Wednesday, July 13, 2016

PAS tawar 'gencatan senjata': Boleh pakai ke ni......hari ini TITM cakap, esok orang lain cakap lain pula!

PAS tawar 'gencatan senjata' pada Pakatan Harapan
mk   -   Hari ini 13 Jul.2016, 2:06 tengahari
PAS hari ini menyeru “gencatan senjata” sesama pembangkang, sebaliknya menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.

Timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berharap pertelagahan sesama mereka kini dapat ditamatkan demi rakyat dan masa depan negara.

“Pertama, parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar Umno-BN.

“Jangan pedulikan tulisan murahan tentera siber yang suka melagakan antara satu sama lain. Golongan ini akan ada di setiap zaman dan tempat.

“Apa yang penting dilihat ialah masa depan negara.

“Kerana masa depan rakyat, agama, bangsa bahkan parti politik hanya akan wujud bila adanya kestabilan negara,” kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya hari ini.

Katanya, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan – DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) – perlu bertolak ansur dan mencari titik persamaan tanpa membelakangkan dasar masing-masing.

“Banyak persamaan yang perlu diutamakan berbanding hanya beberapa perkara sahaja yang berbeza.

“Dalam mewujudkan toleransi politik yang baik, tentulah usaha perlu diambil bagi memperbesarkan persamaan dan mengecilkan ruang perbezaan,” katanya.

PAS sebelum ini memutuskan hubungan dengan DAP setelah perbezaan pendapat dan perbalahan berterusan dalam isu pelaksanaan hudud.

Langkah itu menyebabkan Pakatan Rakyat, yang dianggotai mereka bersama PKR terkubur.

DAP dan PKR kemudian membentuk gabungan dengan serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH).

Manakala PAS memilih kerjasama baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pimpinan bekas menteri Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

# pada aku sebut jer PAS dan Hadi, aku dah lontar jauh-jauh kecuali orang lain pula yang menjadi Nakhoda, serta komander jenis yang tahan mabuk!
Tentera cyber yang murahan atau mulut penglima mentah yang menuturkan itu sememangnya busuk dan berjiwa haprak?

Dan......benarkah musuh mereka adalah UMNO/BN?

Apakah benar hubungan PAS-DAP terputus semata-mata kerana Hudud?

5 comments:

  1. Muka mana boleh pakai pun

    Nama sudah burok macam MAT GERMAN lah

    Pegi dah !!!!!!

    ReplyDelete

  2. 10 kali wak Mustarjo yg berlakun dgn p ramlee tuu aku leh CAYA berbanding dgn sidogol yg bertanjak 2 keris nih...haha

    Depa nih berputar2 berbelit2 nak menipu tunjuk baik..

    Ingat tak lg, yg terapong2 kat tasik kenyir t.hari, depa nih sume kaki putar taik/najis kat kipas siling abis busuk nama Islam dibuatnya

    Mati idup balik sume nya sekor pun tak leh caya
    bagi kat buaya jer klu buaya tu masih ade selera kot

    ReplyDelete
  3. Tuan Ibrahim..tak poleh pakai sekor ni. Tuan ni lebih baik jadi imam masjid jer.. Tidak ada tokoh lansung.. Jenis hari ini cakap lain esok cakap lain... Kalau kena ugut sikit dah goyang..huh

    ReplyDelete
  4. Dalam PAS ada, spender besar, ada porno german, ada velfire, ada siku dan lutut, ada kapir mengkafir, ada penasihat, ada pencandat sotong, ada penceramah copy paste..banyak lagi...

    ReplyDelete