Thursday, May 19, 2016

PRK SB dan KK: Sikap PAS dan ujian hubungan PAS-PKR

Pilihan Raya Kecil 2 PRK: PAS tidak bincang dengan PKR, kata Hadi
Posted on Wednesday, May 18 @ 16:18:52 MYT by paktam
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan beliau tidak mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi berbincang mengenai pilihan raya kecil berkembar bulan depan.

“Tidak ada, tidak ada,” katanya ketika ditanya mengenai perkara itu di lobi Parlimen, hari ini.

Pada masa yang sama, beliau turut menyatakan ketidak tahuan jika ada rundingan antara kedua-dua parti oleh pihak lain bagi pemilihan tersebut.

Ini berikutan timbulnya spekulasi Azmin sedang berunding dengan PAS bagi memberi laluan kepada PKR sebagai mewakili Pakatan Harapan untuk bertanding di kedua-dua kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

Keadaan ini dipercayai bertujuan mengelakkan suasana pecah undi di kalangan parti pembangkang dalam pertandingan tiga penjuru menentang BN.

Abdul Hadi, sebelum ini dikatakan meminta kepada parti-parti menilai kemampuan masing-masing sebelum membuat keputusan untuk bertanding di kedua-dua kerusi tersebut.

Hubungan dingin antara PAS dan parti serpihannya, Parti Amanah Negara (AMANAH) boleh memaksa pertandingan tiga penjuru, namun ini boleh dielakkan jika PKR boleh menyakinkan PAS dan Amanah untuk memberi laluan kepadanya.

DAP juga mendedak PAS untuk berundur dalam salah satu daripada kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada Pakatan Harapan.

Dalam hal itu, Abdul Hadi berkata: “Bukan semua Cina (pengundi) pro-DAP.”

Sebagai bukti, jelasnya, DAP gagal untuk mempertahankan lima kerusinya.


Pengundi Cina terdiri daripada 30 peratus daripada jumlah pengundi keseluruhan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar menguji hubungan PAS-PKR
Posted on Wednesday, May 18 @ 14:15:20 MYT by paktam
Oleh Roslan SMS

BELUM pun padam bahang pilihan raya negeri Sarawak, kini Malaysia bakal menyaksikan dua lagi pilihan raya yang berkemungkinan dipanggil serentak iaitu pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sungai Besar di Selangor dan Kuala Kangsar di Perak berikutan kematian kedua-dua Ahli Parlimen dalam nahas helikopter berkenaan semasa berkempen di Sarawak baru-baru ini.

BN sudah pasti akan meletakkan calon dari Umno bagi kedua-dua kerusi tradisional parti itu dan PAS pula yang merupakan pencabar Umno di kerusi berkenaan sejak berdekad-dekad lamanya turut telah mengisytiharkan akan bertanding mencabar BN-Umno.

Jika di Sarawak kita telah menyaksikan betapa partiparti pembangkang telah gagal mencapai persetujuan mengelakkan pertandingan tiga penjuru di beberapa kerusi di sana, apakah berdasarkan pengalaman Sarawak itu, pertembungan yang merugikan semua pihak dan lebih menguntungkan BN itu akan dapat dielakkan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar nanti?

Pastinya perhatian para penganalisis politik akan lebih tertumpu pada kerusi Sungai Besar, kerana ia terletak di negeri Selangor, negeri yang dikuasai PKR, PAS dan DAP melalui kemenangan pilihan raya 2013 lampau.

Selangor merupakan satusatu negeri paling unik di Malaysia kerana ialah satusatu negeri di mana dua dari Sungai Besar dan Kuala Kangsar menguji hubungan PAS-PKR tiga parti komponennya tidak boleh berlaga angin walaupun masing-masing parti punya wakil yang duduk dalam exco dan menyokong kepimpinan dan kerajaan menteri besar.

Sebelum ini masing-masing mahu melihat dan menunggununggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, bagaimana parti-parti pembangkang terbesar ini iaitu PAS, PKR dan DAP selain sebuah parti serpihan baharu Pan akan menghadapi BN. Adakah akan berlaku pertandingan tiga penjuru atau bagaimana?

Tiba-tiba ditakdirkan melalui nahas helikopter yang malang itu, parti-parti yang dimaksudkan seakan terpaksa menyelesaikan persengketaan mereka terlebih awal, sama ada boleh selesai atau terus berkerat rotan berpatah arang bertembung sesama sendiri.

Dan dalam hal ini Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Azmin Mohamed Ali akan menjadi orang yang paling terhimpit dan tertekan.

Azmin bertanggungjawab membawa satu formula penyelesaian yang efektif dan praktikal bagi mengelakkan pertembungan antara parti-parti tadi kerana beliau merupakan teraju politik dalam negeri ini. Kegagalan mengambil keputusan yang terbaik akan mengakibatkan kekalahan awal bagi beliau di Selangor terutama dalam mahu menghadapi PRU 14 nanti.

Kekalahan awal seumpama itu sudah semestinya tidak baik buat nasib dan masa depan kerajaannya.

Parlimen Sungai Besar ini istimewa kerana kawasan pertanian dan “bengkung Melayu” ini punya dua kerusi Dun iaitu Sekinchan dan Sungai Panjang. Sekinchan kini diwakili DAP manakala Sungai Panjang diwakili BN-Umno yang telah berjaya mengalahkan calon PAS dalam PRU 13 lalu.

Dalam PRU lalu kerusi ini punya 42,837 pengundi berdaftar yang mana 66.89 peratus pengundi Melayu, 31.04 peratus Cina, 1.85 peratus India dan 0.22 peratus lain-lain. Calon BN Allahyarham Dato’ Noriah Kasnon memenangi kerusi ini apabila menewaskan calon PAS Mohamed Salleh M Husin dengan majoriti cuma 399 undi.

