Saturday, May 28, 2016

PAS lebih kuat selepas orang bermasalah keluar

 | May 26, 2016
Zuhdi berkata, orang bermasalah sudah keluar dan PAS menjadi lebih berdisiplin dan kuat.
zuhdi
KUALA LUMPUR: Di saat UMNO serta Pakatan Harapan (PH) berdepan isu dalaman masing-masing, PAS terus kukuh menjelang PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada bulan depan.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki berkata, ini kerana parti itu mempunyai dasar perjuangan yang kukuh dan ahli berdisplin.
Tambahan katanya, “pemimpin-pemimpin bermasalah” sudah keluar daripada parti Islam itu selepas Pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat dan Muktamar tahun lalu.

“Orang bermasalah sudah keluar dan PAS menjadi lebih berdisiplin dan kuat,” katanya merujuk sejumlah tokoh PAS yang tewas pada Pemilihan AJK PAS Pusat pada Jun 2015 bertindak keluar parti dan menubuhkan AMANAH.
Beliau berkata, DAP juga mempunyai masalah sendiri, seperti peletakan jawatan ADUN Skudai, Dr Boo Cheng Hau sebagai Ketua Pembangkang DUN Johor pada Oktober tahun lalu serta usaha berterusan ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu membawa usul mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.
“Parti lain (pula) bercempera. UMNO berpecah belah sehingga terpaksa pecat Timbalan Presiden dan Naib Presiden. PRK juga begitu – surat dari jeriji besi ada yang kata sah, ada yang kata tidak sah. Berlaku perbezaan pendapat dan serang-menyerang,” katanya di hadapan kira-kira 300 hadirin pada program ceramah perdana ‘Road to PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar’ di markas PAS Taman Melewar malam tadi.
Ini adalah ceramah perdana sulung PAS menjelang dua PRK itu pada 18 Jun ini. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dijadualkan memberi ucapan, dibatalkan pada saat-saat akhir.
Melaungkan sentimen sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad berkata, dengan masalah yang dihadapi UMNO dan PH, PAS bakal memainkan peranan penentu dalam politik negara.
“UMNO dan (parti komponen) Pakatan Harapan berhadapan masalah, maka PAS bakal menjadi penentu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan menjadi pengukur yang akan mencorakkan PRU itu nanti. Sebab itu kita perlu memberikan komitmen terbaik, kerana kemenangan (PAS) akan mempengaruhi landskap politik negara,” katanya.
# naik kesian pula kat mamat ni
tak kian habis membohongi diri sendiri untuk memujuk hati yang resah atau mungkin rasa bersalah
klu dah kuat sangat .. jgn citer parti org lain .....kita dah faham psikonya tu!

1 comment:

  1. Abe.aku rasa yg bermasalah tu dia.
    Kalo dia x der mungkin PAS tk jdlh mcm skrg..

    ReplyDelete