Hasil Pelacuran Diterima Tuhan, Asalkan Jujur – Shinta Ratri
By Some Random Guys - September 29, 2017
YOGYAKARTA, INDONESIA: Islam menerima golongan transgender kerana Islam merupakan rahmat untuk seluruh alam, dakwa Shinta Ratri, pengasas Pondok Pesantren Waria Al-Fatah, satu-satunya madrasah pengajian agama khusus buat golongan waria atau mak nyah di Indonesia.
Mak nyah yang berusia 55 tahun itu juga mendakwa hasil pelacuran seks sumbang sesama jenis adalah diterima di mata Tuhan, asalkan pekerjaan itu disertakan dengan sikap yang jujur.
Meskipun penubuhan madrasah golongan mak nyah itu pernah mendatangkan kemarahan umat Islam Indonesia, namun itu tidak melemahkan semangat beliau dalam perjuangannya untuk memartabatkan kedudukan golongan mak nyah dalam agama.
Shinta Ratri berkata, “Kami mahu buktikan Islam menerima golongan transgender, dan Islam merupakan rahmat untuk seluruh alam.
” Menurut mak nyah yang pernah menjalani hidup sebagai isteri kepada lelaki sebanyak dua kali ini, agama tidak sewajarnya dijadikan alasan bagi mengharamkan kewujudan golongan mak nyah kerana menurutnya Islam itu sendiri adalah rahmat bagi seluruh alam, termasuklah bagi golongan mak nyah.
“Kami memahami Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin – Islam yang menjadi rahmat seluruh alam. Ketika agama digunakan menyakiti dan menyeksa orang, itu sudah di luar koridor rahmat seluruh alam,” ujar beliau.
Memandangkan ramai daripada penuntut Pondok Pesantren Waria masih lagi aktif mencari nafkah dengan melacur, Shinta Ratri kerap ditanyakan perihal hukum pendapatan tersebut menurut agama Islam.
“Mak nyah bertanyakan kepada saya adakah melakukan pekerjaan seks adalah haram,” kata Shinta.
Jelas beliau, sekiranya transaksi pekerjaan seks itu adalah jujur, dan mereka tidak menggunakan hasil pelacuran itu untuk membahayakan orang lain tetapi untuk menjalani kehidupan yang baik, oleh itu amalan mereka adalah diterima di mata Tuhan.
Penjelasan ini dikatakan amat menenangkan kegelisahan para penuntut madrasah tersebut dan mengukuhkan lagi ‘iman’ mereka.
“Ini merupakan persoalan yang amat menekan mereka; mereka tidak mempunyai jalan lain bagi mendapatkan wang.
” Menurut Shinta Ratri, madrasah tersebut berjaya menarik sokongan pemimpin-pemimpin agama setempat. Beliau mendakwa ramai profesor dari universiti-universiti Islam datang memberi penghargaan kepadanya atas perit jerih usahanya membimbing komuniti mak nyah.
Menurut beliau lagi, Nahdlatul Ulama, organisasi agama yang paling berpengaruh di Indonesia dengan ahli seramai 50 juta orang itu juga “amat menyokong” usaha beliau ini.
Selain dari menjadi tempat ibadah bagi golongan mak nyah, adalah menjadi matlamat bagi madrasah tersebut untuk menggunakan Islam untuk memperjuangkan hak golongan mak nyah.
“Kami perlu mendidik masyarakat mengenai kaum mak nyah, dan kami harus memberi tekanan kepada kerajaan agar mereka memperakui bahawa kami juga mempunyai hak yang sama,” kata beliau.

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
ReplyDelete(yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam salatnya,
dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
dan orang-orang yang menunaikan zakat,
dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
kecuali terhadap istri-istri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.
Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya,
dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,
(yakni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.