Jumaat, 13 Mei 2016
Ini Sebab Mengapa Anda Ditahan Jika Membunuh Perompak
Tuan rumah bunuh pencuri, tuan rumah yang kena hukum? Bunyi macam pelikkan, tapi hakikatnya adalah realiti apa yang berlaku di Malaysia sekarang yang menjadi viral berkaitan kes En Zulkifli tempoh hari. Yang pencuri diangkat, yang mempertahankan diri pula kena hukum!”
Ramai yang salah faham dengan undang-undang Mempertahankan Diri.
Situasi : Pencuri masuk ke rumah anda, lepas tu anda tersedar ada pencuri, anda pun ambil pisau, lepas tu tikam bertubi-tubi pencuri tu sampai mati.
Soalan : Tuan rumah akan didakwa atas tuduhan membunuh tak?
Jawapan : Anda akan didakwa. Tapi, ia hanya pendakwaan. Pendakwaan bukan hukuman. Mahkamah panggil anda bagi keterangan sebab anda dah mengambil nyawa seorang manusia.
Semasa anda sedang dibicarakan, anda berhujah bahawa tindakan anda membunuh pencuri tersebut hanya untuk mempertahankan diri. Anda cakap anda pertahankan diri, sebab anda nak yakinkan pihak mahkamah bahawa, yang anda tak bersalah bunuh pencuri tu.
Tetapi mahkamah akan persoalkan beberapa situasi semasa kejadian, sebagai contoh:
Adakah tindakan membunuh itu setara dengan tindakan pencuri tu?
Sebab apa anda tikam?
Kenapa tak pengsankan?
Kenapa tak tikam bahagian lain yang boleh mencederakan sahaja?
Adakah anda bunuh dia dengan niat yang baik?
Adakah tindakan anda membunuh tu adil?
Secara ringkas, definisi pencuri dan perompak sebenarnya agak berbeza. Pencuri kebiasaanya niatnya adalah untuk mengambil harta seseorang tanpa izin secara sembunyi-sembunyi.
Situasi : Jadi kalau pencuri masuk ke rumah anda tanpa bawa apa-apa senjata. Tapi anda, tikam dada dia berkali-kali,sampai dia mati. Malah, pencuri tu sebenarnya masuk ke rumah anda semata-mata nak curi barang. Pencuri tu tak buat apa-apa pun yang melibatkan nyawa tapi anda yang bunuh dia.
Kalau pencuri tu mati, anda perlu buktikan tindakan anda bunuh pencuri tu semata-mata untuk pertahankan diri sahaja.
Kalau anda dapat buktikan yang anda membunuh untuk pertahankan diri, tetap ada kemungkinan untuk anda didakwa atas kesalahan membunuh tapi dibawah kategori membunuh dengan tidak sengaja atau tanpa niat.
Jika anda bunuh orang, ada 3 sahaja hukuman yang akan anda hadapi:
i- Kalau bunuh dengan sengaja, dengan senjata yang boleh membunuh, dan tindakan anda tu memang secara logiknya boleh membunuh, baru anda akan dihukum mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Yang ni, memang betul-betul nak hukum pembunuh.
ii- Kalau bunuh dengan sengaja atau tak sengaja, dengan senjata yang susah nak bagi kematian, tapi orang tu mati jugak, anda akan dihukum penjara seumur hidup, atau penjara lebih 20 tahun, di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan.
iii- Kalau bunuh dengan sengaja atau tak sengaja, untuk pertahankan dirinya, diprovokasi atau pergaduhan mengejut, juga akan dihukum penjara, tetapi mengikut budi bicara mahkamah.
Kalau anda dah bunuh orang, anda wajib dihukum. Kalau anda ambil nyawa orang, anda akan dihukum. Tapi hukuman tu berbeza-beza seperti situasi di atas.
Definisi perompak pula sememangnya bersenjata dan menyerang untuk merampas harta, membunuh atau menakutkan dengan cara terang-terangan.
Situasi : Kalau dia memang dah hala pisau ke arah keluarga anda dan anda YAKIN dia memang akan bunuh mereka, anda tiada pilihan selain daripada bunuh perompak tu atau cederakan perompak tu atas alasan mempertahankan diri. Kalau tak bunuh, perompak tu akan bunuh family anda
Jawapan : Dalam situasi ini, mahkamah akan pertimbangkan untuk lepaskan anda. Tapi ingat, anda kena buktikan yang perompak tu betul-betul mengancam nyawa. Kalau tak terbukti, nanti akan membawa padah pada diri anda.
Untuk saranan saya, pilih lah lawyer yang betul-betul power, supaya boleh buktikan bahawa anda betul-betul tak bersalah.
Situasi : Kalau pencuri masuk, lepas tu anda pukul dia. Dia tak mati, tapi dia cedera parah. Kemudian, pencuri tu saman anda. Boleh tak?
Jawapan : Boleh. Memang boleh. Hak nak menyaman ni semua orang boleh buat. Tapi tetap keputusannya semua bergantung kepada budi bicara dan timbang tara pihak mahkamah.
Dan anda berhujah bahawa tindakan anda pukul pencuri hanya sebab nak pertahankan diri.
Mahkamah juga akan menilai sama ada tindakan anda pukul dia ni sesuai ke tidak mengikut situasi kejadian.
Tindakan anda tak boleh melampau-lampau. Kalau tak mahu dia lari, boleh guna apa sahaja benda yang tak mencederakan secara teruk.
Soalan : Kenapa hukumannya jadi macam ni?
Jawapan :
i- Nak bagi keadilan. Tuhan marah kalau kita tak adil. Memanglah pencuri tu wajib dihukum. Tapi bukan dihukum dengan bunuh atau dibelasah sampai lumpuh. Jadi, kalau pun kita nak pertahankan diri, jangan lupa berlaku adil.
ii- Tak nak ada orang ambil kesempatan. Contohnya nya, anda benci dengan kawan anda. Satu hari dia datang rumah, lepas tu anda bunuh dia. Then kat mahkamah, anda cakap yang anda bunuh dia sebab nak pertahan diri sebab dia mencuri. - sumber

No comments:
Post a Comment