Lagi serpihan yang berkemungkinan milik MH370 ditemui
Agensi | Mei 26, 2016 15:00 MYT
Agensi | Mei 26, 2016 15:00 MYT
SYDNEY: Tiga serpihan yang berkemungkinan milik pesawat Malaysia Airlines MH370 baharu telah ditemui di Mauritius dan Mozambique, kata Menteri Pengangkutan Australia, hari ini.
Bagaimanapun, nasib pesawat yang dianggap telah terhempas di Lautan Hindi selepas hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal pada Mac 2014, masih menjadi misteri.
Sebelum ini, lima serpihan lain telah ditemui dan dikenal pasti sebagai hampir pasti milik pesawat Boeing 777 itu.
Kesemua serpihan telah ditemui beribu-ribu kilometer dari zon pencarian -- di luar pantai di barat Australia.
Menteri Pengangkutan Darren Chester berkata dua daripada serpihan baharu itu ditemui di Mauritius, manakala yang lain di Mozambique.
"Serpihan-serpihan masih belum diserahkan kepada kerajaan Malaysia, bagaimanapun seperti sebelumnya, pihak Malaysia sedang mengatur untuk mengambil serpihan tersebut dan dijangka akan dibawa ke Australia untuk pemeriksaan," kata Chester dalam satu kenyataan.
Tambahnya serpihan-serpihan tersebut juga akan dikaji oleh pakar.
Minggu lalu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang mengetuai misi pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi mengesahkan operasi di luar pantai Australia Barat akan dihentikan pada Julai ini.
Menurut laporan dari portal ABC, pencarian itu hanya akan diteruskan sekiranya bukti penting baharu ditemui.
Pencarian yang menjangkau satu kawasan seluas 120,000 kilometer setakat ini masih gagal menemukan pesawat berkenaan.

No comments:
Post a Comment