?”

“Eleh, dia nak tolong sedara mara dia je tu. Mana nak sama dengan NFC?”

“Eleh, dia dapat motosikal free sebiji je. Mana nak sama dengan kapal layar mewah?”

Aduhai. Mudahnya kita menghalalkan yang haram. Dan dalam masa yang sama, kita berterusan pula membebel tak nak menyokong pihak yang menjurus ke jalan haram.

Bunyinya memang macam lidah biawak bukan?

Sedihnya, jika beginilah perancangan kita untuk membina Malaysia baru, kita sudah pun tewas sebelum menang.

Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam. Mungkin kita sudah terlalu lama bergelut lumpur sehingga lumpur pun kini kelihatan seperti manikam. – 22 Mac, 2018.