TANPA TUN M DAN SHAFIE APDAL, UMNO HANYA TINGGAL SiSA
Bekas Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal akhirnya mengumumkan keluar daripada parti selepas keahliannya digantung oleh Majlis Tertinggi UMNO pada mesyuratnya, 24 Jun lalu.
Berucap di hadapan lebih 5 ribu penyokongnya, Shafie berkata, "Perjuangan kita akan diteruskan di bumi Sabah ini. Perjuangan kita akan diteruskan di Sabah dan Semenanjung untuk membela bangsa dan negara."
"Saya dah fikir panjang, tuan-tuan nak saya letak jawatan. Selama ini saya bertahan, bersabar.
"Jadi saya berhenti serta-merta. Saya sayang UMNO, tapi jangan hina saya, jangan zalimi saya dalam UMNO," tegasnya lagi.
Selain merupakan pemimpin kanan parti dan kerajaan sebelum digantung keahliannya bersama Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir yang dipecat daripada UMNO, Shafie adalah antara pemimpin utama yang terlibat dalam membawa masuk UMNO ke negeri Sabah.
Beliau dipecat sebagai menteri dan kemudian digantung daripada UMNO hanyalah kerana kelantangannya bertanya mengenai 1MDB dan derma ribu-ribu juta yang dikaitkan secara langsung dengan Najib Razak.
Dengan mengumumkan keluar UMNO sambil bertekad untuk terus berjuang, Shafie benar-benar telah membuktikan beliau adalah "lanun Bajau laut" sebagaimana yang selalu disebut sendiri oleh Najib dalam beberapa Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini.
"Lanun Bajau laut" bukan saja pantang dicabar, tetapi juga pantang dihina dan dizalimi.
Hanya kerana 1MDB dan wang beribu juta yang tidak mampu diberi jawapan meyakinkan, Shafie yang pernah berjasa dan berperanan penting membawa masuk UMNO ke Sabah, kini sudah ditolak ke tepi dan tidak lagi dihargai.
Sebelum Shafie, Tun Mahathir Mohamad juga mengambil tindakan keluar UMNO sebagai protes terhadap Najib. Ia juga disebabkan skandal 1MDB dan wang beribu-ribu juta yang ditemui dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Selepas UMNO diharamkan pada 1988, Tun Mahathirlah yang memulihkannya semula sehingga ia diterima sama seperti UMNO yang sebelumnya, malah Tengku Razaleigh yang menubuhkan Semangat 46 pun akhirnya akur untuk kembali bertaut dengan UMNO pada 1996.
Tetapi kini, Tun Mahathir yang menubuh dan memulihkan semula UMNO serta Shafie yang membawa parti itu ke Sabah sudah tiada lagi bersama UMNO.
Tindakan Tun Mahathir dan Shafie keluar UMNO adalah isyarat mereka tidak lagi percaya UMNO yang dipimpin Najib sekarang sebagai UMNO yang sebenar-benarnya. UMNO sudah menjadi parti Najib.
Tanpa Tun Mahathir dan Shafie, UMNO di Semenanjung dan Sabah hanyalah tinggal sisa kerana pasti mendorong lebih ramai tidak mahu memberi undi mereka dalam pilihanraya. (SH 04/07/2016).

No comments:
Post a Comment