Mahathir: Tanpa GST pun, Malaysia pernah jadi 'Harimau Asia'
Dr. Mahathir Mohamad | Dikemaskini 21 Mac 2018, 4:03 petang
ULASAN l Najib dan konco-konconya masih cuba pertahan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai amat penting bagi kewangan kerajaan. Kononnya tanpa GST kerajaan tidak boleh berfungsi, tak dapat bangunkan negara.
Bahawa negara ini berjaya dibangunkan dahulu sehingga mendapat gelaran “Harimau Asia” tanpa GST tidak disebut sama sekali.
Sebenarnya pendapatan kerajaan tiap tahun sejak 2009 hingga 2017 jauh lebih tinggi (tiga kali ganda) dari pendapatan kerajaan pada 1995-2002. Dengan pertambahan pendapatan yang begitu besar apa perlunya cukai tambahan seperti GST.
GST adalah faktor terbesar yang menyebabkan kos sara hidup melambung tinggi. Dengan ditarik balik berbagai subsidi termasuk minyak tekanan ke atas rakyat, terutama golongan miskin dan yang berpendapatan sederhana amatlah berat.
Sudah tentu kos sara hidup akan turun jika GST dihapuskan.
Penghapusan GST tidak akan menjejaskan pentadbiran dan pembangunan negara. Jika hari ini GST diperlukan sebabnya ialah kerana banyak wang Kerajaan disalah guna dan dibazirkan. Salahguna ini menjadi begitu besar menjelang PRU 14.
Sogokan kepada pengundi meningkat dengan mendadak. Wang tunai beribu ringgit diberi kepada pengundi tanpa sebab. Di tiap-tiap negeri diadakan ekspo mempamer jabatan-jabatan kerajaan.
Swasta dipaksa ambil bahagian dalam ekspo ini. Hadiah yang diberi kepada pelanggan cabutan nombor bertuah termasuk rumah dan tanah, kereta dan motosikal, beras berkampit kampit, alatan dapur dan bermacam lagi. Bermillion ringgit duit kerajaan disalah guna untuk sogokan ini.
Kontrak kerajaan dinaikkan nilai supaya sebahagian diselewengkan untuk kegunaan parti kerajaan dan orang tertentu.
Hutang kerajaan sekarang sudah hampir 1 trillion. Hutang 1MDB sekarang dibeban kepada kementerian kewangan. Bayaran faedah hutang ini menelan ratusan juta ringgit.
Walaupun hutang sudah begitu tinggi, Najib hutang lagi. Keretapi Pantai Timur tidak berdaya maju tetapi pembangunannya dirancang supaya boleh hutang lagi. Lima puluh lima billion ringgit di hutang dari negara China untuk ECRL walaupun keperluan hanya RM35 billion.
Dirancang lagi keretapi laju dari Singapura ke Kuala Lumpur. Ini memerlukan RM 60 billion. LRT/MRT Kuala Lumpur akan telan berbillion lagi.
Dahulu tanpa GST negara bangunkan Lebuhraya Utara Selatan, landasan keretapi berkembar elektrik, Lapangan Terbang KLIA dan di bandar-bandar lain, pelabuhan-pelabuhan, jaringan lebuhraya, pembangunan luar bandar, sekolah, universiti, hospital, bekalan air dan stesen janaelektrik dan bermacam lagi.
Sesungguhnya tanpa GST pembangunan dan pentadbiran negara tidak terjejas bahkan lebih hebat dari sekarang. Hutang negara juga tidak begitu tinggi. Beban bayaran hutang tidak memakan peratusan yang tinggi dalam belanjawan negara.
Dengan pendapatan kerajaan jauh lebih tinggi dari dahulu, pentadbiran dan pembangunan negara sepatutnya ternampak jelas. Tetapi hakikatnya tidak banyak pembangunan terlihat dan yang meningkat dengan tinggi ialah hutang.
Sesungguhnya bukan sahaja GST tidak diperlukan tetapi hutang juga tidak perlu dipinjam dengan begitu banyak.
GST tidak diperlukan. Yang penting ialah pentadbiran dan pembangunan negara dibuat secara berhemah, tanpa pembaziran, tanpa rasuah.
Jikalau dahulu kita dapat bangunkan negara sehingga dikenali sebagai Asian Tiger, tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh bangunkan negara dengan lebih baik dengan pendapatan kerajaan jauh lebih tinggi tanpa GST.
Di bawah ini diperturunkan angka-angka pendapatan Kerajaan antara tahun 1995 hingga 1997, pendapatan antara tahun 2000 hingga 2002, dan pendapatan antara tahun 2009 hingga 2017.
* TUN DR MAHATHIR MOHAMAD adalah bekas perdana menteri yang kini mempengerusikan gabungan pembangkang Pakatan Harapan.

Makcik Felda tak kisah GST pasal dalam kebun sawit senang nak tangkap biawak ngan babi utan buat lauk. Pasukan berunifrom lagi la tak kisah pasal semua dapat free lanun Bugis tanggung makan minum anak bini mak bapak atok wan diorang! Penjawat awam nganga mulut luas luas tadah kencing pemimpin UMNO.. NGOK! Kah kah kah.
ReplyDelete