Showing posts with label demo. Show all posts
Showing posts with label demo. Show all posts

Tuesday, April 11, 2017

Belum lagi ada kuasa, sekiranya berkuasa seperti UMNO dan Najib apa jadi agaknya?

Baru kena watak Kartun dah mengamuk sakan minta kerajaan tutup akhbar

Karikatur hina Hadi, ahli PAS mahu k'jaan tutup akhbar
Lu Wei Hoong    Hari ini, 4:08 petang

Kira-kira 100 ahli dan penyokong PAS berhimpun di luar pekarangan pejabat Nanyang Siang Pau di Petaling Jaya hari ini sambil menggesa Kementerian Dalam Negeri bertindak ke atas syarikat akhbar Cina itu kerana mencetuskan ketegangan agama.

Bantahan itu dibuat susulan tindakan akhbar terbabit menyiarkan kartun memaparkan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai monyet.

Dalam ucapannya, Penolong Setiausaha Pemuda PAS, Nurul Islam Mohd Yusof, menuduh akhbar itu mencetuskan ketegangan agama dan mahu kerajaan membatalkan permit penerbitannya.

Dia juga mendakwa akhbar terbabit menghina Dewan Rakyat melalui kartun berkenaan.

"Adakah mereka menghina Dewan Rakyat sebagai tempat monyet-monyet berkumpul?

"Dan yang saya paling kecewa, adakah insan yang merasmikan dewan rakyat, iaitu Agong, sebagai monyet? Ini tindakan yang sangat kurang ajar," katanya.

Bagaimanapun, selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak Nanyang Siang Pau, Ketua Penerangan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari, berkata desakan menutup akhbar berkenaan adalah pendapat peribadi saja.

"Itu masih dalam perbincangan kerana kita mengambil kira permohonan maaf daripada Nanyang, (manakala) tuntutan-tuntutan tersebut merupakan tuntutan peribadi.

"Kita akan putuskan pendirian kami nanti," katanya.

Menurut Ahmad Fadhli, Pemuda PAS mahu Nanyang Siang Pau mengutuskan surat rasmi permohonan maaf mereka kepada Abdul Hadi dan Pandikar.

Bertajuk "Akta Monyet" kartun yang disiarkan Nanyang Siang Pau memaparkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai "speaker" manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai "Hadi Awang" bertenggek di pokok "Akta 355".
Karikatur itu dikatakan mempersendakan Abdul Hadi selepas pemimpin itu membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau juga dikenali sebagai Akta 355 pada Khamis lalu.

Semalam, akhbar yang dimiliki oleh jutawan balak Tan Sri Tiong Hiew King, memohon maaf atas penyiaran karikatur itu dan menariknya semula.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, portal Utusan Malaysia Online melaporkan penyokong dan ahli PAS di Kelantan hari ini berhimpun di Tambatan Diraja, Kota Bharu bagi membantah penyiaran karikatur itu.

Lebih 50 penyokong diketuai Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Ariff Abdullah kemudian membakar puluhan naskah akhbar itu sebagai simbol rasa tidak puas hati mereka terhadap akhbar tersebut.

“Ini bukan soal menghina Presiden PAS sahaja tetapi lebih daripada itu mereka telah menggambarkan ulama dalam gambaran yang hina.

“Kita amat kesal kerana dalam negara yang pelbagai kaum dan agama kita sepatutnya saling menghormati supaya hidup secara harmoni.

“Walaupun mereka telah mengeluarkan nota kecil meminta maaf tetapi ia tidak mencukupi kerana penghasilan imej itu adalah cubaan menanam sentimen membenci agama Islam,” katanya yang dipetik akhbar itu.

Sunday, November 20, 2016

Kalau macam ni bukan nak berhimpun aman tapi nak perang!

PARANG, BUKU LIMA DAN DRONE JADI KES POLIS
Polis membuka empat kertas siasatan berkaitan perhimpunan di ibu kota hari ini, termasuk tangkapan seorang lelaki yang memiliki senjata berjadual dan serangan terhadap peserta BERSIH.

Siasatan itu susulan 28 laporan polis dibuat melibatkan 20 laporan tangkapan dan lapan laporan am, kata Ketua Polis Kuala Lumpu Datuk Amar Singh Ishar Singh.

Amar berkata seorang lelaki yang ditangkap membawa parang dan buku lima itu disiasat bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya.

