Isnin, 23 Mei 2016
Mat Sabu antara nama calon AMANAH di Sg Besar
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu adalah antara nama yang dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar.
Selain Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu, turut dinamakan ialah Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub serta bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad, nama-nama tersebut juga telah dipersetujui oleh DAP Selangor.
Bagaimanapun, Khalid berkata, calon yang bakal bertanding di kerusi itu belum diputuskan kerana pihaknya masih lagi membuat tinjauan terhadap pengundi di Sungai Besar.
"Ya Mat Sabu antara nama calon tetapi selain dia kita juga namakan Salahuddin dan juga Nizar.
"Tetapi kita belum putuskan lagi sebab kita masih lagi membuat tinjauan (berkaitan calon) di Sungai Besar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Malaysiakini ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan mengulas lanjut mengenai kesediaan AMANAH untuk bertanding di dua pilihan raya kecil berkenaan.
Azmin sebaliknya hanya berkata, sebarang keputusan akan ditentukan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.
"Kita akan bincang dalam Majlis Presiden," katanya.
Bagaimanapun Azmin memberitahu belum ada tarikh muktamad ditetapkan untuk mengadakan mesyuarat itu. - Malaysiakini

No comments:
Post a Comment