Ini bermakna blok pembangkang punya prospek yang baik untuk menundukkan calon BN dalam pilihan raya kecil ini dengan syarat pertembungannya satu lawan satu.Dan dalam hal ini, PAS dengan kekuatan hampir 40 cawangan dan jentera pilihan raya yang lengkap, dengan organisasi yang tersusun termasuklah pegawai penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat di Dun Sungai Panjang, tiga orang wakil ahli Majlis Daerah Sabak Bernam selain puluhan lagi ketua-ketua kampung dan anggota JKKK, tiada sebab untuk menghalang laluan buat PAS untuk bertanding sekali lagi.

Dan kiranya PAS mampu mengetengahkan calon yang “winnable” yang disenangi masyarakat, tidak mustahil kerusi Parlimen ini akan jatuh ke tangan PAS.

Soalnya apakah Azmin memiliki kekuatan politik untuk memastikan PAS satu-satunya wakil pembangkang yang akan menentang BN nanti sekali gus memberikan harapan yang cerah buat pembangkang.

Seperti yang kita maklum DAP tiada lagi hubungan atau kerjasama dengan PAS, manakala parti yang dilahirkannya pula iaitu Pan, tidak pernah diiktiraf PAS tambah-tambah mereka sarat dengan tokoh-tokoh pengkhianat yang telah mengkhianati perjuangan PAS.

Mampukah Azmin mendesak agar PAS diberi laluan dengan sokongan dan dukungan penuh kerajaan negeri, atau apakah Pan atau mungkin juga DAP akan turun bertanding sehingga mencetuskan pertandingan pelbagai penjuru yang akhirnya menguntungkan BN sebagaimana di Sarawak?

Sesungguhya para pengundi di kerusi ini dan di Kuala Kangsar sudah bosan dan muak dengan BN khasnya Umno. Pelbagai isu khususnya yang melibatkan kenaikan kos hidup dan GST terus-menerus menjejaskan kehidupan mereka dan BN kelihatan tidak mampu mengatasinya.

Inilah masa dan ketikanya untuk kita bangkit menggantikan BN-Umno dan nyatalah tiada yang lebih mampu dan punya harapan selain PAS di Sungai Besar. DAP sekadar boleh menghambat 31 peratus pengundi Cina itupun belum tentu mutlak, manakala Pan pula sekadar pengacau sebagaimana pengalaman di Sarawak.

Saya yakin dengan pengalaman dan kematangan politiknya Azmin mampu meredakan ketegangan dan menjamin PAS diberi laluan yang selayaknya. Yang utama adalah BN-Umno perlu dikalahkan dengan kekuatan kerjasama bersepadu jentera pilihan raya khasnya PAS dan PKR.

Tidak dapat dinafikan di sinilah dapat kita uji betapa jujur dan setianya hubungan antara PAS dan PKR yang masing-masing jelas agendanya iaitu untuk merobohkan kerajaan BN.

Malangnya jika penyelesaian tidak dapat diusahakan dalam pilihan raya kecil ini kita bimbang ia akan membawa sehingga ke PRU 14 nanti dan ketika itu masing-masing akan bertanding antara satu sama lain yang akibatnya akan mengancam survival kerajaan negeri Selangor.

Saya percaya Azmin dan rakan-rakannya sedar akan kemampuan jentera pilihan raya PAS di Selangor, kerana jentera inilah yang telah banyak membantu PKR sebelum ini.

Segala tohmahan PAS mahu bersekongkol dengan Umno kononnya terpadam melalui dua pilihan raya kecil ini.

Semoga semua pihak dipandu oleh rasional dan kematangan berpolitik dan semoga Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjadi penanda aras kebangkitan rakyat menolak Najib, Umno dan BN.

# dari kronologi dan trek rekodnya pimpinan PAS memang tidak layak dipercayai dan dijadikan rakan!

2 comments:

  1. Ini ulasan syok sendiri oleh pentaksub PAS. Persoalannya macam mana PAS boleh menang di Sungai Besar tanpa sokongan 30% pengundi China...Dalam PRU 13, Pengundi Chinalah yang memberikan undi yang membolehkan PAS cuma tewas 400 undi saja.

    Tetapi scenario sekarang sudah jauh berbeza. Orang China sudah tidak percayakan PAS lagi terutama pemimpin pil kuda nya..... kalau PAS menang saya mahu bersunat sekali lagi.

    ReplyDelete
  2. Setuju 100 % ! PAN tiada sokongan disebabkan ulama mereka tak tersohor spt Ketua Lebai kami. Walaupun Ketua Lebai kami sering MEMFITNAH ( Kes Parti Amanah , kes pil kuda, kes ejen Marxis), dan sering KHIANATI JANJI (kes meletak calon bertindih di PRU 13) & sering PONTENG mesyuarat Parlimen ( sendiri bawa usul Hudud , sendiri yg ponteng sidang Parlimen berkenaan) , beliau tetap Lebai kami. Bersangka baiklah bahawa beliau tak jumpa dlm Quran yg memfitnah itu, mengkhianati janji itu dan memonteng itu merupakan MAKSIAT !.( Walaupun beliau dah 2 kali khatam bagi tazkirah tafsir ????) Walaupun maksiat2 di atas MEMALUKAN Islam , beliau tetap Ketua Lebai kami. Mana ada ulama yang berani buat maksiat2 diatas kecuali Ketua Lebai berkenaan! Hidup PAS-CAI.

    ReplyDelete