Kes serangan terhadap peserta BERSIH pula melibatkan lelaki 33 tahun yang menendang peserta BERSIH, yang disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Amar juga menegur perbuatan peserta membawa kanak-kanak dalam perhimpunan hari ini yang merupakan kesalahan bawah Seksyen 4(2)(F) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dua lagi kes melibatkan rusuhan yang disiasat bawah Seksyen 147/511 Kanun Keseksaan dan satu lagi melibatkan penggunaan drone, yang disiasat bawah Seksyen 143 Peraturan-peraturan Penerbangan Awam.

Sementara itu, polis Kuala Lumpur menganggarkan lebih kura 15,500 peserta BERSIH hadir dalam himpunan hari ini dan Baju Merah pula sebanyak 2,500 orang. – sumber

Faham dan terfikirkah mereka: Kalau faham tak akan ada manusia macam Jamal dan gengnya!

Saifuddin: Rakyat dah tak tahan dengan mereka
MOHD HAFIZ ISMAIL - 19 NOVEMBER 2016
Peserta himpunan Bersih 5 memenuhi jalan-jalan utama ibu negara

KUALA LUMPUR - Pembangkang mengingatkan kerajaan bahawa negara ini adalah milik rakyat dan bukan pihak tertentu.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan BN tidak boleh menindas rakyat tanpa memikirkan beban yang ditanggung sekarang.

"Dulu ada atau tidak cukai seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST) seperti sekarang?

"Cukai ini kena pada semua rakyat tidak kira kaya atau miskin," katanya ketika berucap di hadapan peserta Bersih 5, hari ini.

Menurutnya, sokongan terhadap Umno sekarang tidak seperti dahulu sebaliknya parti itu hanya kuat kerana mempunyai wang.

"BN boleh tahan Maria Chin Abdullah (Pengerusi Bersih) tetapi mereka perlu tahu rakyat sudah tidak tahan lagi dengan mereka," katanya.

Beliau menyifatkan perhimpunan Bersih 5 sebagai suatu yang menarik kerana menghimpunkan rakyat dari pelbagai kaum.

"Saya berjalan dari Masjid Negara ke Masjid Jamek dan saya lihat bukan hanya satu kaum sahaja menyeratai Bersih ini. Ia sesuatu yang menarik," katanya.

Saturday, November 19, 2016

Setelah KL 'dikuningkan' hari ini, apakah ada sinar untuk Malaysia baru esok?

Apa seterusnya setelah KL 'dikuningkan' hari ini?
mk  -  Hari ini, 7:38 malam 
 
Kedua-dua pihak – BERSIH dan Baju Merah – mengaku berjaya dalam perhimpunan masing-masing hari ini.

Bekas pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan mengumumkan lebih 100,000 orang hadir 'menguningkan' ibu kota hari ini

Beliau terpaksa tampil selepas penggantinya Maria Chin Abdullah ditahan polis bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA, yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Di kemuncaknya di KLCC, Malaysiakini menganggarkan kira-kira 40,000 penyokong BERSIH hadir, manakala jumlah Baju Merah pula kira-kira 4,000 orang – 10 kali ganda kurang.

Angka dicapai kedua-dua kumpulan kurang berbanding demo BERSIH4 dan Baju Merah sebelum ini.

Baju Merah ternyata lebih terkesan dengan penangkapan pemimpin utamanya Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang kemudian menyebabkan hanya beberapa ratus orang sahaja penyokongnya tinggal petang ini.

Baju Merah juga menunaikan kurang komitmen berbanding BERSIH apabila mereka dirakam dibekalkan dengan makanan untuk mengisi perut.

Bagaimanapun, BERSIH juga tidak sunyi dengan kritikan selepas berulang kali dibangkitkan berkaitan protes ala-karnival – bersorak sebentar dan kemudian bersurai.

Penganjur sejak awal berkata mereka akan berkumpul di Dataran Maybank di Bangsar dan Masjid Negara sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Bagaimanapun, hampir sebahagian daripada mereka memilih 'jalan pintas' ke Dataran Merdeka menggunakan LRT ke Masjid Jamek.

Selepas BERSIH mengumumkan perpindahan tempat ke KLCC, hanya beberapa ribu orang memutuskan untuk berarak menuju destinasi di sepanjang Jalan Ampang dari Masjid Jamek.

Jika mereka ada masalah berjalan kaki lebih jauh, apa yang buatkan mereka fikir protes itu boleh menjatuhkan pemimpin yang mereka gelar sebagai korup itu.

Angka perhimpunan juga tidak dapat bertambah lagi selepas angin mendung berarak di udara KLCC. Ketika itu orang sudah mula beredar.

