Tuesday, July 5, 2016

PRU 14: PAS parti penampan UMNO?

PAS - PRU 14 adalah parti penampan UMNO

Berdasarkan perkembangan semasa khususnya dalam kontek realiti PRU 14, pertandingan tiga penjuru, sesuatu yang sememangnya akan berlaku. PAS tidak akan bersedia untuk bergabung dalam PH. Sebaliknya PAS akan dijadikan parti "penampan" kepada UMNO-BN, bermakna PAS akan menyertai PRU 14 atas sifat pemecah undi, berperanan untuk menarik penyokong tegar daripada lari kepada parti-parti lain, khususnya PH, bagi memastikan kemenangan UMNO.

Hakikatnya PAS tidak akan menyertai BN sebaliknya  akan berperanan seolah-olah "menentang" BN, namun tidak bermusuhan dengan UMNO. Ini sejajar dengan pengisytiharan UMNO bahawa PAS bukan lagi musuh UMNO. PAS dengan agenda taawun (bererti tolong menolong) akan bersikap mesra UMNO. Ini bermakna kerjasama PAS-UMNO akan berlaku secara tersirat.

UMNO dan media arus perdana tidak akan menyerang PAS, sebaliknya PAS akan diberi ruang dan peluang di media perdana untuk menyerang PH. Tujuan utama adalah untuk menonjolkan apa yang dislogankan oleh PAS hari ini, iaitu memperjuangkan politik matang. Politik matang bagi PAS, apabila mereka tidak lagi mempersoalkan akan integriti, salah guna kuasa, penindasan, penyelewengan dan kebobrokan dalam urus tadbir yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO.

Atas hakikat inilah PAS boleh menafikan isu 2.6 billion dan  1MDB umpamanya dengan anggapan ia lebih bercorak pentadbiran yang boleh diselesaikan. PAS hari ini wujud atas landasan Nasionalisme Melayu Islam (walau pun PAS mengatakan bahawa mereka adalah parti Islam). Pemikiran PAS hari ini lebih berfokus kepada kepercayaan, "seburuk-buruk UMNO, zalimnya UMNO namun UMNO tetap Melayu dan Islam, sebaik-baik DAP, namun DAP tetap kafir, haram bersekongkol dengan kafir untuk menjatuhkan Islam", inilah sentimen yang akan disebarkan oleh PAS.

PAS akan menyertai PRU 14 dengan komitmen untuk mencari redha Allah, bermakna bukan berfokuskan untuk mendapatkan "kemenangan bagi mencapai redha Allah". Ini  bermakna, sasaran PAS adalah untuk menentukan UMNO beroleh kemenangan, oleh itu mencipta pertandingan berbentuk tiga penjuru, sebagai strategi membina polarisasi pengundian akan menyebabkan berlakunya perpecahan undi di samping akan mengeliru pengundi. Dalam situasi ini, PAS tentunya secara tidak langsung akan membantu kepada kemenangan UMNO.

Berdasarkan keadaan ini, walau pun PAS akan kehilangan banyak kerusi, sama ada di Parlimen atau pun di Dewan Undangan Negeri, namun beberapa orang daripada ahli PAS yang berkemungkinan akan memenangi kerusi Parlimen akan diberikan jawatan menganggotai kabinet. Manakala kerusi Senator akan diagihkan kepada beberapa individu PAS sebagai imbalan tethadap peranan PAS. Berdasarkan realiti ini, maka usaha untuk  membentuk "Unity Goverment" sebagaimana yang dihasrat PAS akan terlaksana. - Kamarudin Musa

3 comments:

  1. Itulah buktinya PAS adalah parti yang berprinsip munafik dan menjadi pengkhianat kepada keseluruhan rakyat yang kini ditadbir oleh penzalim dan penindas rakyat. Di war-warkan yang dasar parti adalah mengikut Islam, tetapi di permukaannya penuh dengan sifat munafik, khianat dan busuk hati. PAS kini tidak sesuai sama sekali menggunakan nama Islam dan lebih sesuai digantikan nama parti tersebut kepada Parti Flip Flop Semalaysia (PFS). Kepada Admin semoga diberi Allah SWT kesihatan yang amat baik dan teruskan dengan media anda dan ianya tetap menjadi pilihan no.1 saya. Selamat berhari Raya Aidil Fitri Maaf Dzahir dan Batin.

    ReplyDelete
  2. Walaun PIS tak akan keberatan utk memberikan persetujuan krn kebetul-bendulan mereka.... apa saja kata-kata mr presideng dah dianggap saperti wahyu..na'am ya ro'is!!

    ReplyDelete
  3. Wahai semua penyokong PAS, mari kita sama sama memenangkan BN dalam PRU14. Selama ini kamu dalam PAS apa yang kamu dapat..yang duduk kedai kopi, habis pilihanraya duduk balik kedai kopi, yang meniaga balik meniaga, yang keja gomen balik makan gaji duit BN..nah jalan yang terbaik mari bersama BN. PAS la ni dah macam kapal buruk hanyut tanpa kompas.
    Beralih kepada UMNO jalan terbaik PAS.
    Pemimpin PAS pon dan berjinak dengan BN..Apa tunggu lagi, Yang dulu kita maki hamun boleh tarik balik...yang dulu kita hina boleh maafkan balik.

    ReplyDelete