Friday, July 15, 2016

Satu nasihat kepada parti-parti PH: Aikk......siapa PAS kepada PH?

'Tak mungkin PAS akan bersama HARAPAN'
 Alyaa Azhar -  14 Jul 2016, 5:45 petang
Tawaran gencatan senjata sesama pembangkang oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak boleh ditafsirkan sebagai percubaan untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (HARAPAN), kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali.

"Tak ada sebarang (usaha) untuk bersama (dalam) Pakatan Harapan. Tak mungkin berlaku," katanya.

Khairuddin berkata PAS cuba membina satu sistem politik baru yang tidak terhad kepada sistem dua parti.

"Sistem dwi-parti ternyata merosakkan kerana setiap parti akan memejam mata (atas) kesilapan parti mereka, akan mempertahankan kerosakan dan kebatilan.

"Itu berlaku dalam Pakatan Rakyat sebelum ini. Lihat banyak onar dalam DAP tapi kita pejam mata kerana menjaga Pakatan Rakyat, itu bahaya bagi negara," katanya.

Sementara itu, Khairuddin berkata, kenyataan Tuan Ibrahim adalah semata-mata satu nasihat kepada parti-parti Pakatan Harapan.

"Kenyataan Tuan Ibrahim menyeru supaya Pakatan Harapn tak perlu menyerang PAS dalam menentang Umno, jadikan Umno sebagai musuh politik, itu sahaja," kata Khairuddin.

Berhubung gesaan Tuan Ibrahim supaya parti-parti pembangkang berkompromi, Khairuddin berkata ia adalah dalam konteks berhadapan dengan Umno.

"(Kita) tak pernah terkhilaf dalam isu itu.

"Tapi Pakatan Harapan secara jahat cuba menggambarkan PAS telah mula bersama Umno. Itu adalah satu tohmahan yang sangat jahat, satu usaha untuk merosakkan reputasi PAS.

"Semua orang tahu PAS antara parti awal berjuang menentang Umno, PAS konsisten menentang Umno," katanya.

# aku dah kata hari ini TITM kata gini.......esok pemimpin laian akan kata lain pula!
bukankah betul gitu jadinya? Itulah PAS hari ini!

2 comments:

  1. Goblok banget orang orang PAS ini

    Kasihan

    Melayu semua tu pulak

    Tak malu ke CINA INDIA tengok orang PAS macam ini , BODOH dan tak ada COMMON SENSE dalam ber fikir

    Bodoh sangat ke Melayu nih ????

    Tengok muka muka sah tak nampak bijak.

    ReplyDelete
  2. Perbetul kan diri kamu dulu pak Lebai Ooii,.jangan mengatal nak menesihatkan PH, kamu tu siapa lah Sangat,.?? Lebih baik kamu kelaut mencandat sotong dengan Bos kamu dapat juga rezki yg halal untuk Sara anak bini kamu dari bercakap mengikut siku dan Lutut tak Ada siapa yg ambil tahu,.ABU

    ReplyDelete