Sementara itu, perhimpunan hari ini juga secara tidak langsung menunjukkan kebolehan parti-parti untuk menggerakkan penyokong mereka.

Tanpa PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) juga masih gagal meramaikan peserta Melayu, meski pun nisbahnya bertambah berbanding BERSIH4.

BERSIH menuntut lima perkara, iaitu pilihan raya bersih, kerajaan bersih, pengukuhan sistem demokrasi berparlimen dan Sabah-Sarawak.

Tetapi selepas seharian di ibu kota, apakah ada sinar untuk Malaysia baru esok?

Di bawah adalah laporan video astro awani tentang kemuncak himpunan baju merah

Setelah berpaling 180 darjah, usaha Orang Tua ni patut dipuji

Tun M sarung baju Bersih setibanya di KLIA dari Sudan
19 November 2016 | MALAYSIA DATELINE

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tiba dari Sudan untuk menghadiri perhimpunan Bersih 5 pada acara kemuncaknya jam 2 petang ini.

Foto Dr Mahathi  yang baru tiba  jam 12.03 tengahari  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  (KLIA) sebentar tadi menangkis dakwaan pengikut Gerakan Baju Merah dan anti Bersih bahawa Dr Mahathir cuba 'melarikan diri'  daripada  menghadiri himpunan Bersih meleset sama sekali.
Tun Mahathr ketika tiba di KLIA jam 1.005 petang tadi sudah memakai Baju Bersih.

Dijangka Dr Mahathir dan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassing, Ketua Srikandi Anina Saadudin, Ketua Armada Syed Shadiq Syed Abdul Rahman berkumpul di rumah Muhyiddin  dan mereka  akan berkumpul bersama peserta Bersih di Dataran Maybank petang ini sebelum menuju ke Dataran Merdeka.

Dr Mahathir pada Rabu telah menyeru agar rakyat Malaysia turun dalam perhimpunan Bersih 5 melalui rakaman klip videonya yang memakai Baju Bersih 5. 

Kehadiran Dr Mahathir hari ini adalah kali kedua pernah dihadirinya  yang pertama pada 2015 dalam Bersih 4  lalu.
Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk A Kader Jassin yang turut berkumpul di Dataran Maybank petang ini untuk menuju ke Dataran Merdeka.
(dari kiri) Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika tiba di kawasan Dataran Maybank.

LAPORAN LANGSUNG: BERSIH dan baju merah

LAPORAN LANGSUNG: Pertembungan BERSIH dan baju merah
mk - Hari ini, 9:09 pagi
 
 
 
Pertembungan antara baju merah yang diketuai ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos dan BERSIH mencapai kemuncaknya hari ini apabila kedua-dua kumpulan itu turun untuk perhimpunan jalanan di Kuala Lumpur.

BERSIH berhimpun untuk mendesak pilihan yang bersih dan demokratik, sertta menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran skandal 1MDB.

Jamal pula berikrar untuk menghentikan perhimpunan BERSIH di mana sahaja mereka berkumpul hari ini.

Polis telah mengisytiharkan kedua-dua perhimpunan itu sebagai haram.

Malaysiakini membawa laporan langsung mengenai perkembangan perhimpunan hari ini. Klik di sini untuk mengikuti perkembangan terkini.

*Ini pula laporan lintas langsung dari FMT

Tuesday, November 15, 2016

Jangkaan 'pertempuran' Orang Asli dan Pihak Berkuasa 20 Nov ini dapat dielakkan

Orang Asli Pos Balah jangka berlaku 'pertempuran' 20 Nov ini
Shakira Buang   Hari ini, 12:55 tengahari
Penduduk Orang Asli di Pos Balah, Gua Musang, Kelantan tidak menolak kemungkinan berlaku pertempuran dengan pihak berkuasa pada 20 November ini.

Jurucakapnya, Kamal Alek berkata, perbalahan dijangka berikutan notis Jabatan Perhutanan Kelantan yang menuntut orang Asli mengosongkan tapak sekatan bagi memberhentikan aktiviti pembalakan di kompartmen 245 Hutan Simpan Balah itu.

Bercakap pada sidang media anjuran Jaringan Orang Asal SeMalaysia (Joas) hari ini, Kamal, 32 yang juga adalah penduduk di Pos Balah berkata, beliau menjangkakan seramai 200 rakan dan ahli keluarganya sanggup bergadai nyawa bagi memastikan hutan mereka tidak dicerobohi.
Katanya, kemusnahan hutan di kawasan kampung di Pos Balah sejak kebelakangan ini semakin serius mengancam keselamatan penduduk hingga memaksa mereka bertindak sedemikian.

