Tuesday, April 11, 2017

Belum lagi ada kuasa, sekiranya berkuasa seperti UMNO dan Najib apa jadi agaknya?

Baru kena watak Kartun dah mengamuk sakan minta kerajaan tutup akhbar

Karikatur hina Hadi, ahli PAS mahu k'jaan tutup akhbar
Lu Wei Hoong    Hari ini, 4:08 petang

Kira-kira 100 ahli dan penyokong PAS berhimpun di luar pekarangan pejabat Nanyang Siang Pau di Petaling Jaya hari ini sambil menggesa Kementerian Dalam Negeri bertindak ke atas syarikat akhbar Cina itu kerana mencetuskan ketegangan agama.

Bantahan itu dibuat susulan tindakan akhbar terbabit menyiarkan kartun memaparkan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai monyet.

Dalam ucapannya, Penolong Setiausaha Pemuda PAS, Nurul Islam Mohd Yusof, menuduh akhbar itu mencetuskan ketegangan agama dan mahu kerajaan membatalkan permit penerbitannya.

Dia juga mendakwa akhbar terbabit menghina Dewan Rakyat melalui kartun berkenaan.

"Adakah mereka menghina Dewan Rakyat sebagai tempat monyet-monyet berkumpul?

"Dan yang saya paling kecewa, adakah insan yang merasmikan dewan rakyat, iaitu Agong, sebagai monyet? Ini tindakan yang sangat kurang ajar," katanya.

Bagaimanapun, selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak Nanyang Siang Pau, Ketua Penerangan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari, berkata desakan menutup akhbar berkenaan adalah pendapat peribadi saja.

"Itu masih dalam perbincangan kerana kita mengambil kira permohonan maaf daripada Nanyang, (manakala) tuntutan-tuntutan tersebut merupakan tuntutan peribadi.

"Kita akan putuskan pendirian kami nanti," katanya.

Menurut Ahmad Fadhli, Pemuda PAS mahu Nanyang Siang Pau mengutuskan surat rasmi permohonan maaf mereka kepada Abdul Hadi dan Pandikar.

Bertajuk "Akta Monyet" kartun yang disiarkan Nanyang Siang Pau memaparkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai "speaker" manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai "Hadi Awang" bertenggek di pokok "Akta 355".
Karikatur itu dikatakan mempersendakan Abdul Hadi selepas pemimpin itu membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau juga dikenali sebagai Akta 355 pada Khamis lalu.

Semalam, akhbar yang dimiliki oleh jutawan balak Tan Sri Tiong Hiew King, memohon maaf atas penyiaran karikatur itu dan menariknya semula.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, portal Utusan Malaysia Online melaporkan penyokong dan ahli PAS di Kelantan hari ini berhimpun di Tambatan Diraja, Kota Bharu bagi membantah penyiaran karikatur itu.

Lebih 50 penyokong diketuai Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Ariff Abdullah kemudian membakar puluhan naskah akhbar itu sebagai simbol rasa tidak puas hati mereka terhadap akhbar tersebut.

“Ini bukan soal menghina Presiden PAS sahaja tetapi lebih daripada itu mereka telah menggambarkan ulama dalam gambaran yang hina.

“Kita amat kesal kerana dalam negara yang pelbagai kaum dan agama kita sepatutnya saling menghormati supaya hidup secara harmoni.

“Walaupun mereka telah mengeluarkan nota kecil meminta maaf tetapi ia tidak mencukupi kerana penghasilan imej itu adalah cubaan menanam sentimen membenci agama Islam,” katanya yang dipetik akhbar itu.

5 comments:

  1. ini bukan soal hadi ke pandikar ke
    ini soal hak orang Islam untuk amal ajaran Islam dihalang
    duk di negara majoriti islam pung dah berani biadap apa lagi kalau dalam negara majoriti kapir lagi bnayak dihina
    mana amno sekor pun tak nampak pi demo
    pejuang islam konon
    bagila muka

    ReplyDelete
  2. Ulama su' memang sepatutnya boleh dihina kerana tidak tidak mempamerkan imej dan bawaan islam yang tulen. Begitukah akhlak ulama pewaris Nabi? Jika akhbar tersebut ditutup, maka selepas ini jualan Harakah akan mencanak naiknya, porrrah!

    ReplyDelete
  3. Issue lain Yg sebesar ikan paussedunia telah bongkar tak buat busing pulak yah..

    ReplyDelete
  4. Issue lain Yg sebesar ikan paus dah sedunia telah bongkar tak buat busing pulak yah..

    ReplyDelete
  5. Itulah suka sangat menggelar orang dengan bermacam-macam binatang kena batang hidung sendiri tau pulak marah.

    ReplyDelete