Tak faham kartun? Zunar tawar kursus ‘ketawa’
Kartun 'dedak' dan 'derma' itu timbul kerana isu hangat melibatkan wang derma RM2.6 bilion
PETALING JAYA: Kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar hari ini mempersoalkan respon marah terhadap sebuah karikatur mengenai duit raya, dan berkata ia tidak salah dari segi etika dan budaya.
“Jika kartun begini dianggap jenayah, kartun-kartun satira lain seperti ‘Senyum Kambing’ juga jenayah dan juga patut disiasat. Saya tidak faham IQ dan mentaliti orang-orang berkuasa di Malaysia,” kata Zunar merujuk kartun terbitan Utusan Malaysia yang kerap menghentam pembangkang.
Zunar berkata rujukan “dedak” dan “derma” dalam kartun itu merupakan rententan isu hangat yang diperkatakan di Malaysia.
“Ia timbul selepas ada orang mengambil wang 2.6 bilion dan dikatakan sebagai derma dan kemudian memberi imbuhan (dedak) kepada pengikut-pengikutnya supaya menutup mulut.
“Memang menjadi tanggungjawab kartunis untuk membawa isu-isu semasa dalam setiap karya-karyanya,” katanya.
Kartun yang menjadi kontroversi itu menggambarkan dua orang kanak-kanak, di mana salah seorang bertanya, “Tahun ini, kami tak mintak duit raya, kami mintak derma,” dan dibalas, “Tak dapat derma, dedak pun OK.”
Sebelum ini, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming menafikan memuat naik kartun tersebut di laman Facebooknya.
Semalam, penunjuk perasaan berbaju merah berkumpul di hadapan ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, menuntut Nga memohon maaf sambil membawa sepanduk “penghina Islam harus dihukum” dan “DAP rasis”.
Bagaimanapun, Zunar mengingatkan amalan memberi duit raya berasal daripada budaya Cina dan bukan budaya Melayu.
Justeru, beliau bersedia menawarkan kursus membimbing mereka yang tidak faham mengenai kartun.
“Saya sanggup menerima jemputan untuk mengadakan kursus tersebut di mana juga.
“Saya khuatir kerana kurang ketawa boleh meningkatkan depression dan mengundang berbagai penyakit.
“Saya percaya tidak ada sebuah bangsa yang akan maju jika mereka sudah tidak tahu ketawa,” kata Zunar.
# mereka bukan tak faham, tetapi kerana sentimen dan emosi bodek, mereka saja buat-buat bodoh!
# mereka bukan tak faham, tetapi kerana sentimen dan emosi bodek, mereka saja buat-buat bodoh!
No comments:
Post a Comment