Menurutnya, pelbagai usaha dilakukan untuk menghentikan kegiatan pembalakan di kawasan mereka termasuk rundingan dengan pihak berkaitan dan menghantar surat, namun tidak dilayan.

"Kemungkinan akan ada pertembungan namun kita tetap akan teruskan sekatan itu dan jika ia dirobohkan kami akan bina semula," katanya.

Pada awal Oktober lalu penduduk Orang Asli nekad mengadakan sekatan di Hutan Simpan Balah, selagi aktiviti pembalakan di kawasan mereka tidak dihentikan.

Malah, penduduk Orang Asli juga dilaporkan sanggup bersengkang mata untuk memastikan kawasan mereka tidak lagi diceroboh.

Sementara itu, Joas pada sidang media itu menyatakan rasa kesal dengan tindakan kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan Kelantan yang mengarahkan penduduk mengosongkan tapak sekatan.

Timbalan Presiden Joas, Zurdi Baharu, 34, berkata sehingga hari ini kerajaan negeri tidak memberikan jawapan kukuh bagi menjamin kemelut yang melanda Orang Asli ini akan reda sejak 28 Sepetember lalu.

"Kami amat kesal dengan sikap kerajaan negeri kerana sejak kemelut ini mereka tidak pernah berjumpa dengan kami bagi selesaikan isu yang amat serius ini.

"Malah, Timbalan Menteri Besar (Datuk Nik Mohd amar Nik Abdullah) berkata Orang Asli dihasut pihak luar. Kami anggap itu satu komen yang tidak jujur dan cuba untuk lepas tangan," kata Zurdi.
Sehubungan itu, Zurdi menggesa kerajaan negeri mengadakan pertemuan dan rundingan dengan Joas dalam sebarang langkah yang hendak diambil kepimpinan Kelantan sekali gus menyelesaikan kemelut yang melanda.

Tambah Zurdi tindakan melakukan sekatan adalah usaha terakhir pihaknya kerana sebelum ini mereka telah banyak kali membuat bantahan, menghantar memorandum dan juga berjumpa dengan pihak kerajaan negeri.


Namun, hasilnya tidak memuaskan di mana kerja pembalakan semakin berleluasa hingga menjejaskan sumber air sekali gus ekosistem alam musnah.

Tambah Zurdi, kerajaan yang mengamalkan kepimpinan Islam tidak seharusnya membiarkan apa yang berlaku di Hutan Simpan Pos Balah sekarang.

"Pemimpin dilihat lepas tangan dalam isu ini, pemimpin yang amalkan kepimpinan Islam tak sepatutnya biar ia berlaku," tambah Zurdi dengan nada kesal.

Monday, November 14, 2016

Juru Tol ditampar di tendang: Mesti bersebab kenapa manusia naik hantu, jadi gila!

Kad tidak berfungsi, jurutol ditampar, ditendang
SH  -  13 NOVEMBER 2016
Rakaman menunjukkan seorang jurutol wanita ditampar dan ditendang yang viral di laman sosial

BANDUNG - INDONESIA. Seorang jurutol wanita ditampar dan ditendang oleh seorang pemandu gaga-gara kad tolnya tidak berfungsi, 4 November lepas.

Menurut laporan Kompas, kejadian berkenaan berlaku di plaza tol Parlimanan dan dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).

Melalui rakaman tersebut, pemandu berkenaan menyerbu kaunter tol sebelum menampar mangsa, Nova Zahara, 22.

Beliau kemudian memasuki ruang kaunter dan menendang mangsa.

Akibat kejadian berkenaan, Nova cedera di pipi sebelah kiri dan paha kiri.

Video rakaman kejadian tersebut kini viral di laman sosial Facebook dan Twitter.

* Pernahkah mana-mana pihak terfikir kenapa masusia menjadi sehingga ke tahap ini?
Mungkin masalah sosial dan tekanan hidup kerana sesuatu pihak hanya tahu kaut untung tanpa pedulikan hak orang lain. Yang tak betulnya kenapa pula lepaskan geram kepada Juru Tol?

Contoh Lebuhraya kita yang dah lama tu.........baiki sana-sini, lubang sana-sini dah tu sesak memanjang. Tol pula semakin hari semakin mencekik!
Ada sape-sape yang bertanggung jawab peduli?
dah tu silap-silap sekiranya pandu lebih kelajuan sikit kena pula saman........berapa kali susah dan berapa kali pula pengguna rugi? 

