Thursday, May 26, 2016

Tak habis-habis mamat ni cakap besar.......nak jatuhkan BN, nak jatuhkan BN tapi dok peluk, belai UMNO!

Pas tidak gentar walau Mat Sabu bertanding
SITI FATIHAH AWANG - 25 MEI 2016
Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU - “Pas tidak tercabar, walau siapa pun bertanding, kami (Pas) tetap akan lawan,” tegas Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika diminta mengulas mengenai Parti Amanah Negara yang membayangkan Presidennya, Mat Sabu sebagai calon PRK Parlimen Sungai Besar.

Menurutnya, Pas tidak sesekali tergugat dengan mana-mana calon yang diletakkan untuk bertanding pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana matlamat utama parti itu adalah untuk menjatuhkan BN.

“Kami tidak kira siapa bertanding, BN lebih besar daripada Mat sabu pun kita lawan. Apabila mereka (pembangkang) tetap berdegil untuk bertanding setelah Pas memutuskan mahu bertanding, itu membuktikan mereka yang tidak serius untuk menjatuhkan BN.

"Dan mereka (pembangkang yang bertanding) sebenarnya mahu menentang Pas,” katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim, di sini.

# dia ingat rakyat yang bukan wala'un bodoh, buta dan tuli ke?
tak payahlah nak main psiko bodoh!

5 comments:

  1. Spek mata pun dah beribu,range rover lagi..
    Cakap besar tak ada nilai ekonomi.
    Sapu jual balak pastu tempik,takbir!!!

    ReplyDelete
  2. PAS parti yang tak boleh di percayai lagi...!
    Dah sama macam UMNO..!

    ReplyDelete
  3. Spesis PAS ni memang macam ni lah.Bab cakap dia rasa hebat.Tapi walaun kampong jer yg dok sanjung dia.

    ReplyDelete
  4. Akta 355 dah masuk dalam tong sampah dan pimpinan PAS yang dulunya terpekik terlolong menjerit2 tentang Hudud, sekarang dah senyap macam tikus mondok menyorok balik lemari. Nik Amar oii! Bila lagi nak ishtihar perang kat UMNO ni??? Perang yang mengakibatkan seluruh bala tentera PAS menyerang UMNO habis2an. Err...tapi apa hal pulak si Takiri tu cakap yang PAS tak akan meyerang UMNO dalam PRK Sg Besar dan K. Kangsar, huh? Bukan ke tu ibarat ambil parang pastu terus potong "anu" sendiri dan kemudian bila kalah, bagi alasan yang PAS "balik modal" aje? kalau gitu apasal sibuk2 nak bertanding? Bukankah lebih baik duduk je kat markas tarbiah PAS dan banyakkan lagi sumbat cerita2 ghaib dan tahyul kat telinga walaun supaya diaorang tu semua asyik berangan2 dan berfantasi tentang "kebangkitan Islam" sedangkan akhlak serta hati penuh dan busuk dengan dendam, dengki serta khianat yang mengalahkan sifat Yahudi. Kalau Kelantan pun dah nak lingkup dikerjakan dek puak "bermuka2 ni", negara pulak macamana dibawah tangan yang tamak serta haloba tu?

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  5. Bertanding bukan untuk menang, dah tu nak jadi penasihat saja habis tu bertanding buat apa???.
    Duduk markas, mengaji, mengajar agama, tolong orang kan lagi bagus...
    apa nak rebut hal dunia???

    ReplyDelete