Mujur Kg. Mutiara di Pulau Pinang, tidak senasib Melayu Kg. Baru KL, kata peguam muda AMK
Zainulfaqar Yaacob
15 Mei 2016
BAYAN BARU - Kampung Mutiara dekat Parlimen Bukit Bendera yang didiami majoriti Melayu mungkin senasib Kampung Baru dekat Kuala Lumpur, jika Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini tidak dikuasai oleh Pakatan Harapan (PH).
Peguam muda Mohd. Izad Buqhary Mohd. Kamri yang juga pemimpin Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia berkata sedemikian pada Konvensyen Ke-2 PasMa Pulau Pinang 2016, semalam.
"Isu tanah Melayu di Pulau Pinang akhirnya Kerajaan PH yang jadi penyelamat," ujar Mohd. Izad Buqhary di Hotel Seri Malaysia dekat Bayan Baru di sini.
Selain Mohd. Izad Buqhary, forum _'Hak Melayu Pulau Pinang Menurut Perlembagaan Malaysia: Jaminan dan Cabaran'_ itu terus membariskan dua panelis lain, iaitu pakar perlembagaan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang kini berhijrah masuk ke Parti Tindakan Demokratik (DAP) serta Pengerusi Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pinang merangkap Pengasas AMANAH Kawasan Balik Pulau, Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim.
Forum terbuka itu dikemudi oleh Ahli Majlis bagi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Ustaz Mohd. Rizal Akhir.
Difahamkan, tragedi pengusiran penduduk asal Kampung Mutiara sejak tahun 2008 lagi, dan kemuncaknya pada bulan September tahun lalu apabila tuan tanah persendirian Peter Loke Leng Seak berjaya mendapat perintah mahkamah.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bersama-sama Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini tidak akan meluluskan sebarang permohonan pelan kebenaran merancang di atas tanah itu, sehinggalah semua tuntutan pampasan penduduk asal yang munasabah dipenuhi oleh tuan tanah persendirian tersebut.
Perjuangan mempertahankan warisan Kampung Mutiara turut diperjuangkan oleh banyak pihak lain, antaranya bekas timbalan ketua menteri I (TKM1) Dato' Mansor Othman yang kini masih Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dato' Mohd. Rashid Hanson (TKM1), Datuk Ahmad Ismail (Pengerusi Umno Bahagian Bukit Bendera), Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa (Pengerusi AMANAH Pulau Pinang), Zolkifly sendiri (Pengasas Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah Selesa, RAGAS) dan Iszuree Ibrahim (Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Tanah PAS Pulau Pinang).
Implisitnya, tuan tanah sehingga kini terpaksa menangguhkan hasrat merobohkan semua rumah komuniti Melayu Kampung Mutiara lalu meratakan tanah di situ untuk projek pemajuan komersial.
Berbeza dengan nasib komuniti Melayu di Kampung Baru dekat Kuala Lumpur (KL) akan lenyap tidak lama lagi, kerana agensi persekutuan Perbadanan Kampung Baru (PKB) hanya menunggu peruntukan daripada Kerajaan Pusat di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memajukan tanah bernilai tinggi itu tanpa mengambil kira kepentingan peneroka bandar asal di sana.
Selain itu, Mohd. Izad Buqhary turut mengimbau pemimpin Umno Barisan Nasional Pulau Pinang terdahulu pada tahun 1999 secara tender tertutup di Tanjung Tokong meluluskan projek tambakan laut seluas 940 ekar serendah harga RM1 sekaki persegi kepada satu pihak, dengan syarat hanya 10 peratus tanah tebus guna diserahkan kepada Kerajaan Negeri.
"Isu tanah Melayu di Tanjung Tokong sebagai contoh tidak dapat diselesaikan sejak 1970-an lagi.
"Akhirnya kita (PH) yang selesai...penduduk akan dapat suasana hidup yang lebih selesa, selepas ini," ujar Mohd. Izad Buqhary lagi.

Umno sapu tanah,pas sapu balak,
ReplyDelete