Kita di Malaysia sekarang ni, setiap sudut kena cekik. dari GST sehinggalah barangan harian. Dari minyak petrol sehingga ke minyak masak. Pastu ada pula menteri yang buat komen gila, seolah mempersendakan rakyat

Wednesday, November 9, 2016

5 gambar: Dua orang wanita separuh bogel protes dan buat kecuh di Pusat Mengundi (Presiden) di US

Dua wanita setengah bugil bikin kegaduhan di TPS Pilpres AS

Dua aktivis wanita yang mengatasnamakan dirinya sebagai Femen melakukan aksi protes kepada Donald Trump di tempat pemungutan suara (TPS) 59 di Manhattan, New York.
 
 
 
 

Rupanya ramai wanita bencikan US bencikan Trump

Sunday, November 6, 2016

"Kita orang datang nak ambil duit je kak': Tak apalah adiik jual maruah pun, asalkan dapat duit!

Sertai baju merah tapi lebih percaya kepada Malaysiakini
Shakira Buang  Hari ini, 9:17 pagi
Tak boleh runtuhkan bangunan, asalkan dapat patahkan kayu pun apalah!
(ini aku yang letak)

Gerakan baju merah semalam mengadakan himpunan berdekatan pejabat Malaysiakini bagi mendesak portal berita tersebut ditutup.

Himpunan yang diketuai oleh Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos itu dibuat ekoran dakwaan Malaysiakini mendapat dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang dikaitkan dengan jutawaan Amerika Syarikat, George Soros.

Kehadiran petang semalam dianggarkan sekitar 700 orang.

Namun, berdasarkan perbualan antara wartawan Malaysiakini dengan salah seorang peserta himpunan itu mendapati tidak semua daripada mereka yang hadir bersependapat bahawa laporan berita yang disampaikan Malaysiakini bertujuan menjatuhkan kerajaan.

Katanya yang enggan identiti didedahkan, beliau sendiri setiap malam sebelum tidur akan melayari Malaysiakini bagi mengetahui hal ehwal semasa.

Menurutnya, beliau lebih percaya dengan laporan Malaysiakini berbanding stesen televisyen dan akhbar-akhbar yang cenderung kepada kerajaan.

"Setiap malam saya baca Malaysiakini, berita yang disampaikan telus tidak ada apa yang hendak disorokkan.

Mengulas lanjut, lelaki berusia lingkungan 40 tahun itu yang datang dari Bangsar bersama isteri dan anak lelakinya berusia sekitar 10 tahun berkata apa yang berlaku ini adalah agenda politik masing-masing.

"Ini soal politik masing-masing yang mana merek menggunakan platfom sebegini bagi menaikan nama mereka untuk ditunjukkan kepada ketua-ketua mereka," katanya.

Malah, beliau juga turut mempersoalkan apakah kemampuan Gerakan Baju Merah.

"Malaysia ada undang-undang mana boleh kita buat sesuka hati.

"Apa kekuatan Merah nak pertahan negara," soal lelaki terbabit.

Katanya lagi, negara Malaysia adalah sebuah negara demokrasi justeru apa yang dilakukan Baju Merah ini juga adalah hak mereka begitu juga apa yang Malaysiakini lakukan sekarang.

"Kita setiap rakyat ada hak untuk berhimpun kerana kita negara demokrasi.

"Jadi kita tak boleh marah mereka ini hendak berhimpun, Malaysiakini pun tak boleh marah sebab itu ketua pengarang kamu pun begitu mengamalkan demokrasi, dia boleh jumpa Baju Merah," katanya.

Malah dalam pemerhatian Malaysiakini juga mendapati rata-rata peserta himpunan yang hadir petang semalam tidak maklum dengan tujuan kehadiran mereka di hadapan pejabat Malaysiakini.

Rata-rata mereka yang terdiri daripada sekumpulan wanita di pertengahan tahun berkata kehadiran mereka sekadar memenuhi undangan gerakan baju merah.

"Entahlah, kami pun tak tahu. Datang nak bagi sokongan untuk orang Melayu sajalah kot," kata salah seorang peserta himpunan di hadapan pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya.

Mereka difahamkan datang dari Sungai Buloh bersama lebih 80 orang dengan menaiki bas kilang dan bas persiaran.

Malaysiakini juga mendapati kehadiran peserta himpunan baju merah petang tadi dihadiri golongan remaja sekitar 14 tahun hingga 18 tahun.

Mereka yang hadir dengan berbaju merah turut memakai mafla tertulis "Himpunan Merah Maruah Melayu".

