Thursday, July 14, 2016

Kalau diteliti pada trek rekodnya, kata-kata PAS memang diragui!

PAS perlu putuskan mahu jadi hero atau berdamai

 | July 13, 2016
Rafizi bersetuju 'gencatan serangan' perlu dilakukan secepat mungkin dan mencadangkan satu perjumpaan tidak rasmi untuk membincangkannya.
khalid-samad_pakatan_pas_600
PETALING JAYA: Pemimpin PAS perlu membuat ketetapan sebulat suara jika mahu berkawan semula dengan rakan komponen daripada Pakatan Harapan (PH) untuk menentang Barisan Nasional (BN).
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, parti itu tidak mempunyai masalah jika PAS berminat melaksanakan ‘gencatan serangan’ untuk melawan musuh sebenar mereka.
“Kalau Tuan Ibrahim isytihar nak berkawan semula, tidak ada masalah. Jangan sampai Tuan Ibrahim cakap lain, tetapi Datuk Seri Abdul Hadi Awang cakap lain pula.
“Bincang dan fikir betul-betul sesama sendiri sama ada hendak berkawan untuk lawan BN atau tidak. Jangan sekejap kata hendak bermusuh dengan DAP, bermusuh dengan Amanah kerana kita tidak ada masa,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Tegasnya, tiada apa yang boleh dilakukan jika PAS bertegas hendak menjadi hero, walaupun Amanah pernah mengingatkan PAS mengenai kepentingan bersatu untuk menjatuhkan BN dan sekaligus menawan Putrajaya.
“Dari dulu kita dah cakap, kita kena bersatu dan PAS pula yang bergaduh hingga isytihar DAP sebagai musuh.
“Sewaktu zaman PAS bersama Pakatan Rakyat, tidak ada mana-mana parti yang jadi hero kerana kita mengamalkan kepimpinan melalui kesepakatan. Kalau PAS hendak jadi hero apa yang kita boleh buat?” soalnya.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini menyeru “gencatan serangan” dilaksanakan antara parti-parti pembangkang supaya tidak menyerang sesama sendiri, sebaliknya menghalakan senjata ke arah lawan, iaitu BN.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pula menyambut baik saranan Tuan Ibrahim itu dan bersetuju ‘gencatan serangan’ perlu dilakukan secepat mungkin.
“Ada baiknya sekiranya satu perjumpaan tidak rasmi boleh diusahakan untuk membincangkan langkah lanjut untuk mencari titik mula ini ke arah kebersamaan dalam melawan BN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, beliau akan menunggu arahan daripada presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum boleh mengambil tindakan lanjut.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke pula berkata, saranan Tuan Ibrahim itu akan dibawa ke mesyuarat pemimpin PH terlebih dahulu, sebelum parti itu membuat keputusannya.

3 comments:

  1. Cakap paspispus mana bleh pakai?
    Bewak lidah cabang..hari ni lain,esok lain pulak..

    ReplyDelete
  2. PAS kan orang orang OTAK SAMPAH

    Cakap cakap mengugut saja

    Nak DEDAK dari MAT BILYON lah tu

    Biasa lah

    Nak harap elaun mana ada cukup


    Standard lah

    ReplyDelete
  3. Bercakap dengan mengunakan Siku Dan Lutut Ularmak2 PIS ni mana boleh percaya,...

    ReplyDelete