Sunday, July 3, 2016

Mengapa LGE selepas DSI?

MENGAPA LIM GUAN ENG SELEPAS DSAI ?? INI BUKAN SOAL LIM GUAN ENG ITU CINA TETAPI MELAYU UMNO NAK SELAMATKAN NAJIB DARI SKANDAL BILLION RINGGIT DAN BERKUASA SEMULA.

PERISTIWA

Rentetan peristiwa sejak DSAI dipenjara, isu 1mdb, campor tangan di Jabatan sprm, polis, ag, bank negara dan penangkapan pendakwaan pemimpin2 pembangkang terbaru Lim Guan Eng seterusnya menarik Parti Islam yang membawa sifat sifat "Khawarij dan Assobiyyah", Semua ini tidak payah dicerita lagi.........jelasnya BN UMNO mahu mengekalkan kuasa dengan cara tradisional meraka.

Tun Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Yassin, Dato' Seri Paduka Mukhriz bin Mahathir,  Datuk Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) dan ahli ahli umno tegar pendokong mereka ini dibawah panji panji Deklarasi Rakyat tentunya tahu formula ini, dan adalah sangat jelas kepada rakyat bahawa Gabongan Pembangkang Pakatan Harapan Rakyat tidak dapat tidak penyatuan dua kuasa pembangkang ini wajar bersatu dalam satu pasukan.

Adalah malang jika ada rakyat yang cinta kan keamanan, keadilan, menyelamatkan dana Negara dan berhajat menghukum penyamun itu, masih mengangap penangkapan Lim Guan Eng ini sesuatu yang wajar tanpa mengkaji/mengesan plan politik jahat yang menjadi senjata ampuh setiap kali BN UMNO mempertahankan kuasa mereka sejak zaman berzaman.

Episod ini tidak akan berakhir disini, beberapa siri melemahkan struktur Pakatan Harapan Rakyat akan terus dilakukan sebelum pengistihar pembubaran Parlimen. Tidak terkecuali panji panji Deklarasi Rakyat akan juga di robek oleh rejim Najib,

Bagaimana Rakyat boleh membantu?? ya memahami percaturan politik jahat Najib ini amatlah perlu dan sebarannya wajar diperluaskan kepada rakyat jelata, Cukuplah KITA DIPERBODOHKAN DENGAN POLITIK "KHAWARIJ DAN ASSOBIYYAH"

PRESTASI

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Berita ini sudah cukup membuktikan betapa pentingnya melumpuhkan Pemimpin2 Pakatan Harapan Rakyat.

Ulasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam Malaysia kini sepatutnya berbunyi, "Jelas sekali, slogan DAP sebagai parti politik yang paling bersih di Malaysia adalah BENAR sama sekali selepas penahanan Guan Eng hari ini.

"Ketelusan dan akauntabiliti harus diamalkan Kerajaan Persekutuan, bukan sekadar di bibir sahaja, seperti dua Negeri Pembangkang Pulau Pinang dan Selangor, Ketelusan membina Negeri dengan pendapatan yang tidak pernah BN UMNO capai seperti yang dilakukan DAP dan PKR amatlah membahayakan BN UMNO"

Pendapatan sekitar 3 Billion dan berlumba lumba dikedudukan pertama dan kedua oleh Negeri Pakatan Harapan ini dalam menjana pendapatan Negeri telah disahkan oleh KETUA AUDIT NEGARA di setiap tahun belanjawan di kedua dua Kerajaan Negeri ini. Rekod ini belum pernah di capai ketika kedua dua Negeri ini di bawah BN UMNO.

Statistik MIDA menunjukkan DDI ke Pulau Pinang bagi tempoh 2008-2013 berjumlah RM13 bilion, berbanding RM 5 bilion di bawah pentadbitan BN UMNO bagi tempoh 2002 – 2007. Manakala FDI bagi tempoh sama pula mencatat jumlah keseluruhan RM40 bilion, berbanding RM21 billion bagi tempoh 2002-2007di bawah BN UMNO.

Hasil negeri Selangor yang dianggarkan pada tahun 2015 berjumlah RM 1.97 bilion telah melonjak kepada RM 2.05 bilion berbanding perbelanjaan sebenar RM 1.50 bilion sehingga 30 September 2015.