Malah, dalam perbualan bersama Malaysiakini ada di kalangan remaja terbabit berkata kehadiran mereka dalam himpunan baju merah hanya sekadar mendapatkan sejumlah wang.

Namun, ketika diajukan soalan berapakah anggaran nilai wang tersebut remaja terbabit berlalu pergi meninggalkan wartawan Malaysiakini.

"Kita orang datang nak ambil duit je kak,' kata remaja terbabit.

Saturday, November 5, 2016

LINTAS LANGSUNG: Baju merah dah berkumpul, ketuanya tak nampak batang hidung lagi!

LINTAS LANGSUNG: Baju merah masih tunggu Jamal
mk - Hari ini 5 Nov. 16 -  3:04 petang

 
 
 
Gerakan baju merah diketuai oleh Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bertekad untuk mengadakan demonstrasi berhampiran pejabat Malaysiakini petang ini.

Mereka membantah aktiviti pembiayaan beberapa organisasi tempatan oleh Open Society Foundation (OSF), sebuah organisasi pemberi geran yang dikendalikan oleh jutawan George Soros.

[Galeri foto di sini]

Menurut Jamal, Soros bertanggungjawab terhadap krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dan membiayai revolusi di banyak negara di seluruh dunia.

Pada asalnya, gerakan baju merah sepatutnya berkumpul hari ini di Dataran Merdeka sebagai permulaan untuk himpunan 19 November ini sebagai penentangan terhadap perhimpunan BERSIH 5.

Pihak berkuasa telah melarang mereka daripada berkumpul di Dataran Merdeka dan kumpulan itu menukar rancangan dengan memilih untuk berhimpun di pejabat Malaysiakini.

Pihak polis dari ibu pejabat daerah Petaling Jaya dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah berlegar-legar di sekeliling kawasan Business Park PJ51 yang menjadi lokasi pejabat Malaysiakini.

Laporan LINTAS LANGSUNG:

2:30 petang: Seorang peserta baju merah yang masih muda berkata kumpulannya yang terdiri daripada 300 orang, kebanyakannya remaja datang dari Meru.

Mereka telah berada di sini sejak tengah hari tadi. Ramai yang memakai skaf yang tertera "Himpunan Maruah Melayu" untuk menutup muka.

Satu peserta yang memperkenalkan dirinya sebagai Faiz, 15 memberitahu Malaysiakini bahawa mereka dibawa menaiki bus.

Satu lagi peserta yang bernama Haziq, 14, tidak pasti tujuan perhimpunan tersebut.

"Saya tidak tahu. Ada orang suruh saya datang bersama-sama," katanya.

Sesetengah daripada mereka memegang sepanduk yang berbunyi: "Lindungi kerajaan yang dipilih oleh rakyat."

Satu lagi sepanduk, disertai dengan gambar penyokong BERSIH memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tertera: "Orang Melayu masih ingat".

2.20 petang: Laungan "Tutup Malaysiakini" dan "Hancur Malaysiakini" bergema.

Satu kain rentang dengan tulisan "Maria Chin & BERSIH 5 boneka Soros & Cina DAP".

Satu lagi kain rentang tertera: "Kami sedia bertempur".

Dengan ketiadaan pemimpin mereka, peserta baju merah kelihatan berkecamuk.

2:15 petang: Sekumpulan wanita dalam usia pertengahan umur dari Sungai Buloh kelihatan terpinga-pinga dalam perhimpunan tersebut.

"Kami tidak pasti. Mungkin kita berada di sini untuk menyokong orang Melayu," kata seorang wanita berbaju merah memberitahu Malaysiakini.

Terdapat kira-kira 80 peserta dalam kumpulan itu.

1:50 petang: Bunyi mercun berdentum di luar Business Park PJ51.

Kira-kira 100 peserta baju merah berkumpul agak jauh daripada pintu masuk utama dan dilihat sedang makan tengahari di tepi jalan.

Kebanyakan mereka adalah golongan belia.

1:45 petang: Sebahagian daripada baju merah tiba dengan beberapa buah bas bertanda 'Bas Kilang'.

Terdapat beberapa gerai di luar Business Park PJ51 sedang menjual baju-T merah.

Beberapa anggota polis telah ditempatkan di sekitar kawasan itu. Terdapat sebuah trak meriam air diletakkan di dalam kompaun.

Saturday, October 29, 2016

Memalukan: UMNO pergunakan budak-budak dalam demo di Pulau Pinang

Anak Saya Dipergunakan Dalam Protes Desak LGE Berhenti Kata Individu Ini - UMNO Memalukan!

