Wednesday, July 13, 2016

Wan Rahim dan Husam cuba perangkap Mat Sabu?

*```Wan Rahim & Husam Cuba Perangkap Mat Sabu Pada Perjumpaan Raya PAN di Kota Bahru```*

Saya telah menulis semalam Husam dilema kerana parti PAN tak nak terima dia. Macam mana pimpinan PAN nak terima, pimpinan PAN adalah pimpinan PAS sebelum ini memang kenal perangai Husam yang banyak menyusahkan parti PAS. Dia ibarat duri dalam daging. Takkan bodoh PAN nak ambil duri yang PAS buang nak masuk dalam tubuh PAN!

PAN Kelantan buat perancangan menjemput Mat Sabu dan sebahagian besar pimpinan PAN datang ke Kelantan untuk majlis bersama perantau semalam 6 haribulan. Yang boleh datang hanya Mat Sabu dan Hasnol sahaja.

Dalam majlis berkenaan sebelum dialog dimulakan pengerusi majlis telah mengemukan 2 soalan, satu untuk Mat Sabu dan satu lagi untuk Husam Musa.

Rupanya majlis ini adalah perangkap PAN Kelantan kepada Mat Sabu untuk mendapat kenyataan rasmi Mat Sabu menyokong kemasukkan Husam dalam PAN.

Soalan pengerusi

_*```"Apakah perancangan terperinci abang Mat untuk menerima Husam ke dalam parti AMANAH (PAN) dan sekiranya abang Mat terima adakah kemasukkan Husam memberikan infak positif atau negetif kepada parti AMANAH (PAN)?```*_

Mat Sabu ambil masa hampir 20 minit untuk jawab soalan ini (Pembaca boleh dapatkan video perjumpaan ini). Mula-mula cerita gerakan Islam seluruh dunia, kemudian cerita PAS zaman Tok Guru Nik Aziz. Bila Mat Sabu sedar dia tak menjawab dia seleroh kononnya ini baru pengenalan untuk menjawab soalan.

Kemudian Mat Sabu merepek lagi pasal PAN boleh mengatasi PAS di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Katanya undi di bandar PAN mengatasi PAS (Tak pun dibandingkan dengan UMNO) kononnya orang bandar dapat maklumat dan undi luar bandar orang kampung tak ada maklumat. Mungkin Mat Sabu sangka orang luar bandar Perak masih pakai cawat dan kenal telefon pasal itu tak dapat maklumat. Itulah dangkalnya analisis PAN dan itu 'hiburan' untuk menyedapkan hati ahli PAN kononnya mereka hebat daripada PAS.

Sampai akhir Mat Sabut tak sebut pasal penyertaan Husam Musa dalam PAN.

Kalau dalam peperiksaan Mat Sabu dapat markah kosong, walaupun dia jawab 5 helai kertas kajang tetapi oleh kerana tidak menjawab soalan tak ada markah boleh diberikan. Markah simpati pun tak dapat.

Soalan kedua ditujukan kepada Husam sebenarnya perancangan untuk menjawab sekiranya Mat Sabu tawar Husam masuk parti PAN.

Jadi terpaksa Husam sebut "Sekiranya saya ditawarkan..... dan ...mungkin saya dijemput dalam majlis khusus"

Hasil perjumpaan itu HUSAM MENJADI MAKIN MERANA... TAK TAHU NAK BERTAPAK DIMANA?

Siapa nak buah yang 'buruk'?

_```HajiHassanOmar.blogsport.com```_

# Ini tohmahan untuk adu domba atau fitnah?
   Yang aku nampak dari tulisan blognya Haji Hassan ini adalah orang PAS atau penyokong    PAS!
   isu ni aku terima dari WhatsApp dan aku perturunkan dengan cnp tanpa edit

8 comments:

  1. Ibnu Hashim, OmakKau dan Hj Hassan Omar adalah blogger yang sentiasa mencari retak menanti belah dalam gabungan PH. mereka ibarat lintah yang sentiasa mencari bahagian mana di kaki manusia yang terluka untuk dihisap darahnya. Gerak dan laku mereka selalunya terlebih sudu dari kuah dalam menceritakan sesuatu isu. Lebih menonjol lagi mereka ini adalah blogger yang cari makan dengan UMNO dan PAS, tapi malangnya setiap isu dan laporan mereka amat kurang mendapat sambutan serta perhatian serius.

    ReplyDelete
  2. Haji Hasssan Omar adalah blogger penyokong tegar PAS. Setiap tulisan beliau menjurus ke arah memperlekehkan pemimpin-pemimpin AMANAH dan juga pemimpin berpengaruh yang dipinggirkan oleh PAS seperti Husam Musa.

    Saya suka membaca perbezaan pandangan, namun agak mengecewakan kerana ulasan orang ini kurang intelek dan terlalu berat sebelah.....

    ReplyDelete
  3. Blogger perut busuk.Barangkali dilatih untuk cari yang busuk-busuk oleh 'jurulatihnya'
    Mountdweller pon satu. Rajin la publish buah fikiran busuk macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahmadmusadik sham

      Saja saya published untuk tatapan kelainan fikiran dan persepsi untuk kita nilai bagaimana bentuk pemikiran sipenulisnya.

      Delete
  4. Blogger perut busuk.Barangkali dilatih untuk cari yang busuk-busuk oleh 'jurulatihnya'
    Mountdweller pon satu. Rajin la publish buah fikiran busuk macam ni.

    ReplyDelete
  5. Orang Pas dan umno memang tak senang hati dengan PAN..pas dah punah ranah..

    ReplyDelete
  6. Hj. Hassan Omar ni tulisannya banyak ikut imaginasi dan andaian dia saja...

    ReplyDelete
  7. Tepat sekali komen di atas. Blog ini adalah atas dasar emotional...

    ReplyDelete