Rizab negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan pada 30 September 2015 berjumlah RM 3.58 bilion berbanding RM 3.2 bilion pada 31 Disember 2014. Peningkatan rizab melebihi 12 peratus.

Prestasi cemerlang berturut turut sejak tahun 2008 hingga 2016 oleh 2 Kerajaan Negeri Pakatan Harapan ini lah yang membuatkan BN UMNO mencari apa saja peluang walau pon terpaksa mengunakan atau memanupulasi undang2 sedia apatah lagi jika ada peluang mempersalakan Ketua Menteri adan Menteri Besar

POLITIK DAN PELUANG

Pakatan Harapan sekali lagi tidak belajar dari kesilapan Pakatan Rakyat khas nya PKR dan DSAI, dimana sedikit kelemahan terutama intergriti akan sentiasa dijadikan peluang BN UMNO untuk menambat hati rakyat dengan menghukum secara undang undang.  Bagaimana perlaksanaannya walaupon nampak jangal atau zalim itu sudah tidak lagi penting buat mereka asalkan peluang itu ujud. Apakah Pakatan Harapan sudah kurang bijak pandai??

Sehinggakan dalam mempunyai 2 Kerajaan Negeri yang paling kukuh pon masih terkial kial mengunakan peluang yang ada untuk merampas dua DUN PRK yang baru lalu, jika diambil sejarah P.093 Sg. Besar, apa kah yang Kerajaan PKR buat dengan kawasan teguh UMNO ini? tidakkah dana yang ada di Selangor tidak cukup untuk menawan kawasan yang belum pernah di menangi oleh pembangkang ini, Kecuali P,067 Kuala Kangsar Perak yang agak sukar tanpa Kerajaan Negeri, tetapi jika Pakatan Pembangkang bersatu tiada yang mustahil.

Jika diambil kira PRK lalu apakah Pakatan Pembangkang mampu merampas Putrajaya?? Ya BN UMNO dengan segala kekuatan jentera dan kuasa Persekutuan mereka mampu bukan saja mengekalkan kedudukan malah merampas Negeri2 Pembangkang ini, Bagaimana mengunakan peluang yang dah di tangan itu lah kelemahan ketara Pembangkang, Rakus tanpa hati hati sehingga kes semudah membeli harta tanah seperti kes Lim Guan Eng ini memeberi peluang kepada BN UMNO meruntuhkan segala usaha Pembangkang selama ini. Nasib Datuk Seri Azmin Ali di Selangor nampaknya mudah dirobek jika masih ada sikap menyimpan "kartel" yang kini menjadi viral di Media Siber, Apakah BN UMNO akan membiarkan peluang seperti ini dibiarkan berlalu pergi?? Jawapan nya sudah tentu TIDAK.

PAS dalam "kebodohan" keras kepala sedia maklum mengambil peluang terhidang dengan meninggalkan Pakatan paling tidak jika pon ada khilaf mereka isu balak misalnya sudah tentu dilindungi sang penguasa. Tidak kira lah apa nama yang diberikan oleh mereka "Block ke3" dan sebagainya, menjadi "penasihat" kerajaan BN UMNO berselindungi dengan "Penyatuan Ummah Merentasi Ideology" sudah memadai untuk terselamat dari tindakan zalim.

RAKYAT REFORMASI

Sudah terdengar suara suara pimpinan pembangkang "kita kena mulakan gerakan reformasi 98" seperti yang di popularkan DSAI. Baik Datuk Seri Azmin Ali atau Lim Guan Eng yang telah bersama DSAI sejak era 1998, diketika mereka berdua dipunjak Kerajaan Negeri masing2 sudah agak cepat selesa sehingga angin reformasi dengan mudah ditinggalkan di ketika DSAI "GENERAL" dipenjara,

Pembangkang mudah lupa bahawa "GENERAL" mereka telah lama di"bunuh" tanpa diganti. Bermula kerenah PAS pelbagai lagi isu timbul terutama dalaman PKR semakin meruncing gagal ditangani dengan cuntas. Penubuhan Pakatan Harapan nampak nya masih gagal mengembalikan semangat reformasi yang DSAI tinggalkan. Parti baru Amanah Rakyat belum lagi memberi impak meyakin kan, walaupon prestasi sebagai wakil Pakatan di dua PRK boleh lah dibangakan dengan umur 7 bulannya. Tetapi untuk mengisi kerusi "GENERAL" yang dikosongkan DSAI belum dapat di isi.

Pandangan penulis dalam soal menangani isu General Pakatan ini, Saya suka berkongsi idea DAP. DAP sehingga kini masih kekal mencalonkan DSAI sebagai bakal Perdana Menteri sekali gus mengikhtiraf DSAI sebagai General Pakatan Harapan.Tetapi hairannya "arahan penjara" datang nya dari pelbagai pemimpin terutama dalaman PKR. Saya kurang pasti ianya kelemahan DSAI sendiri menyalurkan "arahan penjara" itu atau pon telah dimanipulasi oleh si pembawa atau sememang nya ianya direka reka, hanya DSAI sendiri yang boleh menjawap nya.

Tentu nya sedikit kurang tekanan atau nampak kukuh jika isu General ini dapat diselesaikan segera. Seseorang hanya seorang, mesti mengambil alih arahan penjara, hubungan ini mesti kekal begini sehingga DSAI keluar. Jika tidak keperluan "pemangku General" wajib ujud dan dipatuhi.

Kunci segala nya ini kembali kepada fenomena reformasi yang jelas berjaya menawan 4 negeri pada PRU13 lalu (sebenarnya lima jika diambil kira Wilayah Persekutuan). Tidak dapat tidak "General" Pakatan Harapan mesti memukul gendang reformasi rakyat kembali mewarnai jalan jalan raya dengan dibantu Deklarasi Rakyat.(sekadar pandangan sejarah lalu).

Tekanan ini mungkin tidak dapat dielakkan oleh pihak Pembangkang. Walaupon resikonya agak tinggi, tetapi bak kata DSAI "LAWAN TETAP LAWAN, REFORMASI X3"

WAJARKAH TUN M BERSUARA !!!

Isu ini ada pro dan kontra nya dari segi sejarah nya ia sudah tentu ada yang terus membenci, mungkin juga tidak mampu untuk mempercayainya lagi. Ya sejarah banyak membuktikannya demikian, separuh dari sejarah itu belum dapat dipadamkan dari minda rakyat terutama keluarga DSAI sendiri. Jangan2 pisang berbuah dua kali.

Saya nampak dari sudut yang berbeda. Jika Tun M mampu memohon maaf secara terbuka kepada DSAI dan berjanji gelombang perjuangan kali kedua ini tidak lain mengembalikan jawatan DSAI atas dasar mahu menebus dosa lalu dan dapat di terima oleh DSAI serta keluarga, saya pasti Gabungan Deklarasi Rakyat dan Pakatan Harapan akan menjadi model baru politik Malaysia sekali gus gelombang tsunami rakyat tidak akan mampu di bendung lagi oleh BN UMNO, Walaupon taruhannya penjara menanti.

Syarat utama nya adalah nyawa Tun M yang berbaki ini menjadi taruhannya. Sama ada masih ada kesempatan atau tidak hanya Allah yang menentukannya. Jika ini berlaku saya pasti perancangan ALLAH itu benar benar memakbulkan doa Allahyarham Tuan Guru Fadhil Nor bahawa Tun M akan menyaksikan sendiri hasil dari kerja tangan nya ketika berkuasa dan kebaikan saja lah yang rakyat harapankan dari Allah sebelum Tun M menemuiNYA.

Sudah tentu hanya Tun M mampu meniup gelombang rakyat kali kedua ini, jika itu lah pilihan yang ada kepada Pembangkang dalam menangani tsunami politik terkini. Penulis hanya menulis sekadar memberi pandangan sejarah tiada niat untuk menghuru hara kan keadaan aman yang kita kecapai kini. Apapon tindakan rakyat dalam menyelesaikan isu isu politik mestilah berpandukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, ber Parlimen, Yg Di Pertuan Agong dan Majlis Raja Raja Melayu yang kita junjung,

Wassalamualaikum wbt,

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri

Abu As Siddiq

No comments:

Post a Comment