UMNO. UMNO. Dah tahu tak malu. Jangan la memalukan orang lain. Kau sendiri-sendiri je la bersikap tak malu. Orang lain kau heret sama buat apa supaya jadi tak malu macam korang. Bukan ada faedah pun jadi tak malu macam korang. Kita neh reti malu tau bila tengok tindakan-tindakan yang memalukan korang tu.

KAHKAHKAHKAHKAH!

Kelmarin, ada satu protes desak LGE berundur. Bagus juga sebenarnya tujuan dorang tu. Tapi pada pendapat aku. Bukannya berundur sebaliknya berehat sementara perbicaraan yang mengaitkan diri dia habis. Dalam protes itu, kumpulan yang sama turut menyatakan sokongan kepada Najib Razak. Setia bersama kepimpinan Najib Razak sebagai PM Malaysia. Yang ini bangang. Skandal LGE dibanding dengan skandal Najib, mana lagi teruk? Jika skandal yang mencemar kredibliti LGE kau suruh LGE undur, takan skandal yang babitkan Najib kau setia menyokong pula? Kecelaruan betul pemikiran budak-budak sewel neh.

Sepatutnya, sama seperti LGE, Najib juga harus direhatkan sehingga dirinya dibuktikan tidak bersalah dalam skandal-skandal tersebut.

Pemuda-pemuda yang berdemo pada dua hari lepas terus terang mengatakan mereka datangnya dari UMNO. Rafizal Abdul Rahim ialah Ketua Pemuda UMNO Penang. Dia lead demo tersebut. Mereka bergerak ke Komtar lebih kurang 1km jaraknya dan menganggu lalulintas juga. Tetapi, kita tak cakap apa-apa tentang itu kan.

Kita tak tuduh mereka yahudi.
Kita tak cakap mereka ditaja oleh freemason ataupun illumination.
Kita juga tak cakap mereka menyusahkan pemandu-pemandu.
Kita juga tak larang, bantah mereka menyuarakan ketidakpuasan ahti terhadap LGE/DAP/PEMBANGKANG.

Kita hanya.. okey ko demo so..?

Sudahla mereka berbaju hitam.
Baju hitam neh seringkali dikaitkan dengan anarkisma (tak semestinya tetapi kecenderungan di Malaysia sebegitulah).

Aku agak marah juga dengan penggunaan warna tersebut.
Agak annoyying malaon-malaon neh.
Nak mencari warna lain rasanya selepas ini.
Tak rela nak bersekufu dengan bebudak sewel.

Kemudian lambang pun penumbuk.
Ini satu lagi kebahlolan melampau.
Main guna je lambang penumbuk tu.
Lambang penumbuk tu bukan sebarang lambang.
Dia ada makna disebaliknya.
UMNO dan lambang penumbuk tak boleh duduk semeja.
Sebab UMNO kapitalis.
Lambang penumbuk tu membawa aspirasi perjuangan rakyat.
UMNO bawa perjuangan orang-orang kaya. Yang pentingkan perut sendiri. Mana sama. Rujuk sini untuk fahamkan.

Media melaporkan 1,000 orang sertai protes tersebut. Bagi UMNO, 1,000 memang kejayaan juga. Sebab tak ramai pun sudi nak menghadiri demo-demo anjuran mereka.

Namun, ya ada namun nya.

Baca sat ;
Tu dia.
Upah budak-budak join sama.
Anak orang tu tak minta izin mak dia pula tu.
Bayar 50.00.
Dapat roti.
Dapat baju selai.
Baju tu guna duit sapa?
Duit tu pula dapatnya dari mana?
Aku mula la nak start fikir bukan-bukan neh.
Kalau funding UMNO swasta aku takde masalah.
Yang aku tak gemar kalau depa sedut wang milik rakyat.
Bukan itu caranya kita nak berbelanja.

Baca : Anak Ini Kecil-Kecil Di Ajar Menjadi Samseng Oleh Jamal.

Aku ada satu pemikiran neh.
Hasil dari pergaduhan Ali Tinju vs Jamal gak sebenarnya.
Mereka bergaduh bab duit.
Kerana anjurkan demo sokong Najib.
So, pemikiran aku.
Kumpulan Merah Jamal berdemo sebab nakkan something.
Jadi kumpulan Hitam neh pun mungkin nakkan something.
Bukanla mereka sokong Najib sangat pun.
Lebih kepada nakkan something.
Najib dipergunakan bagi membolehkan mereka untuk nakkan something tadinya tu.
Dan Najib pula.
Kalau dia bersih.
Kalau dia bagus.
Dia tak perlu pun nak keluarkan apa2 wang untuk membeli sokongan. Tapi oleh kerana dia tak bagus. Maka dia terpaksa la buat apa yang dia terpaksa buat pada masa sekarang. 

