Tuesday, May 24, 2016

Pisang Sesikat Gulai Sebelanga

Pisang Sesikat Gulai Sebelanga, Tanda Sepakat Bersama2.

Salam,

Kepada Pimpinan Pakatan Harapan.

Maafkan saya berbeza pandangan dengan sahabat2 mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Saya berpendapat biarlah parti Pas sahaja yang bertanding di Sg Besar dan Kuala Kangsar.

Saya berpandangan rosaknya akan jadi lebih besar sekiranya Pas, Amanah dan PKR meletakkan calon2 menentang BN dan selepas itu kita semua tewas kepada BN.

Saya bertanding dalam Pilihanraya Umum 1982, 1986, 1990 dan 1996. Kesemuanya dimenangi oleh BN.

Pembangkan berpecah belah.

Pada suatu ketika Pas, DAP, Parti Rakyat, Gerakan, PPP dll bergelut sesama sendiri dan semua mengaku kuat. BN menang selesa.

Tahun 2008 parti2 pembangkang mulai menang dengan besar di Parlimen dan negeri2 Selangor, Perak, PPinang, Kedah dan Kelantan dan kemudian tertubuh Pakatan Rakyat. Rakyat berasa lega.

PRU 2013 kejayaan ini sekali lagi diulang atas dasar muafakat  dan meletak satu lawan satu menentang calon  BN. Keyakinan kita bertambah.

PRU14 Umno/BN berada dalam keadaan amat lemah. Jika kita terus mengekalkan semangat muafakat sesama pembangkang BN dijangka akan tewas. Inilah yang kita hajatkan.

Oleh itu semangat muafakat hendaklah ditunjukkan kepada rakyat Malaysia.

Dengan meletakkan hanya satu calon akan memberi signal kepada negara bahawa pembangkang adalah matang, waras dan serius mahu melihat purubahan berlaku di Malaysia melalui PRU14.

Rakyat telah melihat Pembangkang berkecamuk dan berpecah belah sewaktu PRN Sarawak.

Malangnya DAP dan PKR gagal dalam mencapai kata sepakat di PRN2016 di Sarawak.

Sememangnya image TS Adenan Satim melonjak menjelang PRN2016 di Sarawak. Tapi orang melihat DAP dan PKR gagal dalam perundingan.

Orang tak suka malah benci dan meluat melihat telatah Pembangkang suka bergaduh sesama sendiri.

Kali ini sekali lagi orang sedang memerhatikan kita parti2 Pembangkang menjelang PRK di Sg Besar dan Kuala Kangsar yang akan diadakan sedikit masa lagi.

Image kita tercalar di Sarawak.

Apakah kita akan terus go all out di Sg Besar dan KKangsar?
Seperti kata orang tua2 .......

Telan mati emak luah mati bapak.

Berpantang maut sebelum ajal.

Saya berada di dalam keadaan lebih tenang kerana tidak menghadapi 'pressure' seperti pemimpin2 parti Pembangkang dan dapat melihat suasana dengan lebih tenang dan objektif.

Bagi saya biarlah satu calon sahaja yang bertanding melawan BN.

Sekiranya Pas sudah mengumumkan dia mahu bertanding kita beri dia bertanding. Kita sokong. Kita bertindak menggunakan strategi yang kemas dan teratur.

Tentang Pas akan 'belot' dan menolong BN sama2 kita lihat. Rakyat terbanyak sentiasa melihat siapa jujur dan siapa belot.

Pandangan umum rakyat Malaysia sangat penting.

Jika kita meletakkan satu calon dan menyokong calon tersebut dengan tidak berbelah bahagi, rakyat Malaysia akan lega nafas.

Mereka akan endorse kita dan sokong kita. Ini akan menyenangkan kita ketika PRU14 nanti.

Tetapi sebaliknya jika kita terus berasak dan beradu kekuatan sesama kita percayalah orang akan mula sangsi dan nampak kita tidak boleh memimpin. Sesama kita pun tak boleh selesai.

Orang ramai mahu melihat siapa yang ikhlas yang boleh diberi kepercayaan setelah melihat Umno/BN benar2 dikuatiri kewibawaannya sekarang.

Tolonglah pandang jauh ke hadapan.

Mari kita berjaya PRU14. Mari kita bersatu seperti kita telah lakukan 2008 dan 2013.

Malaysia needs a change.

TS Muhammad Muhammad Taib.
24 Mei 2016

No comments:

Post a Comment