Saturday, July 16, 2016

Terima kasih banyak-banyak abang Anwar

July 15, 2016
Anwar Ibrahim harus serah pada Allah dan yang selebihnya rakan Pakatan Harapan akan perjuangkan untuk mencapai matlamat pembebasannya.
KOMEN
Khairuddin Abu Hassan
Saya sekali lagi dengan penuh rendah diri ingin mengangkat topi serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas segala sokongan beliau kepada penubuhan parti baharu yang sedang ditunjangi Tun Dr Mahathir Mohamad.
Saya amat komited serta sokong penuh dengan mana-mana daya usaha ke arah untuk membebaskan Anwar dari penjara Sungai Buloh.
Insya-Allah, pertamanya Anwar harus serah pada Allah dan yang selebihnya akan saya bersama semua rakan Pakatan Harapan perjuangkan untuk mencapai matlamat pembebasannya.
Komitmen saya 200% dan akan turut gembleng tenaga dengan semua pemimpin Pakatan Harapan bagi mencapai matlamat ini.
Keseluruhan barisan parti pembangkang harus bersatu dan berkoordinasi secara mantap sekiranya kita ingin menewaskan BN pada PRU14 kelak.
Rakyat hanya mahu melihat perpaduan jitu sesama kita sebelum mereka berikan mandat ke arah memenangkan barisan pakatan baharu.
Adalah tidak mustahil untuk kita secara sepakat dan sepadu bagi mencapai matlamat tumbangkan BN. Malah, keseluruhan rakyat jelata sudah jelak dengan segala amalan salah laku, salah guna kuasa serta korupsi BN.
Setakat ini pemimpin Umno pun sudah dapat meramalkan nasib mereka pada PRU14 kelak cuma mereka sedang berlakon dan syok sendiri saja seolah-olah BN masih relevan.
Hakikatnya, BN sudah tidak relevan lagi. Rakyat khususnya generasi muda sedang menolak BN masa kini.
Secara jujur dan ikhlas juga saya ingin menasihati pemimpin Umno dan BN agar jangan terlalu angkuh. Kami akan buktikan kepada mereka kemampuan kami secara sepakat dengan semua daripada Pakatan Harapan untuk tawan Putrajaya kali ini. Insya-Allah dengan izin Allah ia akan menjadi realiti.
Korupsi kepimpinan BN pada masa kini mesti dilawan secara habis-habisan dan bermati-matian. Najib Razak selaku perdana menteri paling korup mesti disingkirkan dengan kadar segera kerana beliau juga merosakkan setiap institusi kerajaan di negara kita bagi mempertahankan kedudukannya yang amat goyah ketika ini.
Saya berdoa Anwar dianugerahkan kesihatan terbaik dan bersabar sikit saja lagi.
Dengan izin Allah saya amat yakin tidak lama lagi hasrat untuk membebaskan beliau dari penjara akan menjadi realiti. Amin.
Sekali lagi; terima kasih banyak-banyak abang Anwar di atas segala rangsangan yang diberikan kepada kami untuk berpakat secara tulen dan mantap bagi merealisasikan agenda tawan Putrajaya.
- Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ialah bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan.

2 comments:

  1. Anwar Ibrahim ini Melayu Melayu

    Melayu yang tahu jadi Melayu hamba Allah dan takut Seksa Kubor

    Hidup Anwar !!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Reformasi yg berterusan atas dayausha DSAI mengaduni hala tuju pihak pembangkang yg kian berkembang demi Rakyat Dan Negara, bertekad menghapuskan pahaman sempit umnobn,.agar dikuburkan semuanya,.

    ReplyDelete