Kesian kan kita.
Ada pemimpin macam neh.
Tapi yang paling kesian sekali.
Macam mana kita boleh begitu bersabar?
Takde cita-cita nak panjat Putrajaya ke kome oi?
KAHKAHKAHKAHKAH!

sumber: amenoworld

Thursday, September 22, 2016

Tindakan yang kurang matang

# dalam erti kata lain tidak cerdik dan tidak kena pada tempatnya!

GKCM sokong Bersih5: Selar tindakan Jamal, Ali Tinju
22 September 2016 | DALIA ISMAIL
Kamarulazman Habibur Rahman

Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) menyokong perhimpunan Bersih 5 kerana berpandangan apa yang dilakukan Bersih adalah selari dengan perjuangan gabungan itu, kata Presidennya Kamarulazman Habibur Rahman.

Beliau berkata, GKCM menyokong Bersih 5 kerana antara yang diperjuangkan adalah ke arah pembersihan rasuah dan salah guna kuasa.

"Kita akan bersama-sama dalam usaha dilakukan Bersih atau mana-mana NGO lain selagi ia menjurus ke arah pembersihan rasuah dan salah guna kuasa.

"Bersih pada hakikatnya selari dengan perjuangan GKCM dan kita juga sokong bagaimana penaung kami (Tun Dr Mahathir Mohamad) menyokong afidavit Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) berkaitan Akta MKN di mahkamah.

"Mana-mana pihak yang ingin lakukan kebaikan untuk masa depan negara GKCM akan sokong,"ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Mengenai tindakan Datuk Jamal Md Yunos dan Mohd Ali Baharom (Ali Tinju) yang bertindak menentang Bersih 5 beliau berkata ia satu tindakan yang kurang tepat dan tidak menunjukkan kematangan oleh dua NGO pro kerajaan 
itu.

"Saya cuma melihat dua perkara sahaja apa yang cuba dilakukan mereka.

"Ia bukan bertujuan untuk menghalang huru-hara kononnya akan berlaku sekiranya Bersih5 diadakan, sedangkan merekalah yang menghuru-harakan 
keadaan.

"Mereka cuba menghalang perhimpunan aman Bersih5 mengenengahkan masalah yang dihadapi dalam negara...hanya untuk menutup kepincangan dilakukan 
pemimpin yang korup.

"Ini tindakan tidak tepat dan tidak matang," jelasnya.
(Dari kiri) Mohd Ali Baharom dan Datuk Jamal Md Yunos

Justeru katanya, mana-mana pihak perlu mengamalkan kebebasan bersuara dalam amalan negara berdemokrasi.

"Termasuklah lokasi di mana perlu berhimpun. Kita mengamalkan kebebasan bersuara sebaliknya diarah buat itu dan ini nak menyuarakan bantahan mesti di tempat tertentu.

"Itu tidak menunjukkan kebebasan selagi penganjur dan penyokong boleh menjaga keamanan semasa berhimpun,sepatutnya mana-mana lokasi harus dibenarkan,"ujarnya.

Kamarulazman juga selaku Setiausaha Agung penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut menjelaskan, Bersatu masih belum lagi menetapkan pendirian bersama terhadap perhimpunan Bersih5.

"Kita sebenarnya dalam Bersatu belum pernah bincang mengenai usaha dilakukan Bersih 2.0 dan perhimpunan yang akan diadakan dalam Bersih5 secara detail," ujarnya tanpa mahu mengulas lanjut.

Pada 14 September lalu Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mengumumkan Bersih 2.0 akan melancarkan Konvoi Bersih di seluruh negara bermula 1 Oktober dengan kemuncaknya pada perhimpunan Bersih 5 pada 19 November depan.

Perhimpunan kali ini menuntut lima perkara dilaksanakan, antaranya mengadakan pilihan raya yang bersih, kerajaan yang bersih, mengukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah, dan memperkasa Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun penganjurannya di tentang oleh dua NGO pro kerajaan yang diketuai Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Jamal Md Yunos dan Mohd Ali Baharom Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) untuk menghalang Bersih5 diadakan.

Jamal membuat laporan polis dan Ali Tinju pula mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan dan mahu melakukan senaman punggung di hadpaan rumah Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah.